Sunday, April 5, 2009

March Movies!

Yaaa bertemu kita sekali lagi dalam segmen kesukaan beberapa orang, Mari Menonton Filem bersama Abang Jai. Kali ini, Abang Jai akan membuat ulasan tentang 5 filem yang ditonton pada bulan Mac. Banyak filem yang diadaptasi daripada buku dan komik pada bulan ini termasuklah filem yang diadaptasi daripada buku kontroversi tulisan Shahnon Ahmad, Shit. Haa haa lucunya aku. Sila click Read More untuk ulasan filem-filem tersebut.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Watchmen
Ulasan Ringkas: Filem ini diadaptasi daripada novel grafik yang hebat dari Amerika dengan tajuk yang sama. Mengisahkan tentang pahlawan-pahlawan bertopeng bergabung menubuhkan satu sindiket MLM untuk menentang penjahat-penjahat durjana. Setelah salah seorang daripada mereka dibunuh (Denny Duckett), Encik Bersuara Garau mengesyaki ada komplot untuk menghapuskan anggota-anggota Watchmen. Ahh panjang betul filem ini. Gadis-gadis merungut tidak faham menonton cerita ini kerana mata mereka hanya tertumpu kepada zakar biru Doktor Manhattan.

Ratings: $$$$
Spoiler: Ozymandiaz yang bunuh Denny. Tapi dia baik dalam jahat. Haa?

Race To Witch Mountain
Ulasan Ringkas: Setelah tamat kontraknya dalam WWE, the Rock membuat keputusan untuk mencari rezeki yang halal dengan memandu teksi, kerana tiada siapa yang mahu ambil dia bekerja dengan SPM pangkat 3. Satu hari, ketika dia sedang membuat overtime, 2 ekor alien menaiki teksinya untuk dibawa ke Witch Mountain. Pengembaraan bermula apabila mereka diburu Predator, Ah Long, serta pegawai kerajaan. Berjayakah the rock membuat finishingnya, the People's Elbow?

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: aku pun tak tahu nak spoilkan apa pasal filem ini

Dragonball: Evolution
Ulasan Ringkas: Ahhh kamon. Gua ada Dragonball volume 1 sehingga 43 (walaupun missing beberapa volume kerana Acap Ciki, Nasrul Hakim dan Zulkifli Ibrahim pinjam tapi tak pulangkan). So expectation aku menonton filem ini, pasti songklai big time. Tetapi aku silap. Filem ini tidaklah terlalu bangang (definite not great), boleh tahannya. Kenyataan ini dibuat berdasarkan gadis-gadis comel dan seksi yang berlakon dalam filem itu. Muka Bulma macam Sydney Bristow muncung dan suara pun hampir sama. Chi Chi pulak asyik nak mendedahkan extra aurat huiiiiiiiiiiiii.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Picollo tak mati. Ala itu bukan spoiler pun

Confession of a Shopaholic
Ulasan Ringkas: Ini pun berdasarkan buku juga. Tapi aku pura-pura tidak berminat menonton cerita ini kerana ini ialah cerita gadis-gadis. Aku memang buta beg tangan, sarung kaki, designer shoes mahupun pengilat kuku, namun aku tetap terhibur menonton cerita ini walaupun aku nampak tidak peduli je bila orang tanya "Best ke jai tengok cerita tu?" Sebagai seorang anak jantan sejati, mana boleh mengaku terhibur beb menonton chick flick.

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Dia dapat balik skarf hijau dia.

Knowing
Ulasan Ringkas: Cerita ini memang ada feel ceita The Day After Tomor....eh The Day the Earth Stood Still. You know, alien datang masa hari akhirat bumi. Eh terbagi spoiler awal-awal pulak. Seorang gadis yang mendapat wahyu entah dari mana menulis nombor magnum 4d di atas kertas kemudian ditanam di dalam kapsul masa. 50 tahun kemudian kapsul itu dikorek dan nombor-nombor itu sampai kepada Nicholas Saputra. Terkejut beruk Nicholas apabila nombor itu kena 3rd prize. Nombor itu juga merujuk kepada bencana-bencana alam yang menimpa dalam 50 tahun itu. 3 bencana masih belum berlaku. Dapatkah Nicholas menyelamatkan manusia daripada bencana itu? Lihat jawapannya di panggung ataupun skrol sahaja ke bawah.

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Tidak dapat. Semua meninggal.

Jumpa lagi dalam ruangan yang sama di bulan hadapan. I lap you all.



4 comments:

souled_oUt said...

saya cadangkan en. ijai pegi menonton citer talentime.. best wooo !

Anonymous said...

durjana gile spoiler spoiler kau jai. aaaaaa. tak jadi tengok cite cite ni.

adam

hUdArLiNg said...

hahaha. alah. talentime ble nk spoil kan?

Mohamad Faizal said...

finaz: ada kakak vince yang gemuk dalam amazing race asia kan

adam: spoiler fast and furious 4 = braga ialah campos (saje bagi spoiler sebulan awal)

huda: spoiler talentime dalam entry April Movies! nanti

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...