Tuesday, March 10, 2009

Perkara-perkara Yang Membuatkan Aku Hangin

Aku seorang manusia biasa yang tak bisa lari daripada mainan emosi seperti ketika mengalami period. Kadang-kadang perkara2 kecil pun boleh membuat aku hangin lalu mengeluarkan kata-kata tak berapa kesat seperti "Cikai mak lampir!!!", "gelenyahhh" ataupun perkataan feveret baru aku "hoii puaka kuborrrr". Berikut adalah perkara2 yang boleh membuatkan aku hangin untuk panduan korang agak kita boleh hidup dalam keadaan yang harmoni.

1) Jika hendak memandu seperti memandu kereta lembu, pandulah di lorong kiri. Aku tidak sampai hati untuk mengehon engkau. Dan jika kau memandu/menunggang seperti Tetsuya Harada tapi sekadar bawak Kancil dan berani menghighbeam aku menyuruh aku ke tepi, aku selalunya akan menghighbeam kan jari tengah aku (secara senyap2).

2)Aku memang hangin jika aku sedang enak menjamu selera pastu datang pulak akak, makcik bawak anak2, menjual buku panduan solat la cd ceramah Akhil Hayy la kau tak nampak ke aku sedang makan sate ni. Makcik jual kerepek kau jangan ingat kau boleh terlepas mama aku dah beli dah satu kerepek kau tapi esok kau datang lagi takkan aku hari2 nak beli kerepek kau. Merepek.

Klik Read More untuk terus emo. Wahh, rhyme.

3) Lepas berak atau kencing, pam la tandas. Pastu korang yang abnormal nak mencangkung di atas tempat duduk tu, lap la balik tapak kaki korang tu.

4) Aku memang hangin jika ada gadis2 yang aku tahu latar belakangnya langsung tidak tahu pasal bola sepak, dan hanya meminati Manshitter United dan hanya kenal Cristano Ronaldo kemudian bersuara pasal bola sepak dan mengutuk liverpool di hadapan aku. Contohnya "haa haa liverpool tak kool. Man u la kool"

5) Aku memang hangin jika ketika suka2 bermain futsal/bola sepak di padang namun ada sesetengah individu yang bermain dengan terlalu serius bising2 mintak bola pastu rembat kuat pastu tekel keras menyebabkan aku pulak bertukar menjadi sebegitu akibat hangin.

6) Aku hangin melihat kanak2 berpakaian sekolah menonton porno di cybercafe Farhan IT berhampiran rumah aku.

Ada lagi sebenaqnya tapi aku dah hangin dah nak menulis. Jika korang ada perkara2 yang korang hangin sila beritahu agar aku boleh lakukan untuk mencari pasal ngan korang. Assalamualaikum



4 comments:

cheekycheese said...

waalaikumsalam.

haaaa best2 entry macam ni. haha *emo*

Anonymous said...

ijai..thank u so much!ko br je menceriakan hariku ini..aku akan jd stalker ko after this coz u're posts are amazingly funny & crazy =D
btw, ape kate ko nyanyi kat wedding aku nnt?hehe

-nana exclassmate ko dlm graphic classes n geng2 dolah (kot2 la ko lupe aku dah)-

z a t i said...

PMS ke?

Mohamad Faizal said...

ezu: ezu emo dengan presentation prasanth

nana: suruh nyanyi kat wedding tapi kad tak sampai lagi alamat aku dah bagi bagaimana ni?? (masih emo)

zati: seksis la ayat kau

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...