Thursday, April 2, 2009

Top Ten Movies That Will Make You Cry

Sebagai manusia biasa, kita tidak bisa lari dari perasaan sedih dan gundah gulana. Lebih-lebih lagi jika kita seorang gadis yang sedang keluar darah haid, dengan emosi yang tidak stabil, pasti mudah sahaja bercucuran air mata jika menonton filem-filem yang syahdu. Jangan salah faham dengan kenyataan berbaur seksis aku itu, aku sebagai anak jantan yang sering berlagak kool pun ada moment-moment di mana air mata aku akan mengalir tanpa disedari. Sila klik Read More untuk mengetahui filem apakah yang telah membuat air mataku berlinangan.

10) Definitely Maybe
Aku menonton filem ini bersama Da Killa, tapi dia tak perasan yang aku mengalir air mata ketika Will kata kat Maya "dikaulah happy endingku....". Snif snif

9) Little Miss Sunshine

Satu-satunya filem Steve Carell yang tidak membuat aku ketawa, instead mengalir air mata. Best doo cite ni tengok ah. Maya tadi berlakon masa kecik. Kesian atuk dia meninggal namum dia tetap tabah menyatukan keluarganya sambil menari bogel.

8) Transformers the Movie
Kematian Optimus Prime benar-benar meluruhkan hatiku ketika aku masih sekolah rendah...Megatron you bastard.

7) Meet Joe Black

Ahh apa apa cerita yang bapak dia menari dengan anak dia mesti sedih. Saat-saat terakhir bapak Susan sebelum lagu background teater sakaratulmaut berkumandang memang sedih...

6) Pearl Harbor
Ini filem cinta Apai dan Mizah. Apai sering hesitate nak beli ke taknak vcd pearl harbor yang dijual di 7-11. Mengisahkan tentang persahabatan yang kukuh, walaupun awek ditoron besfren. Ala bukan salah Josh pun dia ingat kau dah meninggal (tapi aku tetap sokong Ben)

5) Eight Below

Ahh cerita binatang tak kisahla jika anjing tu haram tetapi jika kau mati memang pilu rasa di hati. Memang sedih melihat anjing-anjing terpaksa ditinggalkan tuannya, bagaimana mereka cuba survive tanpa belaian kasih sayang manusia...

4) 50 First Dates
Demmitt ini adalah cerita cinta yang paling sweet, tiada tandingannya. Aku memang minat Adam Sandler dan Adam Johari.

3) Eternal Sunshine of the Spotless Mind
Ahh ini pulak kisah cinta yang paling sedih. Sungguh syahdu ketika Jim Carrey berada di alam barzakh meminta agar memori indahnya bersama Kate tidak dipadam...

2) Click
Adam Sandler kau memang hebat membuat aku menangis lagi. Kau terlalu mementingkan kerjaya sehinggakan bapak kau buat magic guna duit syiling pun kau tak layan. Bila bapak kau dah mati baru nak menyesal.

1) Armageddon
Huii siapa yang menonton Liv Tyler memegang gambar abahnya di skrin monitor tanpa mengalir air mata memang korang ni berhati raksasa gorgon. Rejim tel aviv pun bole menangis tengok scene tu tau. Tengokla berapa kali pun, kesudahannya mengalir air mata juga.

Sekian sahaja untuk kali ini. Menulis tentang filem-filem sedih ini pun boleh membuat aku syahdu. Apa kata korang kongsi bersama filem-filem yang membuat korang mengalir air hidung. Jangan segan kita semua manusia biasa.



12 comments:

Anonymous said...

braveheart buat aku mengalir...

"you have bled with wallace! now bleed with me..."

aaaaaaa


adam

hUdArLiNg said...

hish. click mmg sedih dowh time bapak dia buat magic syiling tu.sedih gler nak mampos.masa tu i teringat kt parents i.hish.

and ya, cerita PH juga sedih. 50 first dates takde la smpi nk menitiskan air mata.tapi sweet!

z a t i said...

Film pertame buat aku nangis bersendirian ialah Requim For a Dream.
Film pertame aku menangis di panggung wayang secare byk scene ialah Curious Case of Benjamin Button.
Film paling menyayat hati tetapi harus tabah apabile ditonton adelah Pan's labyrinth,Perfume dan the red violin.
Tapi film yg tak pernah gagal buat aku sedih,gumbira,gelak guling2, bersemnagt secare tibe2 dn sebak walau buat kali ke pat blas ditonton ialah Forrest Gump..

"Sometimes...there are just not enough rocks." ulas Forrest membuat kesimpulan di dalam hati melihat Jenny menangis setelah membaling batu ke rumah lama beliau.

"They said I play ping-pong like a duck in a water...whatever that means..."

aaaa.nak tgk forrest gump lagi!

Anonymous said...

jai pc aku dah rosak. babi aaaa

adam

Anonymous said...

aku adalah pembaca diam-diam blog org especially org tu aku bukak blog dia melalui kawan yg tak brapa rapat. haha. aku rasa terpanggil nak tulis list cite2 yang buat aku terlalu sedih:
1) perfect world
2) the prizewinner of defiance, ohio.
3) the curious case of benjamin button
4) changeling
5) the hours
6) oliver twist
7) far from heaven
8) unpainted veil
9) beautiful mind
10) marley and me

Mohamad Faizal said...

adam: kau memang asyik dengan braveheart sejak remaja. haa haa pc rosak pasti kau asyik ceploit2

huda: saya berlinangan menonton 50 first dates kerana cerita itu terlalu sweet. kalau saya gay saya mahu lelaki seperti adam sandler

zati: tolong ambil gambar kau tengah menangis boleh tak? pasti boleh menjadi sumber inspirasi aku

mohd anonimes: elokla baca diam diam baca kuat-kuat nanti dituduh gila pula haa haa lucunya aku. tapi marley and me memang sedih

SYED NAHAR said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

haha kelako la ko. serious ko pi la tgk cite2 yg aku list tu. test power. cite transamerica sedih gak tapi berunsur risau. aku baru tgk cite August Rush...best gak. sedih. tapi last2 baru nak sedey sbb mula2 crite dia bg hint buat org salah teka. seriyes! pi tgk! donlot je kat torrentz. haha. bukan toronz.

Mohamad Faizal said...

haa haa name kau syed nahar kantol jadi stalker aku

Pink Stilettos said...

incik ijai menangis tersedu sedan tak tgk citer The Notebook? muaz nangis. hahaha (tapi saya tak).

SYED NAHAR said...

haha..dari hari aku delete komen tu aku dah tau nama akan tertera jugak tapi aku nak delete gak. haha...ko wat ar ulasan movie byk2 aku suka baca sbb aku nak donlot je sbb tempat aku ni tak de panggung.

cleopatra said...

cter yg buat aku nangis sepanjang cter adalah drama korea yg bertajuk iljimae.... seriesly mmg sedih gile.. uuuuuuu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...