Thursday, March 5, 2009

February Movies!

Yaaa bertemu kita sekali lagi dalam segmen kesukaan beberapa orang, Mari Menonton Filem bersama Abang Jai. Kali ini, Abang Jai akan membuat ulasan tentang 5 filem yang ditonton pada bulan February. Huiiii uols taw tak setiap kali pegi panggung mesti cerita Geng sold out eiii gelenyahhhh. Eh Sally apasal kau menyibuk ni ini bukan ruangan kau. Anyways, aku masih belum menonton Geng, tetapi tanggungjawab mengulas filem2 terbaru yang untuk panduan masyarakat tidak akan dilupakan. Sila click Read More untuk ulasan lanjut ataupun click cimbclicks untuk membayar hutang korang.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Pink Panther 2
Ulasan Ringkas: Inspektor Jack Pirlus kembali lagi untuk menggeletek urat ketawa kita untuk kali kedua. Akan tetapi, ketawakah korang dengan jenaka2 spastik begitu? Mungkin, jika ditonton bersama teman2 rapat. Inspektor Jack bergabung dengan polis2 dari negara lain untuk menumpaskan sindiket cepat kaya Muaz dan Bazlur yang semakin popular serta menangkap Tornado, pencuri yang mencuri artifak2 bersejarah.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Aishwarya Rai ialah penjahat dalam cerita itu.

Eden Lake
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang pasangan belum berkahwin tetapi dah dekat nak bertunang yang merancang untuk mengambil annual leave dan bercuti di kawangan peranginan eksotik, Eden Lake (eden punyo tasik) di Negeri Sembilan. Pada mulanya percutian mereka agak bahagia namun setelah kehadiran kanak2 bermasalah, percutian mereka menjadi mimpi ngeri. Aku tengok poster ingatkan cerita ini ada orang mereng otak bunuh2 orang lain di tasik, namun aku silap. Cerita ini memang penuh dengan saspensyen. Namun awek itu memang malang. Peribahasa2 ini menggambarkan wataknya di dalam cerita itu; sudah jatuh ditimpa tangga, keluar kandang harimau masuk ke mulut buaya, serta padan muka kau kau memang bangang. Taktaulah. Sakit hati pun ada sebenaqnya menonton cerita ni.

Ratings: Kadang2 $$$$ kadang2 $ 1/2
Spoiler: Perempuan itu memang malang.

Valkyrie
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang komplot untuk menikam Adolf Hitler sehingga mati oleh pegawai2 Jerman kerana bosan dengan sikap Hitler yang boros berbelanja wang negara. Kolonel Sanders van Stafaentah mengetuai gerakan berhaluan kiri itu dengan menggunakan pelan Valkyrie, pelan backup untuk menawan negara ketika darurat.

Seigheil!

Ratings: $$$
Spoiler: Hitler tak mati, memberontak semua mati. eh ini bukan spoiler, ini sejarah.

Burn After Reading
Ulasan Ringkas: Pening aku tengok cerita ni. Kluni curang curang dengan bini Malkovich dan perempuan pembedahan plastik. Bini Kluni curang dengan orang lain. Brad Pitt bapuk dan meninggal dunia.

Ratings: $$
Spoiler: Benda yang Kluni cipta sama seperti dalam cerita Forbidden City Cop

The Punisher: War Zone
Mengisahkan tentang Frank, seorang militan bukan Muslim yang bertindak seorang diri untuk menegakkan keadilan. Tak kiralah kau ni pencuri ke, pembunuh ke, perogol ke, tak semayang jumaat ke memang korang takkan terlepasla dengan 'keadilan' Frank. Kali ini dia berdepan dengan Jigsaw yang huduh rupanya setelah kena cincang macam Frank Ribery. Hoi brani lawan Jigsaw cerita Saw la oi.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Entah.

Jumpa lagi dalam ruangan yang sama di bulan hadapan.



2 comments:

NUR ZIHAN NASZERI said...

dlm banyak2 cerita yg di beri rating, berminat utk menonton EDEN PUNYE TASIK

tapi dlm hati meronta2 nak tgk upin ipin..mmg fully booked semua panggung
haruskan sy menunggu dvd piratenye?
ape kata cik pezal

Mohamad Faizal said...

tidak! anda harus menonton di panggung. jika mahu dvd pirate anda belila dvd pirates of the carribean

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...