Monday, April 27, 2009

Segmen Jejak Artis

Haiiiiii uolssssssssssssssssssssss. Sally kembali lagiiiiiiiiiii. Awwwww rindunya Sally kat uols. Lama Sally tak mencapub di sini hik hik hik. Buat peminat2 Sally yang tak putus-putus menghantar telegram, uols memang kelassssssss memandu. Buat diva diva voguedevass seperjuangan, lebarkanlah sayapmu dan terbanglah tinggi ke awan. Gelenyahhhh apa Sally cakap pun Sally tak tahu. Ok kali ini sebagai mamarazi no 1 di daerah Hulu Langat, Sally mahu membongkar kisah-kisah artis kita yang pernah meletup gitu, kemudian hilang entah ke mana. Haaaa klik Read More ye uols.

disclaimer: ruangan gosip ini ditulis oleh Sally, paparazi popular dari Kolej Matrikulasi Melaka. Sebarang komen, tak puas hati, gosip panas, ataupun nak ajak berbual(lelaki muda sahaja) bole hantarkan kepada sally_gelenyah (at) gmail (dot) com

1) Casey
Haaa dulu korang ingat tak ada satu Casey lagu melotop gebus mak hoii lagu Seribu Impian dengan Jangan Ada Benci. Haa Casey ni orang Sarawak, dia dah takde kat sini tu sebab kita dah tak dengar cerita dia dah dalam majalah hiburan. Kali terakhir mendengar berita daripada Casey ialah apabila dia berhijrah ke Amerika bersama teman rapatnya Johari, menubuhkan K-Ci and Jojo dengan lagu hits mereka, All My Life.

2) Poe
Haaa ni lagi sorang old skool punya pakcik reggae. Sangat popular satu masa dahulu dengan lagu hit Alalalalatuk tuk jangan saman tolongglaaaa latukkkkk. Poe pun dia berhijrah jugak ke Amerika, membuat pembedahan jantina kerana merasakan dirinya ialah sorang wanita yang terperangkap di dalam tubuh sasa lelaki. Poe mengubah namanya menjadi Zoey Deschanel. Awww menyampah mak nak potong potong pulak.

3) Pak Pandir
Hiii mana tah pegi orang tua ni. Dulu asyik menyanyikan lagu-lagu berunsur nasihat. Mungkin dah jumpa Mak Andeh kot hik hik hik lucunya Sally.

4) Kumpulan Candy
Huiiii sapa tak kenal kumpulan Candy uols memang dasar puaka kuborrrr. Gadis-gadis dari Sarawak ini memang melotop gebus mak hoii dengan lagu Akan Ku Tunggu. Kita tahu Pat kahwin dengan Edrie Hasyim tetapi bagaimana pula dengan ahli-ahli kumpulan yang lain? Haaa nila Sally nak habaq mai. Mary dia kahwin dengan Subadron Aziz (pemain bolasepak Kuala Lumpur), Connie kahwin dengan Manja Man (pemain bolasepak Kedah) dan Nancy bersekedudukan dengan Merzagua Abderrazak (pemain bolasepak Pulau Pinang). Sukati uols la nak percaya ke tak.

5) Kumpulan Nico
Kumpulan rap remaja yang dianggotai oleh Nico, Dino dan Affa mengumumkan persaraan mereka dari bidang seni suara setelah mengecap kepopularitian dengan lagu-lagu seperti 'Inilah Nasibku'. Nico kini membuka restoran bersama keluarganya di Bukit Belacan. Dino pula menjadi downline kepada N.D Lala dalam sindiket MLMnya. Affa pula tidak dapat digoogle kisah dia sekarang.

6)Sandy Suzuki
Sandy Suzuki berasal dari Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Dia dahulu sering menyanyikan lagu lagu rakyat dengan eksyen (accent) Jepunnya. "Renggang renggang kangkung, kangkung di tepi kolam ahhh". Setelah album sulungnya gagal di pasaran, Sandy kini membuat perusahaan menternak lintah untuk dibuat ubat-ubatan tradisional.

7) Mr Os
Mr Os memang cukup popular satu masa dahulu dengan filem-filem klasiknya seperti Mr Os, Awang Spanar serta Matinya Seorang Patriot. Eh? Walaupun sudah tidak aktif berlakon, Mr Os kini membuka kedai gigi palsu di Metro Kajang.

Haaa banyak lagi sebenarnya artis-artis kita yang popular dahulu kini sudah menyepi. Lain kali Sally dedahkan keaiban deyall kayyyy. Tapi kalau uols nak tahu jugak perkembangan terbaru artis-artis, bagi je nama nanti kita mengumpat bersama. Gelenyahhhhh.



4 comments:

z a t i said...

mr.os disyaki menghantar salah seorang anak perempuan beliau ke salah sebuah sekolah menengah teknik tempatan.

Mohamad Faizal said...

(sally jawab)

Haaaaiiii zatiiiii. Mana kau taw itu anak mr os gigi dia jongkos jugak ke heee lasernya Sally

peminat sally said...

hi nokk
lama tak nampak entry...mak dah keciwa merajuk sekarang baca http://lestroissundelz.blogspot.com/
fresh dari peranchis katanya....mak suka pasal banyak gambar jejaka2 macho lagi seksi nokk!

Mohamad Faizal said...

(sally jawab)

hangsuanggg awat pi laman sundelz tu nokk. mak bizi sikit laa. awww mak ada peminat keeeeeeelas memandu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...