Monday, May 25, 2009

Berat Bersih 74 Kilogram

Ya betul. Mata anda tidak kero apabila membaca tajuk entri ini. 74 kilogram ialah berat badan aku sekarang. Okla 72 kg la kalau tolak spek mata, wallet, dengan jaket kalis peluru kat dalam tshirt aku ni. Pasti korang tidak percaya kan. Secara jujurnya, jika dilihat dengan mata kasar, berat badan aku sepatutnya dalam 62 kg je, tetapi itulah hakikat sebenar ketika aku menimbang berat di kedai alat senaman di Metro Kajang. Apakan daya, berat mata memandang, berat lagi berat aku di penimbang.

Apa yang aku buat di kedai alat senaman? Sudah pastilah kerana aku ingin mengembalikan zaman 4 pack aku semasa di universiti dahulu. Sumpah aku tak tipu dulu aku memang ada 4 pack kalau tak percaya tanya hausmet sambilan aku Tamir, Epul dan Dol. Aku tidak mahu lagi dituduh gemuk dan boroi setiap kali berjumpa dengan kawan2 walaupun baru 2 minggu tidak berjumpa.

Mengapa aku menjadi begini? Bukankah semasa di sekolah dan matrikulasi dahulu aku kurus kerempeng macam lempeng ah seng? Wah rhyme. Aku akan mengupas faktor-faktor mengapa aku kini memiliki 1/4 daripada berat Syanie. Sila klik Read More untuk terus membaca.

Faktor pertama: Weight Gain lambat bertindak
Oleh kerana dulu-dulu aku kurus nampak gitar di dada, aku dipaksa minum Appeton Weight Gain oleh keluarga. Dia perasa coklat, tapi rasanya still macam muntah kucing. Namun aku gagahkan juga membahamnya. Ada saat tu aku ratah serdak dia macam ratah serbuk milo je. Ketika itu memang tidak membuahkan hasil. Dag dig dug lagu Haiza, sekarang ini pulak dia nak menunjukkan kesan. Itupun tidak stabil kadar sebaran lemaknya, entah mengapa hanya tertumpu di perut.

Faktor kedua: Sifat malas
Sedangkan menolong mama menyidai kain pun aku mengeluh panjang, inikan pula hendak bergerak membakar kalori. Apabila kita malas, aktiviti yang akan kita lakukan hanyalah membaham, tidur, main game, tidur, ceploit2, tidur (repeat). Mana tak dipam pam berat badan kau.

Faktor ketiga: Tiada masa hendak bersenam
Malas nak exercise tu tak usah ceritala. Di zaman moden ini, mana kita ada masa hendak pergi ke gym dan bersenam? Bangun tidur, mandi,pegi kerja, balik kerja balik rumah dah malam dah letih macam mana nak bersenam? Hujung minggu pulak mestila nak pergi tengok wayang, tengok bola, maka tiada masa untuk menggerak-gerakkan pinggang. Kalau dah kahwin lagilah. Tengok macam Anas dia tiap-tiap malam gerak-gerak pinggang tapi teknik dia lain sikit tu sebab perut dia semakin besar sehingga badan isterinya sekali membesar. Haa haa. Tahniah Anas. Haa haa.

Faktor keempat: Tiada galakan
Adalah sekali tu masa kat Uniten aku tergerak hati nak pegi gym. Punyalah semangat siap pakai head band dengan baju yang dah ada corak peluh lagi. Tetapi apabila melihat orang-orang di gymnasium, aku akan berasa sangat rendah diri setelah melihat otot-otot sasa mengalahkan Encik Otot dalam komik Dewata Raya. Dahtu, semangat aku semakin kendur untuk berlari-lari anak di atas mesin jogging apabila mendengar mereka berbisik "Dia ni harap muka je hensem, tapi boroi". Mana tak patah semangat mendengar ayat-ayat sebegitu.

Faktor kelima: Diet yang tidak seimbang
Aku memang suka makan makanan Itali. Pantang keluar mana-mana mesti aku order makanan berasaskan Itali. Dengan portion yang banyak pulak tu. Tak kiralah Paolo Maldini ke Luca Toni mahupun Gianfranco Zola, semua aku baham. Malam selalunya membaham di luar. Blasahla fast food ke nasik satu pinggan penuh di Selera Rose bersama keluarga Jamil ke. Di pejabat pulak Muaz asyik bawak aku makan nasik India mana tak boroi perut ini. Dia ada Nurul Iza buatkan protein aneh herbalife hari2 bolehla tak menyerap lemak. Siapa nak buatkan herbalife untuk aku hari-hari. Aku pun nak kahwin cepat ah. Next year boleh tak?

Kerna itulah aku hendak membeli mesin jogging berjenama LG agar aku boleh mengembalikan perut kegemilangan aku. Kamon kawan2, berikan aku galakan agar muat baju melayu yang baru ditempah untuk majlis perkahwinan Apai dan Mizah nanti. Ohh untuk membuatkan aku tenang fikiran, bagaimana jika korang yang membaca ni meletakkan nama dan berat badan korang sekali? Lagi berat lagi bagus agar aku tidak rasa down sangat. Lagi ringan pun tiada masalah boleh aku jadikan sumber inspirasi. Although aku tahu berat beberapa orang rakan yang lebih berat daripada aku seperti Dol 156 kg, Tamir 102 KG, Epul 98 KG, Jamil 82 KG, Anas 82.5 KG....hmmm kira ok jugakla sebenarnya berat aku ni. Assalamualaikum.



12 comments:

Anonymous said...

adam - 68kg

haha

Anonymous said...

tapi aku skarang lari marathon. pinggang aku masih tetap kat 34 inci

adam

Anonymous said...

berat aku 59kg..
BMI 21.85..
silalah jadikan aku sumber inspirasi kau..haha


-shuhud-

Anonymous said...

kau ceploit2 je byk. mana nk kurus hahaha aku 75.5kg bitch.


Jamil

Anonymous said...

statistik menunjukkan ramai orang yang berat bdnnya akan bertambah bila habis study dan start kerja.. dan semakin bertambah bila dah kahwin..

saya semasa student - 53 kg
saya seorang pekerja - 61 kg

~Meen~ said...

Anda membesar bagaikan juara!

Mohamad Faizal said...

adam: alah cuba kau tinggal serumah ngan cikin pinggang kau pasti jadi 38 inci

abe: kau 59kg tapi ketinggian kau 152cm saje so kau still boroi

jamil: haha bitch kau 1.5 kg lebih boroi daripada aku

anomimes: yeke? ada segelintir yang terbalik spt aizat af.

mohd nazmin: tamir membesar seperti buaya. lepas kahwin nanti jika jadi macam raksasa cloverfield bagaimana meen?

Anonymous said...

eh wtf. berat aku bukan 68kg lagi. silap baca. berat sebenar aku ialah... 168 pounds... 76.2kg...

warghhhhhhh

adam

hUdArLiNg said...

serious berat u 74? ingatkan 50kg. huhu

Hisyam said...

beat this bitch...

63Kg, BDI = 22.7

-syam-

Anonymous said...

haha jai berat ak 80 kg wlupn ak da 2 bln xmkn nasi..jgn riso tentang berat yg penting rupa hahaha..

-fandi-

Mohamad Faizal said...

adam: haa haa kau 2.2 kg lebih boroi daripada aku,0.7 kg lebih boroi daripada jamil

huda: oooo begituuuu cuba letak sikit berat u berapa

ise: again, seperti abe, ketinggian menghalang engkau untuk dijadikan inspirasi

fandi: kau ni fendi jalan 6 ke fendi mencari jalan yang lurus. takpe dua2 pun boroi tetapi kacak

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...