Tuesday, April 28, 2009

Kempen Menonton Wayang di Bangi Utama

Tahukah korang di pasaraya Bangi Utama ataupun nama saintifiknya Warta (kini Bintang) terdapat sebuah panggung wayang? Walaupun panggung itu pernah ditutup pada satu masa dahulu akibat kerugian kerana tiada pengunjung, pawagam itu telah kembali beroperasi di bawah pengurusan yang baru.

Sebagai rakyat Bandar Baru Bangi kebanggaan, kita seharusnya memberi sokongan terhadap pembangunan Bandar ini. Dengan memajukan Bangi Utama, kita dapat menaikkan nama Bangi di mata dunia. Agak banyak sebenarnya filem-filem yang aku tonton di pawagam Bangi Utama seperti Batman, Superman, Chronicles of Narnia (6 orang je di dalam panggung) serta King Kong (tayangan terhenti seketika kerana nak tukar disc 3). Aku akan beri korang 5 sebab utama mengapa korang harus menonton di pawagam Bangi Utama berbanding di panggung mainstream yang lain:

Sebab pertama: Kos yang rendah.
Harga tiket di pawagam Bangi Utama memang murah nak arwah. 5 ringgit di hari Rabu. Hari biasa 6-7 ringgit. Kalau pergi Pavilion, harga tiket ialah RM12. Parking dah RM14. Parking di Warta percuma. Makan bawak bekal mama korang masak je.

Sebab kedua: Tidak perlu bergaya
Di pawagam Bangi Utama, kau nak pakai kain kaftan ke kain kapan ke orang tidak akan memandang sinis punya. Tetapi jika kau pergi ke kawasan eksklusif seperti di Pavilion dengan memakai boxer, pasti korang akan dihina dengan zalim seperti di zaman Jahilliyah dahulu.

Sebab ketiga: Suasana tenang, tidak perlu beratut panjang
Kalau hendak menonton di Midvalley, pasti perlu beratur sehingga ke barisan orang beratur membeli mekdi. Kadang-kadang jika terlupa arah tujuan kita akan tersilap membeli McChicken instead of membeli tiket Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam.

Sebab keempat: Servis kelas pertama
Pekerja-pekerja asing akan melayan korang seperti melayan Pak Ngah mereka sendiri. Separa fasih berbahasa melayu, mereka akan memuji kehenseman kita ketika membeli tiket tanpa rasa prejudis, tanpa pandangan sinis walaupun korang memakai jersey Man U tiruan mahupun beg tangan Roach (klon Coach).

Sila klik Read More untuk mengetahui apakah sebab yang kelima, sebab utama kami ingin memulakan kempen ini.

Sebab kelima: Tayangan Perdana filem X-Men Origins: Wolverine
Selalunya, filem-filem yang ditayangkan di pawagam-pawagam kecil sebegini adalah filem yang sudah lama ditayangkan ataupun filem yang gampang kualitinya. Namun, once in a while, filem-filem besar akan dijadikan tayangan perdana, menyebabkan suasana menjadi meriah (boleh penuh satu panggung). AJK wayang, Ahmad Shuduh sila beri status siapa yang akan menonton tayangan perdana pada hari khamis ini. Aku dah amek cuti ari jumaat (walaupun hari jumaat memang cuti hari buruh, tapi aku bukan buruh Malaya), maka kanak2 Bangi boleh bersemenda bersama-sama tanpa meminum minuman keras.

Aku seru korang semua yang membaca entri ini jumpa kami di Pawagam Bangi Utama pada hari Khamis malam Jumaat untuk sama-sama memeriahkan pawagam Bangi Utama. Come on lads! Ho untuk Bangi Utama!



8 comments:

Idlan said...

Aku ingat lagi pergi tengok wayang XMen3 dengan kau dan si suduh di Bangi Utama; pastu balik kena marah sebab tak tolong kerja kawin adik aku (sebab zahid report kitorang gi tengok wayang).

Anonymous said...

ho!!!
come on rakan2..walaupun pop corn lemau dan air berkarbonat tiada gas,itu bukan alasan..lepas tgk wayang boleh singgah taman tasik membanteras maksiat.
update terkini line up:
jamil,aku,kau..
apai masih samar2..anas kene mintak kebenaran bini(khamis mlm jumaat..hehe)..ikram ngan ise tidak membalas sms.zul gagal dihubungi(seperti biasa)

p/s:adam,rugi kau takde..jika tidak,pastilah kau yg menjadi budak suruhan membeli tiket.

-shuhud-

Anonymous said...

haha aku sudi je pergi beli ticket untuk reramai. aku dah lame dah tak tengok wayang ni.

tapi kalau aku ade kat sane pun aku kene mintak kebenaran bini gak. nampaknye aku ngan anas kurang skit ah kluar secara konvoi ngan korang.

adam

Anonymous said...

terlupa.

HO!

adam

Anonymous said...

weih anas skarang tinggal kat mane eh?

adam

Mohamad Faizal said...

akak abe: anda bila nak kahwin tunggu andy cole meminang susah aaa

abe: popkon dia dah besh la management sudah berubah

adam: anas kadang2 curang gak ngan kitorang bila bini dia on call. dia duduk subang kadang2 anas balik bangi bila diorang bergaduh (haha)

Idlan said...

saper nak andy cole aku tunggu ryan giggs

Idlan said...

wahai ijai dan suduh yang bawah umur (serta rakan2 lain, maybe). kitorang dah tengok dah wolverine kat sini. Best woo cerita dia. Mengisahkan wolverine yang mulanya adalah seekor wolf yang menyalak kepada bulan kerana kekasihnya mati. Sesudah dia kehabisan suara dia makan zat besi dan timbul kuasa claws adamantium. tak lupa, gambit sangat hensem.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...