Monday, April 13, 2009

Hujan Yang Turun Bagaikan Air Mata

Hujan tadi memang lebat nak arwah bukan? Jarak penglihatan ketika memandu hanya 5 meter. Aku memandu seperti kereta lembu dari Kuala Lumpur sehingga ke Bandar Baru Bangi. Banjir kilat, kemalangan tak berapa ngeri serta kilat sabung menyabung semua aku tempuhi dengan perasaan cuak.

Aku keluar kereta nak bukak pagaq pun sudah basah kuyup. Takpe. Korang tahu tak apa moment yang paling berharga bagi aku setiap hari bekerja? Sudah pastilah saat pulang ke rumah di mana xbox dan cerita siri tv yang di download malam tadi menanti. Ahh bahagianya hidup ini. Namun begitu, atas ketentuan Qada' dan Qadar saat bahagia aku hari ini hilang sinarnya. Sila klik Read More untuk membaca entry separa bapuk ini.

Kilat ditembak dari langit macam laser ghostbusters. Aku sedar yang PC aku tidak ditutup selama 4 hari. Aku teringat akan wireless router yang baru dibeli. Yang lebih penting, aku teringat bahawa modem yang aku guna ialah modem pinjam dari Amir Rashidi bin Aziz. Aku menghulurkan tangan untuk menutup modem, lagi 3 cm sahaja jari aku hendak sampai ke punat 'Off', CETUS CETUS (bunyi kilat menyambar). Aku boleh lihat percikan api biru di modem Apai. Nasib baik aku tak sentuh lagi kalau tak mau kecut skrotum aku kena kilat. Maka tamatlah riwayat modem yang aku pinjam. Sori Apai.

Maka tadi aku pun pergilah ke pasaraya Warta untuk mengganti modem Apai. Hanya ada seketul Dlink berharga RM100. Tak kisahlah sebab aku buat muka miskin meminta simpati dan mama aku memang sayangkan aku so dia yang bayaq. Haa haa. Ohh Apai aku pinjam tau modem yang aku beli untuk kau ni. Anyway, pulang ke rumah aku terusla menyetup modem kerana aku memang ketagih internet dan ketagih solat sunat. Power LED, check! DSL, check! LAN? apasal tak menyala? Chill. Check device manager. Ada je network adapter. Restart komputer. Masih tak menyala. Son of a cock. Network adapter aku pun turut terkorban. Damnnnnnnnn.

Modem dipasang di laptop mama untuk menulis entry ini. Maafkan aku, Amir Rashidi.



5 comments:

~Meen~ said...

U tau x..dr zaman uniten dulu..amir sll cite kt i pc u lah..modem u lah,kena panah petir.
Ni kena lagi!!?

Anonymous said...

haha nasib baik xbox kau masih ok jai. teringin aku main guitar hero world tour.

adam

z a t i said...

mesti apai dh tk dpt nk ber g-talk atau g-string dgn mizah lg di malam hari.

Mohamad Faizal said...

mohd nazmin: tamir memang sayangkan saya lebih daripada dol dan epul

adam: tahun ni balik tak bole abeskan army of two haa haa

zati: g talk tu apa ringan ringan secara maya ke

z a t i said...

google talk. sile google. jgn google talk je. google; google talk.

paham ke?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...