Sunday, March 22, 2009

I Wanna Be the Man

Jika ada bunga, pasti ada kumbangnya. Jika ada Mawi, pasti ada Ekinnya. Jika ada wireless router, pasti ada wireless adapternya. Dan jika ada lagu yang hebat, pasti ada video klipnya yang kool. Single aku yang berjudul 'I Wanna Be the Man' ini memang popular di kalangan gadis2 remaja terutamanya di Brunei dan Kalimantan Barat. Video klip ini dihasilkan oleh Ling Leong Wei dan dibantu oleh ahli sindiketnya Diyana Yunus, Arina, Husna serta Mustafa Agil Balbed untuk projek Multimedia System Design mereka. Dihasilkan menggunakan Macromedia Flash. Marilah kita sama2 saksikannya. Jika mahu puji, pujilah kelunakan suara aku, dan jika mahu kutuk, kutuklah mereka olrite uols?



Jangan lupa membeli album sulung aku di pasaran. Album gambar pun aku jual nak cari rezeki lebih. Boleh didapati di kedai kaset di Warta dan surau2 sekitar Bangi. Ohh nantikan juga klip video 'Song For Datillah' yang dijamin garang kualitinya yang akan dirilis dalam masa terdekat.



4 comments:

syun said...

Baju that girl tu sangat lah kolot..
Best n comel lah juga animation ni :)

Mohamad Faizal said...

kolot ke haa haa ling leong wei dari sarawak apa kau cakap akk akk akk (lagu untuk leong)

Diyana Yunus said...

haha trime kasih juge kepada diriku kerna mempromosikn & menyiapkn album ko..oit, nk komisyen!!

Mohamad Faizal said...

komisyen apaaa laku 23 unit je di pasaran itupun aku sendiri beli 3 unit. aku nak tukar manager ah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...