Tuesday, February 10, 2009

Seram: Episod Dua

Aku menyesal. Aku menyesal kerana menonton filem Histeria seorang diri yang dimuat turun malam tadi. Cerita itu memang menyeramkan sehingga meremang bulu ketiak aku. Tak tipu. Malam ini aku keseorangan. Mama aku balik lambat ada meeting. Aku mula resah. Peluh dingin membasahi dahi aku. Apa yang aku buat semuanya tak kena. Mulut aku terkumat kamit cuba membaca ayat2 suci.

Babak2 ngeri dari filem Histeria mula bermain dalam minda aku. Gadis2 remaja yang berpura2 diserang histeria dibunuh satu persatu dengan ganas di sekolah usang. Darah merah pekat berbau hanyir membasahi tubuh yang tidak bernyawa itu.

AOUUUUUAAOUUUUU!!!! Berderau darah aku. Bunyi itu datang dari rumah kucing aku. Aku buat2 tak dengar sambil cuba bersiul lagu2 dendangan Miley Cyrus. AAAOOOOWAAOOOO!!!! Bunyi itu semakin kuat. Apa yang berlaku? Pelbagai persoalan bermain di minda aku? Aku membuat air milo 3 in 1 unyuk menguatkan semangat. Aku membuka lampu di cattery aku, dan memegang erat raket badminton aku sebagai perlindungan.

AOUUUUUAAOUUUUU!!!! Bunyi itu datang dari kandang yang pertama. Kandang itu menempatkan Pesona Chevy, Pesona Shareca dan Anuar Zain. Aku memberanikan diri melihat keadaan di dalam kandang. Suasana seram menyelubungi. Aku dapat lihat banyak bulu kucing berguguran. Mata Shareca meyorot ganas. Terdapat kesan2 luka di badannya. Sungguh kasihan. Tiba2 Shareca menggigit badannya sendiri. Tidak cukup dengan itu, dicakarnya pula kepala sendiri sehingga berdarah. Aku menjerit "Mengucap Shareca mengucap!" Memang sah. Shareca sudah diserang Histeria.

Klik Read More untuk bukti visual serta mengetahui kesudahannya.

Aku sayangkan Shareca. Dengan pantas aku mengambil sangkar kecil dan memasukkan Shareca ke dalamnya.


Lihatlah matanya yang garang itu. Bersedia sahaja menerkam aku.

Aku dengar terdapat seorang pawang yang handal menguruskan kes2 sebegini. Nak pegi jumpa Harun Din dia tengah buat demonstrasi. Aku terus membawa Shareca berjumpa pawang itu.



"Aaaa ini kucing aaa sulah kena itu flea. Manyak kutu punya. Itu pasal la dia gigit badan dia pasal dia gatal2 maaa. Takpa lu letak ini ubat 2 kali sehali loo" jelas pawang itu.

Tamat.



6 comments:

Anonymous said...

ni kene kutu mesti sbb die pegi skolah dok seblah budak india. *komen berbaur perkauman*

zatimalasnaksignin

hUdArLiNg said...

seram ke cite hysteria tersebut?haha.kucing anda mmg pandai bermain watak liyana jasmay,tidak pun watak scha yahya atau ainul aisyah jiran anda. haha. ;p

Idlan said...

Kenapa kau letak Anuar Zain dalam kandang, jai?

Mohamad Faizal said...

zati: tak manis letak komen berbaur perkauman nanti berlaku peristiwa berdarah

huda: zaibo pun jiran saya jangan main2

akak abe: kerana dia ialah binatang peliharaan

Anonymous said...

Kalau kucin ada kutu bukan pakai ubat yg spot on tu ke? yg RM52 untuk 3 kali dosage. setiap 1 dose sebulan untuk 3 bulan. My cat pakai yg itu Alhamdulillah dia dah kurang gigit2 diri sendiri ...

Mohamad Faizal said...

kalau taknak bagi dia gigit diri sendiri, cabut gigi dia hik hik hik (lawak raja lawak)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...