Tuesday, March 17, 2009

Ni Rombe Allega Irruke

Kanak kanak di Maikrosof memang berbilang bangsa dan agama. Yang tiada bangsa dan agama pun ada. Antara kaum yang paling ramai ialah kaum India. Maka setelah hari2 bersenggama bersama mereka maka aku pun semakin pandai melembutkan lidah menuturkan bahasa Tamil. Walaupun kebanyakannya ialah kata2 kesat, namun gadis2 India pasti akan kagum jika korang boleh menuturkan ayat di atas.

Jika Petaling Street ialah Chinatown, Kampung Baru dipelopori kaum Melayu, Leboh Ampang pula ialah kawasan pola petempatan berpusat India. Seriyes tak tipu. Memang atas bawah kiri kanan hanyalah India semata2. Jangan kau sebut kes arwah Kugan kat sini memang kena pukul kau nanti. Apa yang best di sini? Klik Read More jika anda bukan seorang yang racist.

Aku hari2 pergi Leboh Ampang berhampiran ofis aku. Mengapa? Kerana aku kelaparan. Di Leboh Ampang terdapat pelbagai jenis makanan yang halal. Well mostly makanan India ah. Pagi-pagi, aku bersama teman terlebih mesra aku Muaz akan pergi membaham capati di kedai Capati Santa. Owner dia memang boroi macam santa klaus ada jambang cuma dia hitam je. Huii capati dia memang superb, teknik ulian dia sehingga menggunakan siku. Itu yang lembut tetapi padat tu. Tapi yang paling superb jika kau pergi ke Leboh Ampang ialah nasi daun pisang dia. Huiiii yang ni kau makan pagi boleh kenyang sehingga Maghrib.


Lihat sajalah gambar ini. Mengghairahkan bukan? Nasi daun pisang ini terdiri daripada nasi putih (atau nasi india, dia ada cecair putih aku geli nak makan), 3 lauk asas yang terdiri daripada sayur-sayuran india yang berbeza hidangannya setiap hari, papadom, lauk pilihan (aku slalu kongsi ayam goreng berlada ngan Muaz) serta kuah kari. Harga set asas tanpa lauk tambahan ialah RM 4.50.

Ohh Nurul Iza inilah sebabnya suami anda semakin boroi setiap hari. Dia hanya mengamalkan shake aneh Herbalife dia depan anda je tapi dengan saya hari2 menurut runtutan nafsu serakahnya membaham nasik daun pisang tak henti2. Anyways jika korang taknak nasik korang dihidangkan di atas daun pisang, ada banyak daun lain yang ditawarkan seperti daun kelapa, daun kari dan juga daun terup (lawak sampingan).

Di Leboh Ampang juga terdapat Gedung Kamdar India di mana korang boleh membeli sari yang garang dan seksi. Nak beli emas, nombor ekor dan berhala semuanya ada. Di sini memang meriah ah suasana riang ria dia dengan lagu2 Tamil dan Hindi berkumandang di udara. Tapi korang jangan sing along pulak mana tau itu dia punya mengaji atau marhaban habis terbatal iman.

Ahhh tani kude kelam.



5 comments:

z a t i said...

gelak ego sekejap aku bace post ni.
mesti opis maikelsoft beraroma daun kari.

Pink Stilettos said...

lucu la awak ni incik ijai. tak kering gusi i gelak. kering tekak jer ;p

finaz said...

hahahaha... ofis microsoft kat leboh ampang? ehhh tu dah dekat dgn ofis i tu.. kat mana kedai nasik daun pisang ni? selalu 'gelap' je kedai2 kat situ, tu yg xberani masuk

Mohamad Faizal said...

zati: kau memang racist

nurul iza: thanks. jangan lupa untuk mengundi saya untuk program personaliti nona musim hadapan. eh?

finaz: opis saya di jalan raja chulan sebelah muzium telekom. nama kedai dia Kader kot. or Keldai? saya pun tak ingat

dalila said...

daun kari? ahah.. bole letak 2 biji nasi and that's it.. :P

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...