Wednesday, April 1, 2009

Sambutan Perayaan April Fool

Malaysia merupakan negara yang paling banyak hari cuti umum. Asalkan ada sahaja perayaan tidak kiralah untuk kaum Melayu, Cina, India, Musyrikin atau kaum Quraisy sekalipun semua akan kita sambut. Perayaan orang putih April Fool turut disambut di Malaysia. Malah di sesetengah kawasan seperti di Bandar Baru Bangi ataupun Kajang, perayaan ini disambut selama tiga puluh hari berturut-turut. Kira macam hari raya ah sambut sebulan. Maka di sini aku akan memberi tips-tips berguna agar korang dapat melakukan prank-prank yang bisa merapatkan ukhuwwah sesama ummah. Dan ada kemungkinan juga korang kena tumbuk di perut padan muka korang pandai-pandaila cover. Sila klik Read More untuk mula mengenakan jiran anda.

1) Bagi mereka yang mempunyai housemate yang malas sembahyang subuh dan bangun pukul 2 petang, korang boleh berkumpul mengelilingi rakan anda memakai baju melayu dan membacakan surah yasin beramai-ramai. Pasti cuak dan insaf terus rakan anda. Jangan lupa menjerit April Fool agar korang tidak berbawa-bawa pulak dengan prank ini sekaligus pegi tanam pulak rakan korang.

2) Tips seterusnya memang mudah. Ambil jam loceng, kuncikan pada pukul 9 pagi, kemudian masukkan ke dalam beg suami/isteri/akak/adik/mak ngah anda secara rahsia. Jangan lupa tinggalkan nota April Fool.

3) Untuk merapatkan hubungan ibu dan anak, kaum lelaki boleh membawa rakan baik lelaki mereka jumpa ibu, kemudian sila ungkapkan "Mama, kenalkan bakal menantu mama, Shuhud....".

4) Jika mahu menyakitkan hati rakan-rakan di pejabat yang separa buta IT, korang boleh mengaktifkan function 'Auto Correct' dalam Word mereka. Jika pakai Office 2003, sila tekan Tools > AutoCorrect Options kemudian replace ah ayat-ayat yang selalu digunakan seperti 'the' tukar jadi gay, or bila dia taip nama 'fandy' tukarla jadi penis ke apapala mengikut kreativiti korang. Jangan lupa tukar balik tau.

5) Jika rakan korang sedang berak di pejabat, hulurkan tengan anda di bawah pintu sambil memegang henpon bersedia untuk mengambil gambar. Say cheeeeeeeesse. Pasti menjerit rakan anda sambil bertaburan najisnya. Tapi janganlah korang amek gambar betul2 pulak hormatilah privacy mereka.

6) Pergi ke food court ke kedai makcik yang korang selalu lepak, buat muka serious, kemudian cakap "Makcik nasi goreng babi satu. Nasik lebih aaa". Kemudian terus minta maaf lepas tu sambil salam makcik tu tau.

7) Kalau pegi drive thru McD, lagilah banyak dialog yang aku boleh cadangkan, contohnya: "Saya mahu dua tiket ke Seremban" atau "Ma ismuka? Ismi ismi azhan (cakap arab)" atau korang kentut je kat speaker tu.

8) Yang ni aku selalu buat masa jamuan kat sekolah dulu. Kacang yang sudah dikopek, korang cantum balik rapat-rapat, lepastu letak balik kat bekas dia. Pasti korang akan ketawa hi hi hi apabila melihat mangsa korang mengupas kacang kemudian hampa. (pn suriani ajar English form 1, saya mintak maaf sebab cikgu terkena). Takpun letak sos cili dalam air coke rakan anda di McD. Pasti terkeluar air coke dari hidung (sori rudy)

9) Jikalau korang suka mengisi minyak di petronas, instead of bagi kad mesra, korang bagilah kad bank korang. Kad CIMB paling bagus sebab warna dia sama. Lihat reaksi makcik yang jaga tu dia swipe banyak kali tak berjaya pasti korang terhibur (sori makcik petronas fasa 4, aku tak sengaja).

10) Jika korang duduk di asrama, letakkan colgate di bawah hidung rakan korang yang sedang tidur. Nak lagi kurang ajar letak stokin terus.

Yaa setakat ini sahaja tips-tips yang dapat saya berikan. Diharapkan para pembaca dapat mempraktikkannya sepanjang bulan ini. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas kecederaan fizikal dan rohasi yang korang hadapi. Jika pembaca ada prank-prank menarik yang mahu dikongsi bersama, sila letakkan di ruangan komen, terima kasih.



8 comments:

Fandy said...

'fandy' tukar jadik penis yaaa....nak kner nie bang jai...hahahahha

z a t i said...

no. 3 kelihatan menarik. ha ha ha

Mohamad Faizal said...

fandy: ala sayang u tau i bergurau kan hee

zati: kau boleh cuba ini kat mama kau "ibu, kenalkan bakal menantu ibu hamizah..."

hUdArLiNg said...

haha. ijai, prank paling bagus kt blog i. dah tulis dah. hahahaha. mmg best!

Anonymous said...

Suka lah yang nasi goreng babi tuh..hahahhaha. klako klako

Idlan said...

Okay apa mama kau bermenantukan Abe. Kacak, hensem dan berkerjaya. Juga gagah membantu keluarga mengusung jenazah arwah nenek aku sampai ke liang lahad.

farid ™ said...

jgn ikut cadangan ini...
ini boleh mmbuatkan gado! gado! gado!
hahaha...

bang, nasi goreng babi 1... nasi lbh kurang pedas! hahahah...

cleopatra said...

adoiilaa.. mmg klaka giler budak ini.. penat aku bace entry beliau..isk2

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...