Sunday, May 17, 2009

Boys Talk: Part 2

Semalam kami jantan-jantan kabaret keluar befoya-foya di malam hari. Setelah gagal keluar bersama untuk menonton filem minggu lepas, persiapan awal dilakukan agar semua ahli sindiket Bangi dapat keluar bersama. Ikram tidak dapat join malam semalam, maka lineupnya ialah aku, Apai, Jamil, Abe, Anas dan Ise.

Dalam perjalanan ke Alamanda, seperti biasa sesi boys talk kami dimulakan dengan bola sepak. Fokus utamanya adalah tentang pasukan kegemaran Apai Newcastle United yang nampak gayanya akan tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris setelah tewas di tangan Fulham di tempat sendiri. Mungkin Alan Shearer harus masuk padang di perlawanan terakhir nanti.

Kemudian, boys talk tentang gadis-gadis dan perkahwinan. Apai akan menamatkan zaman ceploit2nya pada 5/6/2009. Dah dekat dah tuuu bersediakah kau lepas ni dah kena jadi imam kau bacaan duduk antara dua sujud pun tak lancar lagi. Jamil pula akan bertunang pada 6/6/2009. Kau harus ingat Jamil, ikatan pertunangan bukanlah lesen untuk kau ringan-ringan dah banyak kali aku nasihat ni. Namun begitu highlight of the night ialah berita Anas akan menjadi seorang bapa! Wow. Patutla Anas murung je sejak dua tiga menjak ni. HAHAHA. Kongratulasi Anas dan Zack. Tak menjadi nampaknya teknik 'keazaman yang tinggi' kau.

Sila klik Read More untuk mengetahui apa lagi yang kaum lelaki selalu bualkan.

Kami menonton filem Star Trek. Review dan spoiler tunggula di segmen May Movies nanti. Selepas menonton Star Trek, kesimpulan yang dapat kami buat adalah:



Sori Dazu. Aku terpaksa. Believe it or not Anas orang pertama yang start kutuk telinga kau ada iras-iras Spock. Namun begitu kau tahu kami bergurau dan kau tahu kami sayangkan kau kerana kita semua adik beradik Bangi bukan? Takpe biar aku kutuk diri sendiri dan rakan-rakan lain demi kau. Waktu pulang, kami ditahan polis. Mungkin kerana rambut berwarna Ise yang nampak macam pailang. Mungkin kerana Apai terlalu kurus macam penghidu gam. Mungkin kerana Anas terlalu banyak berpeluh nampak macam dia bersalah. Mungkin kerana kulit Abe gelap polis ingat kita nak seludup bangla. Mungkin kerana aku dan jamil boroi dia ingat kitorang minum dan mabuk. Dah aku dah kutuk semua, jangan marah ye Dazu Star Trek hikhikhik

So how about you girls? Ada girls talk terbaru yang ingin dikongsi? Pasal beg tangan baru ke lelaki kiut di pejabat ke apapalah.

p/s: jika korang jenis kedekut ataupun nak jimat wang nak kahwin, teknik untuk tidak membayar tiket di parking di Alamanda ialah naik ke aras bumbung pada pukul 2 pagi, dan keluar dari situ (bukan terjun la munyit) pagarnya tidak dijaga. Tiket parking boleh dibuat koleksi, wow!



9 comments:

Anonymous said...

barbiturat rakan2

z a t i said...

ey, nape apai kawin 5/6? bukan mizah kawin 6/6 ke? abis tu mizah kawin dgn sape?

eniway dah siap ke baju pengapit kaler pink kau tu.

Mohamad Faizal said...

sori dazu.

5/6 tu lafaz yang menghalalkan persetubuhan. 6/6 belah mizah 7/6 belah apai. demmit apasal kau dedahkan pasal baju pink si dini. takpe ada kain lebih nanti aku bagi kau buat baju baru kita semua matching

Anonymous said...

ade lagi satu berita gempar..
nur ikmar idris bin nordin dah bertunang smalam(17/6/09)..gile ah..kongratulasi ikmar..

p/s:kalau korang tak kenal ikmar,dialah yg bertanggungjawab menghentak dada pengawas(sape nama dia,aku lupa) mase form 2..

-shuhud-

Anonymous said...

anas!?? gile ah. anas nak jadi bapa. hebat hebat. mohamad faizal bin anas. jamil bin anas. amir rashidi bin anas. adam bin anas. shuhud bin anas. dazrul bin anas. etc etc etc....

adam

Anonymous said...

kau bile lagi adam??


-shuhud-

Mohamad Faizal said...

ikmar bertunang? ala yuya tak heran punya (haa haa). nama pengawas yang ikmar pukul ialah fariz ubaidullah

tah adam kau bila lagi? kau ada keazaman yang tinggi ke? Mamat bin Adam, Hadi bin Adam, Hakim bin Adam, Zati Hazira binti Adam etc etc

z a t i said...

simpan je lah kain pink kau tu utk buat lap mulut pun aku tak rela. *lari laju2 takut mizah terbace*

hUdArLiNg said...

keazaman yang tinggi tu dlm buku teks biologi dlu lawak gile ayat dia. haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...