Tuesday, April 7, 2009

Seram: Episod Tiga

Jam menunjukkan sudah pukul 4.30 pagi. Aku terjaga dari mimpi ngeri. Aku bermimpi aku menonton cerita Jangan Tegur. Memang seram cerita itu walaupun aku menontonnya di dalam alam mimpi. Aku hendak sambung tidur, tetapi mata aku sudah segar. Lagipun aku rasa aku perlu mandi mandi wajib kerana rasanya aku telah dinoda secara paksa oleh hantu Jangan Tegur itu.

Selesai solat subuh, aku bersiap-siap hendak pergi kerja. Entah mengapa aku rasa gelisah pada pagi itu. Semua ini gara-gara emel-emel junk yang disebarkan di pejabat semalam. Peristiwa Satu: Rakan sekerja aku telah dirompak oleh Mat Rempit ketika sedang berjalan dari tempat letak kereta ke pejabat. Jaraknya tidaklah jauh hanya lebih kurang dua ratus meter sahaja. Sungguh Ngeri.

Peristiwa Dua: Ada khabar angin mengatakan di subuh hari di sekitar Jalan Raja Chulan, terdapat sekumpulan 'homeless' yang bersatu untuk mengepow mangsa-mangsa mereka. Untuk menakutkan mangsa mereka, mereka turut memakai tshirt bergambar tengkorak Stone Cold Steve Austin.

Peristiwa Tiga: Gambar mayat gadis yang dirogol dan dibunuh ketika berjalan seorang diri. Sumpah seram.

Aku sampai di tempat meletak kenderaan pada pukul 6.30 pagi. Suasana sunyi dan gelap, tiada lampu mahupun cahaya bulan yang menyinari. Ouuuuu OUUUUUU!! Bunyi salakan anjing kedengaran dari gereja yang berhampiran. Wajah Nadia Mustafar dalam poster Jangan Tegur bermain di minda aku. Aku berjalan dengan pantas tanpa menoleh kiri dan kanan. Darah aku berderau setiap kali terdengar bunyi enjin motor kerana bimbang dirogol Mat Rempit. Degupan jantung aku makin laju apabila aku terdengar deruan enjin kereta menghampiri aku. Langkah aku terhenti apabila kereta itu bergerak perlahan betul-betul di sebelah aku. Aku memang tidak pernah nampak kereta itu. Cerminnya juga gelap, aku tidak dapat mengagak siapa di dalam kereta. Aku mula melafazkan kalimah-kalimah suci meminta dijauhi bala. Pelbagai tanggapan buruk mula menyerang benak fikiran aku. Adakah si keparat ini manganggap aku seorang pelacur kelas atasan untuk dilanggani? Adakah aku bakal diculik dan dijual di pasar tani? Aku nekad. Sebaik sahaja dia berhenti, aku akan memecut lari. Kereta itu berhenti......sila ke mukasurat seterusnya dengan mengklik Read More.

"Hoi Faizal marilah naik dengan aku," kata Zahrul Idzwan bin Zainal sambil tersengih. Fullemekkk Arul ada kereta Suzuki Swift baru rupanya patutlah aku tak kenal. Kaya siotttt.



4 comments:

Anonymous said...

sayang kau tak dirogol oleh warga afrika secara konvoi...

adam

hUdArLiNg said...

wah.kereta baru ke.gler kaya ah!

souled_oUt said...

ijai dirogol mat rempit? owh itu mmg ngeri kalau betul2 terjadi

Mohamad Faizal said...

semoga kita semua terselamat daripada menjadi mangsa ragut dan rogol. amin

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...