Sunday, April 12, 2009

Percayalah Apabila Aku Kata Kucing Aku Sang Juara

Apabila aku kata kucing aku Sang Juara, aku memang maksudkan kucing aku betul-betul juara. Bukan nak berlagak, sekadar nak riak je. Tapi riak aku ini riak yang murni, agar dapat menghasut korang untuk membeli ataupun mengambil kucing aku sebagai anak angkat kerana kucing aku masih banyak dan aku tidak larat untuk membelanya. Kalau berurusan dengan aku, aku pasti minta wang tapi jika korang mahu kucing juara secara percuma, datanglah rumah aku jumpa mama aku tunjuk mana satu yang korang berkenan dan bawak balik. Warranty 30 hari kalau ada kutu korang boleh pulangkan.

Baru-baru ini, sesi clearance dan yardsale telah dibuat menjadikan jumlah kucing aku sekarang lebih kurang 20 ekor. Target kami ialah menjadikannya bawah 10 ekor. Maka dengan gambar-gambar bukti kejuaraan yang akan aku paparkan ini, diharap korang akan terpedaya ataupun naik syahwat untuk menjadi penternak kucing yang berjaya. Sila klik Read More untuk berasa kagum.



Kita mulakan dengan hadiah-hadiah utama. Kalau korang datang rumah aku pasti nampak almari yang penuh dengan trofi ini.



Antara anugerah-anugerah yang dibolot ialah Best Kucing Malaysia (arwah Kersani aku memang ultimate kucing Malaysia), Best Local Domestic serta Best New Artiste. Best in Show hampir nak menang, tapi sebab Arwah Oakley aku tak suka dipegang, maka judge menganugerahkan title itu kepada kucing milik Ah Seng (orang betul ni bukan aku reka).



Jadi bagaimana setakat ini? Sudah bernafsu untuk memiliki kucing juara? Jika nafas anda sudah turun naik, sila teruskan dengan gambar-gambar bukan porno yang mengghairahkan di bawah.


Di bawah tangga pun ada...


Di dinding pun ada...


Kalau setakat korang ada sijil penyertaan pertandingan kucing toksah nak berlagak la. Bila dapat trofi sebegini barulah boleh nak berlagak.


Cis, kalau dapat satu riben tempat ketiga pastu nak tayang kat blog gua tak heran la. Lainla kalau korang ada sekotak cat show ribbons.

Jadi para pembaca yang budiman, diharap korang semua akan terpedaya dengan gambar-gambar di atas. Sama-samalah kita menjayakan program kucing angkat dengan mengambil kucing-kucing dari rumah aku. Semua available boleh diambil kecuali Shareca, Chevy dan Kelly. Serius ni! Sila emel aku di ijaicool (at) yahoo (dot) com jika korang betul-betul berminat. Sebarang emel mengurat akan dibaca tapi tidak akan direply. Assalamualaikum.



4 comments:

<< s| teD| yanG GOmuK >> said...

letaklah gambo kucen2nye hencek faizal..

Qilah said...

gambar kucing !!

Mohamad Faizal said...

gambar kucing sudah letak di entry http://ijaicool.blogspot.com/2008/12/jualan-istimewa-hari-raya.html dahulu.

ala aqilah hasan anda kan takut kucing. anda lebih berani tengok cerita Jangan Tegur daripada tengok kucing

dudu said...

cara merawat bulu kucing
cara membuat makanan kucing
cara merawat bayi kucing
nama kucing yang bagus
cara membuat kucing gemuk
cara mengubur kucing

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...