Wednesday, March 11, 2009

Impulse Spending

Korang gadis2 jangan ingat korang je suka shopping. Aku pun huiii pantang nampak beg tangan cantik sikit mesti gugur bulu kaki aku kegembiraan. Beg tangan aku ni jauh lebih garang dari beg tangan LV korang. Korang nak carik kat Superrolling ke kat Purple Peppermint ke pasti tak jumpa.


Lihatlah beg tangan baruku ini. Cantik kan?

Niat hendak merepair xbox 360 berakhir dengan tindakan drastik membeli xbox 360 yang baru. Demmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm. Sekelip mata duit aku hilang begitu sahaja. Bak kata pepatah, ikut nafsu lesu. ikut nafsu juga berdosa dan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma.

Mengapa aku tidak membeli PS3 buat masa ini:
1) Aku ada Guitar Hero 3 untuk xbox.
2) Aku ada Guitar Hero World Tour untuk xbox
3) PS3 lebih mahal aku miskin dan hina. But still aku akan beli juga dalam beberapa bulan ini hee hee.
4) Masalah 3ROD tamat (hopefully) dengan kehadiran Jasper.
5) xbox lama aku akan dijual. Nurul Iza jangan terkujat jika suami anda bawak balik xbox.

Sigh.



8 comments:

hUdArLiNg said...

asal tak hbs pepatah tu?

Fendi said...

heheheh..tolong n tolonglah beli
PS3..hehehheh

Idlan said...

Adik aku ada PS3. Tapi dia baru sahaja tewas main PES kat PS3 dia.

Ah puas.

Anonymous said...

damnnnn. nafsu serakah.

adam

Mohamad Faizal said...

huda: keyboard rosak. dah betulkan dah

fendi: sabaq noo tengah miskin ni bila nak berhenti kerja dan join maikrosof?

akak abe: dia memang tak terer

adam: damn. kau beli kamera baru nafsu jugak

Pink Stilettos said...

muaz tersalah tanya soklan kat saya la..dia tanya "nak xbox tak?". sudah tentu la saya ckp xnak. kalau dia tanya nak lv walau hanya box dia, mesti saya nak ;p

Qilah said...

hahaha kat superrolling mmg xde mcm ni ijai..tapi bab tu letak tepi.. masalahnye skrang, bila nak jumpa??!! tak kan nak tnggu bulan puasa je kita nk berjemaah di kedai perabot ah seng?? kan?kan?

Anonymous said...

jasper ok bro,
so far pakai dari RE edition takde masalah lagi. on 8 jam straight main game pun kewl je.haha.ade main live? ape id? ekeke

-siputturbo

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...