Wednesday, May 13, 2009

Happy Birthday Shuhud!



Ini ialah kawan aku. Nama dia Ahmad Shuhud Irfani bin Zakaria bin Stapa ataupun nama manjanya Abe. Pada hari ini, 13 Mei, genaplah umurnya 25 tahun. Cita-cita sewaktu kecil ialah menjadi pelumba motosikal cubprix yang berjaya seperti Wazi Abdul Hamid, itu sebabnya dia gambar aib di atas diambil. Namun impiannya lebur apabila dia hanya layak menjadi seorang doktor gigi, dan berkhidmat di malam minggu menampal gigi mat rempit yang kemalangan. Sila klik Read More untuk mengenali Abe dengan lebih lanjut.

Di setiap segmen mengutuk Abe, perkara yang pasti diungkit adalah sifat manja dan mengada-ngadanya. Untuk pengetahuan korang, Abe memang seorang pencinta Bangi yang sejati. Mana tidaknya, dia melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara Taiping, sebelum pulang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 Bandar Baru Bangi selepas satu minggu, memberi alasan yang beliau telah diraba oleh Acun. Insiden kedua, dia melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Melaka, namum berhijrah ke KYPM Bangi selepas 2 minggu, memberi alasan yang beliau telah diraba oleh Acap Ciki. Insiden ketiga, beliau melanjutkan pelajaran ke UKM walaupun berpeluang untuk ke luar negara. Dan insiden terbaru, setelah graduasi, dia sepatutnya bertugas di Johor, sebagaimana yang korang tahu, dia tetap di sini kerana takut diraba di Johor.

Abe memang seorang yang setia kepada rakan, baik hati, menurut kata ibu dan bapa, serta jarang tinggal sembahyang jumaat. Namun di bawah tekanan, sifat sebenarnya terdedah ketika insiden 'Kisah Sedih Initial D' yang jelas menunjukkan sikappnya yang lebih mementingkan kerjaya pergigiannya daripada rakan-rakannya yang lain. Mulut abe memang keji. Dia suka mengutuk orang tak kira agama, warna kulit mahupun saiz buah dada.

Abe ada gadis. Tapi aku rasa itu mungkin awek imaginasinya sahaja kerana dia tidak pernah bawanya berjumpa kawan-kawan. Abe merupakan peminat setia Manchester United. Pemain kegemarannya ialah Eric Djemba Djemba. Jika korang ada masalah gigi, aku cadangkan korang tidak berjumpa Shuduh walaupun dia offer nak tampal gigi korang free, kerana kadar pesakit yang memerlukan pembedahan gigi lanjutan meningkat di HUKM setelah dia join. Haa haa.


Wajah kemuncak syahwat aku dan abe. Jangan marah abe aku caci kau kita kan rakan baik kau tahu aku bergurau (walaupun segalanya memang benar) Happy birthday bro.



3 comments:

z a t i said...

happy birthday shuhud!

anyway, soalan aku kepade shuhud;

1. bagaimanekah seorang dokter gigi merawat giginya sendiri.

2. Adekah memang cita2 anda menjadi dokter gigi sejak berade di kelas 1 budiman?(1 budiman kan?)

Anonymous said...

ijai:thanks jai..walaupun dipenuhi dgn kutukan manja,kau memang rakan aku..haha..takpe aku tak marah..jom nonton wayang di hujung minggu.

zati:thanks..jawapan soalan kau
1.jumpe la member/rakan sekerja dia yg merupakan dentist jugak.
2.mestilah tak..ni semua salah abah aku yg suruh aku jadi doktor..dulu ingat nak jual cd haram je kat warta.

-shuhud-

Anonymous said...

Abe...hepi belated bday...
walaupon kesetiaan ko sedikit aku ragui ketika ko memberi statement aku plk yg memandu mabuk & laju semasa membuat laporan pulis [peristiwa Initial D vs impak minima]
hehe....cheers!

~AkuApai

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...