Monday, March 23, 2009

Aku Rasa Amy Search tu Sedara Aku

Kenyataan di atas bukanlah gosip murahan. Aku tiba-tiba teringat memori lampau ketika mendengar lagu Isabella versi remix nyanyian Johari Teh atau nama glemernya Joe Flizzow. Arwah atuk Selayang (atuk wrestling) pernah membawa aku ke majlis perkahwinan partama Amy Search semasa aku sekolah rendah dahulu. Sumpah tak tipu. Aku ingat lagi, ramai artis popular ketika itu yang turut hadir. Well yang aku kenal ah contohnya Rahim Maarof dan Yazid Search. Pasti ramai lagi artis popular masa itu tapi aku belum baligh lagi masa tu sapa sangatlah yang aku kenal selain Ramlah Ram.

Tidak percaya? Sila klik Read More.

Buat apa aku nak tipu. Aku boleh kemukakan hujah2 penting untuk menyokong kenyataan aku di atas:

Hujah 1: Buat apa atuk aku nak pegi kenduri Amy kalau dia tiada pertalian darah. Atuk aku bukan minat rock kapak pun atuk aku minat penyanyi 60 an J.Sham dan A. Rahman Hassan.

Hujah 2: Dari mana datangnya kelunakan suara aku, kehebatan bermain guitar hero, serta memiliki aura seorang artis jikalau tidak dari saudara mara sendiri seperti Amy Search?

Hujah 3: Anak Amy kawen haritu, aku rasa aku dapat kad jemputan tetapi hilang.

Yaa sekaligus membuktikan aku ni memang ada bau-bau bacang dengan Amy Search. Kalau korang tak percaya sudah nama korang dolah ketiak korang berdarah rumah korang takde kolah uwan korang tak skolah (lagu cari gaduh). Alah jelesla tu aku ada sedara artis. Yelah kalau korang ada sedara artis bagitaula takdela aku rasa janggal sangat aku sorang je ada sedara artis.



6 comments:

Qilah said...

hehe mintak autograf ijai!!! i minat giler dengan amy search tu!!!

Mohamad Faizal said...

Belajar rajin rajin ya Qilah

Faizal
(autograf online)

Anonymous said...

bukan kau pun sedare ngan ella dan korie jugak ke jai??

-shuhud-

Che An Naszeri said...

ngn nasir bilal khan sedara jugak x?

Mohamad Faizal said...

abe: ella ngan korie (ngan jojie) tak bole kompem lagi sebab diorang tak ajak g kenduri kawen lagi.

che an naszeri: dia tu sedara seislam jela tapi dia memang slalu jadi bilal kat surau sini

hUdArLiNg said...

kerna kamu daku telah donlod album KRUMania, Oh La La, dan juga Awas. demit!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...