Saturday, May 2, 2009

April Movies! Special Edition

Yaaa bertemu kita sekali lagi dalam segmen kesukaan beberapa orang, Mari Menonton Filem bersama Abang Jai. Pasti ada yang tertanya-tanya, mengapa review filem kali ini didatangkan dalam edisi khas? Yaaa kerana selain daripada review filem-filem popular yang ditonton pada bulan April, terdapat juga gambar-gambar bukan porno yang menghiasi entri kali ini. Kalian ingat bukan Kempen Menonton Wayang di Bangi Utama tempoh hari? Gambar-gambar yang dipaparkan pasti dapat menaikkan berahi korang untuk menonton wayang di pawagam Bangi Utama. Mari kita saksikan bersama-sama.



Naik sahaja escalator ke tingkat atas, pasti korang akan nampak papan tanda yang gah ini. Dengan bunyi latar lagu dangdut untuk memeriahkan suasana, korang claustrophobic pasti akan gembira kerana kawasan ini tidak sibuk serta tenang suasananya tidak perlu beratur panjang. Namun begitu air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Wayang yang tenang jangan disangka tiada orang. Yess aku dah cipta peribahasa baru.



Line up untuk menonton premier Wolverine pada malam itu ialah aku, Nurdatillah Hasim, Ahmad Shuhud, Mohd Jamil Fathi, Evi Vidyana, Anas Mohd Mustafah dan Zack (bini anas). Oleh kerana status tempat duduk ialah free seating, kami pun masukla awal bersama beberapa orang penduduk tetap Bangi yang lain.



Walaupun tiketnya macam tiket bas untuk pulang ke Kuala Nerang, tidak bermakna struktur panggungnya seperti bas kilang. Pekerjanya juga tidak lekang dengan senyuman, walaupun hanya ada 2 orang pekerja sahaja. Sorang akak kat kaunter tiket, sorang lain pekerja yang layak mendapat anugerah pekerja asing paling rajin kerana dialah yang jual popkon, dialah yang jaga kutip tiket, dialah yang tolong tukar disc 2 ketika menonton, dan dialah juga tukang cuci panggung selepas wayang tamat.



Kau lihat, interiornya memang seperti hotel california. Jangan sekali-kali korang memperlekehkan panggung 3 (ke 4?) skrin ini. Kami pun mengambil tempat yang paling selesa di baris belakang. Satu...dua...tiga empat campur famili makcik 4 orang dan kami 7 orang, semua sekali 15 orang yang menonton Wolverine pada malam itu. Tenang bukan? Hee hee.

Eh belum habis lagi. Sila klik Read More untuk ulasan filem-filem yang ditonton pada bulan April.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Fast and Furious 4
Ulasan Ringkas: Timeline cerita ini ialah antara episod dua dan episod tiga, jadi janganlah jadi jakun sebab Han itu hidup lagi. Mengisahkan tentang Dom yang ingin bertaubat nasuha daripada mencuri dan merompak namun ditarik kembali ke kancah durjana apabila gadisnya Letty dibunuh dengan kijam. Dia bertemu seteru lama Brian yang memburu musuh yang sama. Walaupun tak rela mereka bekerjasama untuk menamatkan riwayat Encik Braga dengan menyertai perlumbaan haram di kotaraya.

Ratings: $$$
Spoiler: Campos = Braga

Paul Blart: Mall Cop
Ulasan Ringkas: Paul adalah seorang yang bertanggungjawab dan cintakan negaranya. Namun begitu, dia tidak dapat menjadi menyertai polis diraja Amerika kerana dia memiliki penyakit selsema babi dan hypoglycemia di mana dia harus melantak gula setiap 42 minit agar tidak diserang sawan babi dan kena samak satu badan. Maka dia pun bertugasla di pasaraya Alamanda cawangan Amerika. Kisah heronya bermula apabila sekumpulan pengganas sukan ekstrem merampas kompleks membeli belah itu. Dapatkan Paul yang comel dan gemuk menyelamatkan gadis idaman serta anaknya yang gemuk tetapi tidak comel? Filem ini memang lucu. Lihatlah di pawagam yang berdekatan. Bangi Utama belum keluar lagi sabaq nooo.

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Mamat yang baru masuk bekerja ialah watak jahat. Begitu juga dengan pakcik SWAT.

The Uninvited
Ulasan Ringkas: Filem ini adalah adaptasi dari filem Korea, A Tale of Two Sisters. Anna baru keluar dari hospital pantai kuala lumpur kerana dituduh sakit jiwa atas kematian ibunya dan cubaan membunuh diri. Pulang ke rumah, Anna dan kakaknya Alex mendapat tahu kematian ibunya sebenarnya disebabkan oleh bakal ibu tirinya. Banyak peristiwa menyeramkan berlaku seperti hantu mak dia kembali, serta kematian teman lelaki Anna. Setelah melakukan penyiasatan, Alex pun menikam ibu tirinya berkali-kali setelah mendapat tahu ibu tirinya ialah Mildred Kemp, pembunuh kijam yang masih bebas.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Anna sebenarnya psiko. Kakak dia Alex yang bercakap dengan dia sepanjang filem sebenarnya sudah mati bersama ibu dia akibat kebakaran yang dicetuskan oleh Anna. Anna yang bunuh ibu tirinya, bukan Alex. Yang bunuh teman lelaki dia, Anna la jugak. Mildred Kemp ialah teman sehospitalnya dia yang pengaruh Anna. Semua ini korang tidak akan tahu sehingga sepuluh minit yang terakhir.

X-Men Origins: Wolverine
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang asal usul Wolverine. Apabila ibu dan ayahnya bersetubuh dan didedahkan dengan radiasi, maka lahirlah James Howlett, seorang mutan yang boleh sembuh dari penyakit siflis dengan pantas. Bersama abang tirinya Victor Creed (Sabretooth), mereka hidup bersama mengharungi peperangan sehingga bosan. Stryker merekrut mereka untuk menyertai team super mutant all stars yang dibarisi oleh Charlie dari siri Lost yang bekerja sebagai pembaca meter elektrik, Will.i.am yang boleh menyanyi sambil hilang, Fred Dukes dari Lost juga yang gagah perkasa, Agent Zero yang handal memburu kijang, serta karakter kegemaran Wade Wilson (Deadpool) yang sungguh kool membelah peluru sesat.

Logan pun bersara dari team itu setelah penat bergelumang dengan dosa. Namun Victor tidak berpuas hati dan membunuh x team matenya itu satu persatu, sehinggakan teman wanita Logan, Silverfox pun turut ditoronnya. Marah dengan tindakan Victor, Logan menerima pujuk rayu Stryker untuk disimen satu badannya dengan adamantium karbonat, logam paling keras di cakerawala. Dapatkah Wolverine membalas dendamnya?

Ratings: $$$$
Spoiler: Jika korang menonton di Bangi Utama, aku tidak akan beri spoiler.

Sekian sahaja ulasan untuk kali ini. Jumpa lagi kita di Bangi Utama ya kawan-kawan.



4 comments:

Anonymous said...

nampaknye aku kene bawak shikin skali ke? haha.

aku baca semue review kau kecuali x-men jai. aku teringin tengok yang tu. bahaya

adam

Anonymous said...

kalau korang perasan gambar perot ijai kene censor hahaha


Jamil

Anonymous said...

Peh...kool gile...mcm imax time square laa...ade spek 3d x? mgkin dijual scare berasingan di stokis2 kurma kt ground floor...

~Akuapai

Mohamad Faizal said...

adam: ala aku bukan bagi spoiler pun kerana cerita itu gagah

jamil: tutup aurat la lagipun taknak bagi gadis2 dan mungkin arbok ghairah

apai: apasal kau tak join tak rok ah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...