Tuesday, March 24, 2009

Top 10 KRU Songs

Dalam banyak-banyak kumpulan di Malaysia, kumpulan apakah yang mendapat paling banyak wang? Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Haa haa haa lucunya aku. Ok ok serius la ni. Bagi aku, kumpulan yang paling berjaya serta banyak wang ialah kumpulan KRU. Aku dengan bangganya mengaku yang aku adalah peminat separa fanatik KRU sehingga sejak darjah 4 sehingga sekarang, although agak sukar untuk aku mengungkapkan bait lagu-lagu baru mereka kerana aku lebih menggemari lagu-lagu klasik mereka.


Awas! Jangan Lafazkannya jika Di Dalam Dilemma. apa aku merepek ni sila klik Read More.

10. Wawasan 2020
Inilah lagu KRU pertama yang aku dengar. Melihat gaya Norman memakai Windbreaker sambil menari rap membuatkan aku terus berazam untuk menjadi penyanyi tatkala umur aku mencecah 13 tahun. WAWASAN!

9. Mengerti
Satu satunya lagu KRU yang masuk Juara Lagu pastu langsung takde dah. Aku ingat lagi kecoh orang kata suara Norman sumbang masa tu. Of kos la aku membantah tapi apasal kau nyanyi part Yusry masa tu Norman kalau tak mesti dah menang kategori pop rok.

8. Everest
Haa dulu kan ada macha nak daki gunung Everest aritu pastu tekela sape yang layak membuat lagunya. Sudah pastilah adik beradik kacak. "Eeeeeveresttttt kibarr bendera kita di sanaaaaaa yakin kemuncakk duniaaaaa"

7. Emilia
Aku rasa kehebatan lagu KRU terletak pada lagu ballad dia. Lagu Emilia ni memang lebih mengasyikkan daripada terkena penangan nasi kangkang. Mengisahkan tentang cinta seorang lelaki terhadap seorang gadis bernama Emilia. Pastu banyaklah lagu2 sekarang yang muncul dengan nama gadis sebagai tajuk Jesnita la, Suhaila la, Eleanor Ezura pun ada.

6. Ohh! La la!
Siapa tidak tahu lagu ini. Memang cukup popular sehingga sekarang. Agak malu untuk mengaku tapi memang begitulah hakikatnya; aku lebih lancar rapping lagu ini daripada membaca doa ke tandas.

5. Di Pintu Syurga
Jika tiada penggunaan strings di dalam lagu ini sudah pasti lagu ini boleh dikategorikan sebagai sebuah lagu nasyid kontemporari moden seperti In Team. Mengisahkan tentang cinta seorang lelaki (ataupun pondan) yang setia menanti cinta agungnya di pintu syurga (itu sekadar metafora mereka, kau tak faham seni janganlah mempolitikkan lagu ini).

4. Cherrina
Huii zaman kanak2 aku inilah lagu kegemaran para remaja. Dengan tracksuit masing2 serta kasut ada lampu sape hafal lagu ni memang dialah yang paling kool ketika itu.

3. Negatif
Ini bukan lagu protes!

2. Apa Saja
Lagu ini memang sesuai jika dijadikan lagu cinta korang. Sila gunakan taktik ini jika gadis korang bertanya soalan2 seperti "Boleh belikan saya beg tangan baru?" Sila jawab dengan yakin sambil membuat gaya dagu ke depan Yusry "Aaaaapa saaaaja untukmuuuuuu..."

1. Dua
Lagu KRU yang paling agung. Aku yakin lagu ini memang berada dalam top 5 lagu paling diminati di kalangan peminat2 fanatik KRU.

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika korang rasa ada lagu feveret korang yang patut ada silalah buat top 10 korang sindri ok uols?



5 comments:

Anonymous said...

susah ah lagu kru. aku tau satu je kot.

xpdc ultimate malay band

adam

Diyana Yunus said...

Babe - sweet ahh lagu tu

cheekycheese said...

thanks u to im listening to KRU playlist now on imeem. hahaha bessttt.

Mohamad Faizal said...

kru bersaudara > jonas bersaudara heee

Himura Hazezy said...

'Dua' dan 'Apa Saja' mmg dlm top 5 lagu2 KRU feveret aku. 'Cherrina' adalah first song diorang aku dgr masa darjah 2.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...