Thursday, March 12, 2009

Format Surat Tidak Rasmi

Apa khabar para pelajar? Sudah siap kerja rumah yang Cikgu berikan semalam? Bagus. Hari ini Cikgu Faizal akan mengajar murid-murid tentang format surat tidak rasmi. Mengikut ramalan Mona Fandy, surat tidak rasmi mungkin akan keluar dalam peperiksaan Bahasa Malaysia Kertas Dua untuk PMR pada tahun hadapan. Jadi marilah kita sama sama menelaah agar tidak mendapat B dalam Bahasa Malaysia.

Surat tidak rasmi biasanya ditulis kepada rakan pena, sanak saudara mahupun musuh ketat. Alamat pengirim akan ditulis di bahagian kanan surat, disertakan dengan tarikh. Kita tidak digalakkan menggunakan kata ganti diri pertama seperti aku, cheq (jika orang utagha), eden (jika orang nogori) mahupun kamek (jika orang Sarawak). Sebaliknya, gunakanlah kata-kata indah seperti Kanda, Adinda, Nenda dan Steve Mandanda. Mari kita lihat contoh surat tidak rasmi yang dihantar oleh penyokong bolasepak Liverpool kepada musuh tradisi mereka setiap kali adanya perlawanan.

Penyokong Liverpool,
Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
12 Mac 2009.

Menemui penyokong-penyokong Manshitter United, semoga kalian cirit birit dan tidak lawas kencingnya selama dua hari.

Saudara,

Saudara tidak takutkah melihat kami membelasah juara Eropah sembilan kali 4-0 di Anfield kelmarin? Mungkin saudara patut melakukan solat sunat hajat meminta agar pasukan saudara tidak dibelasah di Old Trafford pada hari Sabtu ini.

Untuk pengetahuan saudara, kami langsung tidak peduli tentang jurang mata yang membezakan kedudukan kami dengan pasukan saudara di takhta liga. Kami hanya mahu aibkan pasukan saudara di tempat sendiri, sekaligus mendapat 'bragging rights' sehingga musim hadapan.

Kami benci melihat pemain-pemain pasukan saudara. Carlos Tevez ada kayap di muka. Jijik kami melihatnya. Cristiano Ronaldo hanya tahu step over tiga kali, kemudian jatuh tersungkur mengharapkan penalti. Wayne Rooney yang obese, serta berwajah seperti kanak-kanak terkena demam panas. Berbatov keji, kerana tidak hormat pencuci bootnya. Rio Ferdinand yang berwajah seperti unta disyaki merogol gadis, serta mengambil dadah.

Saya berharap agar bas yang membawa pemain pasukan saudara ke Old Trafford nanti rosak penghawa dinginnya.

Sampai di sini sahaja yang dapat saya coretkan. Akhir kata, sambutlah carutan daripada kami penyokong-penyokong tegar Liverpool.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
ijai
(Mohamad Faizal Rosly)

Bagaimana murid-murid? Faham tak apa yang Cikgu ajar? Kalau tak faham sila klik Read More ya murid-murid untuk terus belajar.

Surat ini ditujukan kepada: Andrew Chan Wai Jien, Syed Muhammad Muaz, Prabakharan Subramaniam, Mugunthan Nair Kesavan, Jayakumaran Thangiah, Gurubalan Krishna, Shasikumar Munusamy, Ezry Yusry Yu, Fakri, Zahrul Idzwan Zainal, Mohd Azuddin, Mohd Nazri Fitri, Abu Zar Sohadis, Hazim, Mohd Radzman, Zahrul Ramzan, Ali Akbar, Alie Balak Bc, Khairul Anam, Adam Johari, Mohd Dazrul Syariz Sabardin, Ahmad Shuhud Irfani Zakaria, Idlan Zakaria, Zahid Zakaria, Mohd Imran Suria, Nurhamizah Rahim.

Ayuh penyokong Liverpool, katakan HO! Kita aibkan mereka sabtu ini!



10 comments:

Anonymous said...

Penyokong Manchester United,
Masjid al-Hidayah,**
Bandar Baru Bangi,
Selangor.
13 Mac 2009.

Menemui para penyokong Liverfool,semoga kalian dipanah petir kerana tidak menunaikan solat Jumaat.

Saudara(baca dgn nada farid ismeth,pembaca berita tv1)

terlebih dahulu,kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas surat yang saudara kirimkan tempoh hari.surat tersebut telah selamat sampai kepada kami dan telah di'frame'kan di sebelah ayat seribu dinar di masjid kami.

sesungguhnya kami para penyokong manchester united sedikit pun tidak gentar dengan kemenangan pasukan saudara ke atas real madrid memandangkan 2 gol awal yg dijaringkan adalah di atas belas ihsan pengadil yang disyaki telah menerima sogokan daripada pemain sayap Israel laknatullah yossi benayoun.menurut paparazzi kami,sally gelenyahh, benayoun telah menawarkan sogokan berupa pakej urutan tradisional di tebing barat serta baucer membeli belah di pasar mini kayatri.

kami juga ingin menegaskan bahawa pertahanan kami yang diketuai oleh en mohd vidic dan abdul ferdinand merupakan antara pertahanan yang paling ampuh di eropah.tidakkah kalian gentar dengan rekod kekebalan en van der sar yang kini memegang rekod 'clean sheet' terbaik di england?tambahan pula jentera serangan pasukan kalian agak tidak efektif sejak akhir2 ini dalam saingan epl, di mana statistik yang dikeluarkan baru2 ini menunjukkan pasukan saudara hanya mengharapkan barisan midfield sahaja untuk menjaringkan gol(haha..sape suruh beli robbie keane,lepas tu jual balik..)

kami juga amat membenci pemain2 dari pasukan saudara,terutamanya si zionis kejam yossi benayoun,yang namanya telah pun di register sebagai 'roommate' abrahah dan abu lahab di neraka.gerrard si kaki pukul,bayar rasuah untuk lepaskan diri dari lokap, sami hyypia si kuda tua,dan mascherano si gigi jarang,kenapa kau tak bercukur ha?.dahla panas baran,pegi la beli air penyejuk badan cap badak,ataupun minum air yasin haron din supaya lebih tenang dah 'cool' ketika perlawanan.

kami juga menasihatkan kalian penyokong liverfool agar banyakkan berselawat dan berzikir munajat sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan kerana kalian mungkin tidak dapat menerima kekalahan memalukan di old trafford nanti.

akhir kata,kirimkan salam kami kepada pengurus pasukan kalian,rafa benitez serta tom hicks.mungkin ini kali terakhir kita bersua memandangkan kontrak benitez masih belum disambung lagi dan ura2 penjualan saham liverfool kepada konsesi minyak sapi yang berpengkalan di kuwait.

sekian,wassalam.

yang benar,
ahmad shuhud irfani zakaria

**
pasukan kami memang berpengkalan di masjid.aktiviti rasmi kami termasuklah usrah, solat tasbih serta solat dhuha berjemaah.

Anonymous said...

HO kepada Abe.

Adam

hUdArLiNg said...

hahaha.siap ada reply lagi surat ini. cikgu, tidakkan kita patut tulis surat rasmi memandangkan hal ini lebih serius? *latar belakang wonderpets berbunyi ini sewious berulang kali*

Mohamad Faizal said...

shuduh: hoi doktor gigi apa kau ni boleh balas surat panjang2 pulak dah kehabisan gigi ke kau nak welding

adam:w-ho-re kepada park ji sung

huda: Murid ni tak buat homework yang cikgu beri ni. Surat rasmi hanya sesuai digunakan ketika situasi rasmi seperti nak apply kerja ataupun nak komplen lori sampah datang lambat

Idlan said...

Abe: Malam ni abah buat solat hajat untuk Mek, selitkan sekali untuk Man Utd.

Hudarling (walaupun I tak kenal you, I nak tegur jugak): Aku baru tengok Wonderpets versi Melayu last week. Gila best!

Bagi team kesayangan saya: Apa yang penting, KERJASAMA!

Pink Stilettos said...

muaz ajar ayra tgk bola kat laptop. tak berkelip mata si kecik tu..

mims said...

Surau Damai,
Bdr Baru Bangi.

Kehadapan kebelakang,

HOOOOOO!!!!!!

yang benar,
Orang Yg Mungkin Emo Kalau Kalah Nanti

Mohamad Faizal said...

akak abe: wonderpets tu apa? aku tak faham perbualan korang ni

nurul iza: saya menghadiahkan xbox lama saya khas untuk ayra. terharu tak

akak mims: HO kamonnn anda tidak akan berjalan keseorangan (direct translation)

Afrina said...

Pahal kuang ajar sgt ?! tau ah peminat LiverFool tp x yah ah kutuk MU ! whatever it is. GGMU bitches .

Afrina said...

and and stop kutuk MU ! we'll stop kutuk LiverFuckerFool .

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...