Saturday, February 7, 2009

Tolong Beri Aku Jawapannya

Terdapat pelbagai persoalan yang bermain di minda aku yang tidak aku ketahui jawapannya. Mostly soalan2 yang general, bangang dan jahilliyah. Kalau korang tahu jawapannya, silalah beri tunjuk ajar agar aku lena tidur malam.

1) Bangkai anjing atau kucing yang mati dilanggar lari di jalanraya, siapa yang bersihkan?

2) Kenapa Linda Jasmine bernafsu terhadap Que Haidar?

3) Kenapa gadis2 (in general) suka beli kasut tak cukup ke doblas pasang yang dah ada tu?

4) Kenapa Ultraman bila lampu kelip2 di dada baru nak fire raksasa? Apasal tak fire terus di awal perlawanan?

5) Betul ke Robin van Persie tu muslim? Samir Nasri aku percaya ah walaupun dia tidak berpuasa di bulan ramadan.

Click Read More to help me answer more questions.

6) Kenapa korang suka makan durian yang berbau seperti ketiak classmate aku di skolah menengah dahulu?

7) Kenapa orang orang indon suka bersadai di petronas rumah aku?

8) Kenapa orang putih (in general) kecoh sangat kalau tak boleh install SATU Windows Update?

9) Kenapa orang sibuk2 nak boikot barangan yahudi dan amerika tapi malas sembahyang?

10) Mengapa perut aku still boroi walaupun aku hari2 main Guitar Hero?

Tolong jawabkan. Nanti aku belanja nasik lemak Auntie Maria.



7 comments:

zatihazira said...

1) Secare riak nye...aku pernah.so, jwpn dia, mungkin org yang berhati perut tak boroi seperti aku.

2) Mungkin die terpengaruh dgn trend minat mamat felda masa kini.

3) Kaler yang ade kat dunie pun dah melebihi 12 jenis warna.tu tak campur toning, hue color, dan ketinggian tumit.

4) Ape gune mak die anta kelas tekwondo 3kali seminggu? kalau die fire awal, konfem mak bapak kakak abang dan sepupu die turun di akhir rancangan.

6) kau pernah makan ketiak dia?

7) kalau mereka bersidai di zouk terkejut pule kite.

8) Pasal diorg beli windows ori, dan takut dikeji rakan sebaye jike tak uptodate.

9) kalau tak boikot dan malas semayang kan lebih hine.

10) mungkin kau tak gune guitar hero tu sperti kau gune reket badminton

Dah Jawab. tp tak men la nasi2 lemak sekitar bangi...bangi byk indon kat petronas.

Anonymous said...

aku tau sape dalam nombor 6. hahaha

adam

Mohamad Faizal said...

zati: terima kasih zati jawapan2 kau amat dihargai

adam: haa haa sudah pasti kau tahu

Anonymous said...

van persie memang muslim jai. aku dah wikipedia die. die siap convert lagi tu. gile ah.

adam

Anonymous said...

aku jwb yg no.3 jeh ok. haha. kasut + gadis = nyawa.. erkk.. kau faham ke? hihi

oh ya, aku suke kueh teow goreng achik maria.. kau tinggal kat deret umah die eh?

-diha

Mohamad Faizal said...

adam: yeke? tapi tak pernah semayang jumaat pun

diha: aku tinggal di seberang jalan rumah dia. alamat rumah nak kahwin nanti aku kasik

Anonymous said...

rakan rakan kite ramai gak yang tak solat jumaat jai. hahaha

adam

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...