Saturday, April 25, 2009

Random Post

Entry yang rawak akan ditulis apabila korang tiada perkara menarik untuk ditulis tetapi korang menulis juga walaupun entah apa apa agar nampak blog korang dikemaskini sentiasa. Usah terasa, kita semua serupa. Marilah kita menelaah post entah apa apa aku ini.

1) Selangor vs Kelantan.
Ada sesiapa yang akan pergi menonton Selangor menentang Kelantan malam ini di Bukit Jalil? Melainkan korang sudah bersedia untuk berjihad membabi buta demi negeri tumpah darah serta sudah mengkaji jalan cerita Green Streen Hooligan sebagai inspirasi, aku nasihatkan usahlah pergi kerana aku menjangkakan akan berlakunya rusuhan besar yang akan terpampang di dada-dada akhbar pada esok hari. Nasib baik Halim Napi dah kena suspend kalau tak memang dia gomol mana-mana pemain Selangor yang memiliki isteri yang lebih cantik daripada isteri dia macam Aidil Zafuan aritu (walaupun Rita Rudaini juling air).

Sila klik Read More utuk terus membaca.

2) Internet Explorer 8
Sejak IE8 dirilis beberapa minggu yang lalu, jumlah emel yang aku terima semakin banyak. Orang putih sering kompelin mereka tidak boleh browse Internet setelah mendownload IE8 kemudian kutuk-kutuk Maikrosof sucks balls dan kata IE8 is full of bugs serta ugut nak guna Firefox. What the what. Aku di rumah memang menggunakan Firefox tetapi di pejabat tiada masalah pun guna IE8. Mereka menghadapi masalah kerana konflik dengan 3rd party application semasa installation of IE8 (alasan yang aku beri kepada pengguna, haa haa. On a positive note, beban kami akan berkurangan dengan kehadiran Irsyad dan Syed Muaz untuk membantu pasukan emel mulai Isnin hadapan. Yay.

3) Sekeji-keji aku, keji lagi kawan aku
Pada hari jumaat yang lalu, aku bersiap-siap hendak pergi ke solat jumaat. Tiba-tiba ada seorang rakan sekerja yang tidak boleh disebut namanya bagi menghormati privacynya meminta aku menunggunya kerana ingin pergi bersama. Aneh, tidak pernah dia mengajak aku sebelum ini. Waktu solat masuk pantas, Masjid Jamek 10 minit waktu perjalanannya. Sampai sahaja di sana orang sudah mula sembahyang, dan ada orang dah balik pun sebab tahu tidak sempat. Namun kawan aku yang sorang ini memang sudah memasang azam terus sahaja berlari melintas jalan yang penuh dengan kenderaan masuk ke dalam saf dengan wajah keinsafan. Aku hanya mampu terdiam. Aku tahu, dan dia pun tahu dia tidak ambil air sembahyang. Apabila ditanya sesudah solat, "Takpe Tuhan pasti faham aku dah minta keampunan lepas sembahyang tadi..."

Sekian sahaja entri aku yang random. Berjumpa lagi kita dalam segmen yang sama di masa hadapan. Assalamualaikum.



2 comments:

Anonymous said...

hahaha. keji gile babi kawan kau jai.

adam

Idlan said...

shuhud ek nama dia jai? kerja doktor gigi?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...