Thursday, March 26, 2009

Teknik Cover Malu

Pernah tak kalian mengalami saat-saat mengaibkan yang menyebabkan kalian berasa ingin berhijrah ke negara jiran menukar nama kepada Mustafa Agil sambil menjual bakso akibat terlalu malu? Pernah tak korang mengalami situasi di mana korang berada di rumah terbuka Hari Raya yang dihadiri dengan puluhan gadis dan beberapa orang jejaka, kemudian lagu tema Mis Tres Hermanas berkumandang di udara menyebabkan korang berlari-lari anak untuk menontonnya, tanpa disedari tersepak cawan kaca sehingga pecah sambil diperhatikan oleh gadis-gadis dan ibu tuan rumah? Pasti runtuh moral korang ketika itu. Jangan kaget, aku akan memberi tips-tips untuk meneruskan kehidupan dengan penuh keyakinan dan iltizam tatkala situasi-situasi memalukan berlaku. Ayuh kita klik Read More.

(ise cakap kat mak kau aku mintak maaf)

Situasi satu: Terjatuh tangga/basikal/kerusi
Teknik cover: Saat korang terjatuh, jika ramai mata yang memerhati korang ada 2 pilihan;
1) Terus bangun dan buat-buat jatuh sekali lagi. Dan lagi. Dan lagi. Nanti orang akan menyangka yang korang sedang membuat jenaka lalu ketawa hi hi hi kerana kelucuan korang.

2) Korang boleh pura2 kena rasuk. Jeritlah macam orang tengah tengok cerita Histeria. Pastu cakar-cakar badan sambil membaca mentera semerah padi, buat mata Undertaker skali. Orang pasti akan takut nak gelakkan korang

Situasi dua: Bawak kereta manual, enjin mati di tengah jalan
Teknik cover: Enjin dah mati. Nak start tersenggut-senggut kerana panik. Orang belakang dah mula hon. Abis tu nak buat apa? Jangan cuak. Hidupkan hazard light. Bukak hud enjin. Handphone letak kat telinga pastu pura-purala bercakap sambil melihat enjin dan tayar. Teruskan lakonan sehingga tiada orang di sekeliling.

Situasi tiga: Ketika asyik menonton pornografi, pintu bilik dibuka keluarga/kawan
Teknik cover: Siapa yang selalu tengok senyap-senyap, tahap awareness mereka memang tinggi. Sebaik sahaja mendengar bunyi pintu dibuka, pasti suis monitor pc akan ditutup. Pura-pura sedang tidur. Ataupun capai buku pelajaran yang sudah disediakan di atas katil. Pastikan speaker ditutup juga kang dengar bunyi ghairah di latar belakang walaupun monitor tiada display kantol juge.

Situasi empat: Terlupa zip seluar.
Teknik cover: Saat orang menyedari korang tidak zip seluar da mula ketawakan serta mengeji korang, korang ada 2 pilihan;
1) Gunakan dialog ini "Kau ni memang kolot. Inilah fesyen terkini. Kampung betul kau ni, huh," . Untuk menunjukkan kau orang ni serius, mulai esoknya korang jangan zip seluar agar orang tahu fashion statement anda dan mula terikut-ikut dengan gaya baru tidak zip seluar.

2) Gunakan dialog ini "yeahhh you like that bitch...ummmmm" (goda dia)

Situasi lima: Disuruh jadi imam tapi tak tahu doa selepas sembahyang.

Taktik cover: Hoi pegi belajarla doa tu takkan itu pun nak cover. tetapi jika terpaksa cover korang ada dua pilihan;
1) mulut terkumat kamit konon-konon sedang khusyuk berdoa sambil menangis teresak-esak. orang takkan suruh kau baca kuat-kuat punya.

2) lari selepas memberi salam. jangan pandang belakang.

Situasi enam: Terkeluar darah haid ketika membuat presentation
Taktik cover: Tak tahu. camne ek?

Situasi tujuh: Ditangkap basah. masuk suratkhabar pulak tu.
Taktik cover: Jangan sekali-kali korang cakap melayu. Gunakan bahasa lain kerana orang melayu je yang kena tangkap basah ni. Tak kiralah semelayu manapun muka korang, jika korang gunakan dialog-dialog ini dengan fasih, nescaya korang akan terlepas. "Lei hou lenggg", "Ngo hou leng chai" "Nan break pova mudiyama?" ataupun "yes no it isn't" (sila hafal ayat perkataan-perkataan ini) Apabila jais tahu korang bukan melayu, terselamatlah korang azab dunia.

Apala lagi ya situasi yang memalukan? Usah malu sila hantarkan keraguan anda kepada Abang Faizal agar Abang Faizal dapat memberi tips-tips yang berguna untuk dijadikan tauladan. Nak kord lagu Situasi pun boleh.



3 comments:

dalila said...

Situasi 6: Terkeluar darah haid ketika membuat presentation
Taktik cover: pura2 itu mmg corak yg sedia ade kat baju..

bole? heh..

Anonymous said...

seingat aku aaa. bile ade pompuan kantoi ngan masalah skali sebulan tu, 4 pompuan lain akan kelilingi gadis tu teman ke tandas. haha.

adam

Mohamad Faizal said...

masa kita skolah rendah ada sorang budak kelas putih kena. jeng jeng jenggg. blah la kelas putih kau ingat kau classy sangat ke (termasuk kau dazu hee)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...