Thursday, April 16, 2009

Kempen Memakai Baju Melayu

Dewasa kini, amalan pemakaian baju Melayu sudah semakin dipinggirkan. Baju melayu hanya dipakai ketika hari raya pertama, dan kadang-kadang ketika solat jumaat. Itupun kalau korang solat jumaat. Baju Melayu merupakan baju kebangsaan, menjadi simbol kepada adat ketuanan Melayu yang penuh erotik. Ke eksotik? Maka di sini aku ingin menyeru kawan-kawan semua tak kiralah bangsa apa, agar kita mengamalkan pemakaian baju melayu tak kiralah di mana. Masuk disko pun pakaila baju Melayu. Apa salahnya bukan? Yang salah ialah meneguk arak memakai baju Melayu.

"Eleh kau cakap bolehla Faizal. Kau tak pakai pun..." kata seorang pembaca blog aku di dalam hatinya. Cis, aku bukan cakap sebarang cakap. Takkanla aku nak berkempen jika aku tidak mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Marilah kita saksikan bukti-bukti di bawah.


Jika ada majlis makan malam, orang semua sibuk nak sewa kot la tuxedo la cheong sam la tetapi aku tetap yakin dengan penampilan segakku berbaju Melayu. Sudah pastinya tidak sia-sia kerana aku pasti menggondol anugerah Best Dressed pada majlis itu. Gambar segak di atas menunjukkan trofi kemenangan ketika majlis makan malam Majlis Perwakilan Pelajar Uniten.


Gambar kedua pula ialah gambar kemenangan Best Dressed aku ketika majlis Alumni Uniten. Pakai baju melayu pun boleh dapat telefon bimbit. Kalau aku siap pakai keris dengan tanjak mau dapat laptop. Hah masa aku form 4, dinner pengawas pun aku pakai baju Melayu. Aku sorang saje, yang lain pakai baju kerja bertali leher. Dapat best dressed jugak. Tak percaya tanya Adliza. Hah dinner matrikulasi pun pakai baju Melayu jugak. Kat matriks tak menang best dressed tapi menang persembahan terbaik main lagu Mis Tres Hermanas. Semuanya sebab aku pakai baju Melayu.

Ahhhh weddings. Aku memang suka menghadiri majlis perkahwinan. Selain dapat mencuci mata melihat gadis-gadis..eh aku juga dapat menggayakan baju Melayu aku. Pegila wedding mana-mana pun pasti aku kacak bersongkok. Lihat sahaja gambar di bawah ini.


Mengikut putaran jam: Wedding akak apai, wedding Adam, wedding Anas, wedding Yuya, wedding Zed. Tiada dalam gambar tetapi aku tetap berbaju melayu: Wedding Huda, wedding Liyana, wedding akak abe no 2, wedding abang Bc, wedding Rizal Jilani, wedding Johan abang Adam, WEDDING MUAZ, wedding nana akak lala.

Bagaimana? Sudah mula bersemangat untuk berbaju Melayu? Tujuan sebenar aku menulis entry ini adalah kerana ada satu event yang pasti akan membuatkan aku berbaju melayu, dan aku ingin mengajak korang beramai-ramai datang berbaju Melayu juga. Wah event apakah itu? Klik Read More jika ingin tahu.



Oh yeah. Band malaya kedua paling hebat yang akan bermain di Istana Budaya. Jika dapat membuat persembahan di Istana Budaya, memang sudah kira kemuncak kareer la. Aku bukanlah peminat OAG jadian. Aku memang meminati mereka sejak zaman cover kertas recycle album Old Automatic Garbage, disusuli dengan letupan 60's Crunchy Pop Fuzz mereka dalam Melody Mocker yang aku beli di Metro Kajang. Opera Radhi-o Friendly, album Bahasa Melayu mereka aku beli di kedai kaset di Bangi Utama. Masuk Satelit Ink, huii beli cakera padat kerana duit PTPTN sudah masuk. Album OrAnG aku tak jumpa. Hee. Tapi apa kaitannya dengan baju melayu? Duhh Radhi kat rokdewel pun berbaju Melayu, konsert muse pun dia berbaju melayu, inikan pula di Istana Budaya? Come onnn sudah pastilah aku akan turut serta. Zahrul pun dah janji nak sedondon dengan aku nanti jangan kau belot di saat akhir.

Tiket masih ada. Bulan ni tak perlu bagi wang kat kampung, korang beli je tiket OAG untuk mak abah sekali mesti diorang suka. Aku pegi sesi hari Ahad, ada Projek Pistol. Edrie Hashim punya band dengan kawan-kawan AF dia. Ahhhhhh tiket-tiket boleh didapati di tempat kejadian ataupun beli secara online di sini.

Orang Asia Genius!



6 comments:

Zihan Naszeri said...

ko memang menakjubkan bro!

Mohamad Faizal said...

yesss saya memang menakjubkan dan kacak serta handal menempelkan perkataan best dressed award menggunakan photoshop haa haa

Muaz said...

sedih..ko tak mention wedding aku pun.. ko pakai baju melayu .. :(

Qilah said...

yes...kamu berbaju melayu ketika wedding kakak saya.. saya ingt!! teruskan kempen anda mohd faizal!!

Mohamad Faizal said...

muaz: apa maksud kau? aku siap letak caps lagi punyala kau spesel di hati aku takkan kau tak nampak

lala: nana aritu tersalah anggap ingatkan saya bakal suami kerana berbaju melayu berkeris mengalahkan pengantin

Muaz said...

ahh siut..ko baru tambah..aku dah siap screenshot pastu send kat pss-kul-sups lagi..complain ko tak letak..hahaha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...