Tuesday, April 14, 2009

Tanda-tanda Anda Tidak Boleh Hidup Tanpa Internet

Mari kita membuat kaji selidik tentang masalah ketagihan internet;

a) Adakah anda lebih rela dipotong bekalan air daripada dipotong talian internet?
b) Adakah anda lebih gembira melayari laman 3gp melayu daripada bermesra dengan isteri?
c) Adakah kitar darah haid anda menjadi tidak menentu tanpa kehadiran internet?
d) Adakah anda gay?

Jika anda menjawab 'Ya' untuk tiga soalan yang pertama, anda memang tidak boleh hidup tanpa internet. Jika tidak dapat merasai kenikmatan internet dalam beberapa ketika, anda akan menggeletar tubuh badan sambil mencakar-cakar dinding. Bersama kita kali ini ialah Doktor Faizal al Kacaki untuk membincangkan tentang masalah yang serius ini. Sila klik Read More untuk mengenalpasti tanda-tanda bahawa anda sememangnya tidak boleh hidup tanpa Internet.

Tanda pertama: Sebaik sahaja modem anda disambar kilat, anda terus membeli modem baru di Warta. Kemudian anda terus mencarut setelah mengetahui network adapter anda pun terbakar juga. Kemudian keesokan harinya anda sanggup tidak makan tengahari untuk pergi ke Low Yat membeli network card yang baru.

Tanda kedua: Walaupun sesibuk mana pun anda di tempat kerja, anda akan melayari laman blog terutamanya blog sendiri setiap 5 minit. Mana tau ada orang komen untuk posting terbaru anda. Kemudian siap check ip pelawat-pelawat blog anda, tengok berapa ramai orang lawat blog anda serta disudahi dengan membuat entri 'You've Been Tagged!'.

Tanda ketiga: Anda menukar status anda setiap 8 minit di Facebook, mengharapkan status tak seberapa anda di scout oleh team Stoodle.

Tanda keempat: Segala persoalan kehidupan seperti 'Apakah maksud gulai?', 'Di mana Joe Jambul?', ataupun 'Mengapa mata Rita Rudaini juling air?' semuanya ditanya kepada encik Google.

Tanda kelima: Anda membeli santan secara online di ebay ataupun lelong.com.my

Tanda keenam: Anda membuat in depth analysis dengan mengkaji berapakah jumlah transfer yang dilakukan oleh rival terdekat anda, membaca prediction pundit untuk panduan melantik kapten, serta mengkaji fixture gameweek yang akan datang bagi membuat keputusan pemilihan pemain di fantasy football.

Tanda ketujuh: Anda melawat http://symptoms.webmd.com/ instead of pergi berjumpa doktor ketika sakit ataupun bomoh ketika disantau.

Tanda kelapan: Anda memiliki akaun Friendster, Myspace, Facebook, Hi5, Bebo, Kawanster, Jobstreet, Blogger, imeem, cimbclicks, adult friendfinder...

Tanda kesembilan: Anda tanya kawan anda nak pergi lunch tak melalui instant messenger walaupun rakan anda di sebelah.

Tanda kesepuluh: Anda membaca list ini dari nombor satu sehingga sepuluh dengan penuh minat.

Yaa diharapkan para pembaca mendapat manfaat daripada apa yang Dr Faizal sampaikan. Jika anda berada dalam kategori di atas, mengaku sajalah anda memang tidak boleh survive tanpa internet. Tidak perlu hidup dalam denial kita memang manusia yang lemah. Jika para pembaca ada symptom-symptom yang ingin dikongsi bersama, sila letakkan di ruangan komen agar dapat menjadi iktibar untuk masyarakat. Assalamualaikum.



8 comments:

z a t i said...

tande plg jelas kt aku ialah penggunaan google yg sgt meluas.
nak resipi pon sempat g google jap b4 start masak.

Idlan said...

Dr. Faizal al-Rosly:

1) Terima kasih kerana mempromo Stoodle. Dah beli stiker?

2) Aku takdelah beli santan pakai ebay tapi kuah kari ikan brahims selalu ajer.

3) Tanda ke-enam: aku buat pun team aku gagal season ni. Sedih.

4) Di teratak al-Idlani memang ada wi-fi. Jika anda datang melawat, sila bawa laptop untuk memudahkan perbualan. Tiada wi-fi card? Tak mengapa.. Idlan ada wifi dongle untuk anda!

Sekian.

Mohamad Faizal said...

zati: kau pandai memasak? wow! (tanpa intonasi)

akak abe: next season join ah liga super tunjukkan kehebatan. boleh bersaing dengan adik yang tak memberi saingan tu

Anonymous said...

haahaa...
(kau faham maksud aku)

-shuhud-

Mohamad Faizal said...

haa haa (pura-pura tak faham)

Anonymous said...

I found this site using [url=http://google.com]google.com[/url] And i want to thank you for your work. You have done really very good site. Great work, great site! Thank you!

Sorry for offtopic

cleopatra said...

hohoho.rasenye aku ni salah sorang yg tak boleh hidup tanpe internet kot.. sb ade satu hari di hari sabtu aku sanggup g ofis smate2 nk access internet memandangkan internet umah aku problem.. adoiilaaa..

anyway, menarik entry ini =)

Anonymous said...

Happy Fresh Year[url=http://sdjfh.in/flexpen/],[/url] one! :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...