Thursday, May 28, 2009

CECE CENG CECENG! CECE CENG CECENG!

Jika korang tidak mengerti, itu adalah runut bunyi Terminator Salvation salvaaaation salvaaaatiooon is freeeee. Secara tiba tiba aku menyanyi lagu Cranberries. Sudah pastila aku akan menonton filem itu di pawagam pada hari pembukaan kerana aku perlu berlagak kool. Sebagai pekerja cemerlang (17 vsat 0 dsat), bos aku mengizinkan aku balik kerja awal dan menonton wayang di Pavilion. Maka aku dan kekasih pun pergila menontonnya selepas kerja. Don't worry my Bangian mates, I will gladly watch the movie one more time with you guys during Apai's bachelor party. Akan tetapi review dan spoiler filem itu hanya akan didedahkan dalam segmen May Movies nanti.

Fokus utama dalam entry ini adalah parking di Pavilion. Korang ingin tahu mengapa harga parking di Pavilion lebih mahal daripada tempat lain? Kerana kita pasti akan sesat setiap kali parking di sana. Siapa yang selalu sesat di tempat letak kereta Pavilion sila jerit HO! Yela kita kat Pavilion bukannya shopping lama sangat pun sebab tiada wang, tapi time carik parking huiii sehingga 2 jam mencari kenderaan. Tu yang bayar parking mahal sebab lama sangat mencari. Balik je mesti tak tahu, tak ingat kereta letak di mana. Padahal masa baru nak parking dah hafal dah, siap ulang-ulang dalam kepala otak lokasi parking kita "B12! B12! Kaler kuning! Kaler kuning! Gambar kambing! Gambar kambing!"

Tadi seperti biasa, kami sesat lagi. Dah guna teknik phonetic dah nak cuba ingat di mana, namun gagal jua. Limit waktu 15 minit sudah hampir tiba. Kelisa comel tidak ditemui jua. Berpeluh ketiak aku mencarinya. Namun kali ini ada sesuatu yang aneh berlaku. Kami ditegur oleh pakcik polis trafik parking. Siap bawak kereta berperisai dia lagi.

Polis parking: Jangan bergerak!

Aku dan da' Killa: (terdiam dan tercengang) Kami ada buat salah ke Tuk?

Polis parking: Anak ni Faizal Tahir kan. Pakcik minat la kat kau. Cooobaa kau dengarrr..(mula menyanyi)

Aku: Eh eh bukan saya ni saudara seislam dia je tu sebab nama dan rupa hampir sama.

Polis parking: Sudah. Kau sesat kan? Sila keluarkan kad parking.

Pakcik itu dengan riak je berkata dia tahu di mana lokasi kereta kami. Bagaimana dia tahu? Aku tengok kad tu bukan ada tulis pape pun. Kod rahsia polis parking mungkin. Kemudian dengan tidak disangka, kami diajak naik kereta berperisai dia. Huiiii memang jakun ah naik menatang tu. Dengan skill memandu dia yang mengalahkan Ikram, sekejap sahaja sampai di lokasi. Memang jauh sekali dengan tempat yang kami cari. Di sepanjang perjalanan, memang banyakla mata yang memandang. Ada juga yang soksek soksek mengumpat serta menggelakkan kami. Aku takpe aku berlagak kool bajet istimewala macam anak menteri. Tapi rasa aib pun ada macam kena tangkap akibat makan di bulan ramadan pun ada. Apapun terima kasih pakcik. Rugi tak amek gamba.

Pulang ke rumah, aku lihat sesuatu yang membuatkan darah aku berderau. Sila klik Read More untuk berasa takut bersama-sama.



WHAT THE WHATT??!! SKYNET IS ALREADY HERE?? Ayuh umat manusia kita berhenti berperang sesama sendiri demi menghadapi ancaman robot durjana. Judgment Day sudah hampir tiba. Kira aku ni Jai Connor aa haa haa.



8 comments:

Eliza said...

Hahahaha.

Adeh..part mana yang same ngan faizal tahir tuh (aku peminat setia weeei). Aku rasa faizal tahir tak sampai 74 kg..(kuang..kuang)

dalila said...

haha!

Anonymous said...

hihihih.. handphone ade camera.. tangkap laa gambar no kat tiang tu.. mcm kat sunway suruh buat.

-kucing terbang.

z a t i said...

hak hak hak.lucu. *gelak egois*

kalau kau dh pakai baju pink berkilat tu kelak ...pasti faizal tahir seniri pun surrender jd faizal tahir.

Mohamad Faizal said...

eliza: kamon faizal tahir lagi boroi berat dia 89kg tak percaya tengok kat maispes dia www.myspace.com/faizaltahir

delifrance: delly dengar cerita next week nak kahwin (saja buat gossip)

cat farish: nokia 3310 mana ada kamera...

zati: aku memang lucu. tapi kau harus memakai pink next week tanda kita sahabat baik sejak darjah 2

Anonymous said...

hahaha aku rasa star trek lagi cool dari terminator lar bitch. apa2 pon mari menonton sekali lagi malam ini..


Jamil

dalila said...
This comment has been removed by the author.
dalila said...

tak la faizal.. sume pun dgr delly nak kawen.. -_-" jemput dtg umah, faizal.. tunang je pun, 7 june ni.. :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...