Friday, April 10, 2009

Seram: Episod Empat

Jumaat, 10 April. Aku terjaga pukul 5 pagi. Entah mengapa hati aku berasa tidak tenteram pada pagi itu. "Ahh mainan syaitan semua itu," bisik aku di dalam hati. Selesai mandi dan solat subuh serta mencium tangan mama, aku pun bertolak ke tempat kerja. Sepanjang perjalanan, jantung aku berdegup kencang, seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku. Aku memasang cakera padat kugiran The Times untuk menyedapkan hati. "TU duu duu du duu tut dududuu tut du du duduu duuut dud du du jangan digangguuuu milikkuuuu hanya dia yang ku sukaaa,,,," nyanyi aku dengan pitching yang perfect.

Sampai sahaja di tempat letak kereta, aku mula kaget. Tiada satu kenderaan pun di tempat letak kenderaan itu. "Ahh awal lagi kot," kata aku untuk menyedapkan hati. Ooouuu ouuu oooouuuuu bunyi salakan anjing dari gereja dalam kisah Seram: Episod Tiga kembali berbunyi. Aku berlari-lari anak menuju ke pejabat. Aku menekan butang lif ke tingkat 30. Aku sempat menoleh ke cermin. Memang hensem rupanya aku ni.

TING! Pintu lif terbuka. Aku lihat pejabat aku gelap sahaja. Mungkin masih awal pagi. Masuk sahaja ke pejabat, aku tidak mendengar suara seorang manusia pun. Selalunya pejabat aku riuh rendah dengan suara para engineer bergaduh dengan pelanggan Maikrosof yang bebal tetapi tahap kesenyapan kali ini memang menyeramkan. Apa yang berlaku? Aku menoleh sekeliling. Kosong. Aku mula berasa cuak. Seperti biasa, secara automatik aku akan mula teringat kisah-kisam seram yang berlaku di pejabat.

Kisah 1: Seorang rakan aku masuk kerja syif zombie, ketika dia sedang berak di tandas, dia terdengar bunyi pintu tandas terbuka, dan bunyi tapak kaki menghampiri, tapi tak nampak kaki pun yang masuk. Ngeri.

Kisah 2: Ada bunyi gadis menangis di dalam tandas. Uuu uuuu uuuu. Kemudian ada nampak darah berserta lampin Kotex yang sudah dipakai. Ngeri.

Demmit. Mengapa aku sering menghadapi situasi-situasi menyeramkan sebegini? Aku tidak mampu lagi memberanikan diri. Korang jangan nak berlagak, jika korang sorang-sorang di pejabat yang besar ini, pastilah korang cuak. Peluh dingin membasahi dahi. Aku berlari ke tempat Muaz. Kosong. Aku berlari ke tempat Zahrul. Kosong. Apa yang berlaku sebenarnya. Adakah Kuala Lumpur diserang raksasa Cloverfield. Ahhh. TIBA-TIBA!.....(sila klik Read More untuk mengetahui kesudahannya).

.......baru aku teringat hari ini Australia dan New Zealand cuti Good Friday. Siapa buat phone support je bole cuti email support kena bekerja. Sambung ari Isnin pulak curi Easter. Cikai mak lampir.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...