Saturday, May 30, 2009

Kongratulasi Asiah Abdullah!

Siapa Asiah Abdullah? Asiah Abdullah ialah salah seorang rakan gadis di Uniten. Hari ini, Asiah telah menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini jejaka idamannya, Nik kot nama dia. Asiah menyertai pasukan silat cekak musang di Uniten. Korang jangan main2 Asiah boleh membuat korang koma dengan hanya menumbuk rusuk kiri korang. Mereka saling jatuh cinta apabila Asiah mengaplikasikan teknik kunci kaki Ric Flair kepada rakan sparringnya tanpa belas kasihan. Teknik Asiah sungguh perfect sehinggakan bakal suaminya ketika itu terus membuat keputusan di dalam hati, "she's the one..."

Hari ini, aku, da Killa', Arul, Mohd Syazwina, Tamir, Mohd Nazmin, Epul, Mohd Shazira, serta Mohd Rozana berkonvoi ke Melaka bandaraya bersejarah untuk menghadiri majlis perkahwinan Asiah. Koooolej Matrikulasiii Melakaaaa berkharismaaa maju muliaaaaa (lagu matriks aku). Datang kenduri jauh-jauh tak rawk la kalau membawa tangan kosong kan. So aku dengan pantas membeli kad segera di Blitz Book Store (kedai mak boboy) dan mengorek khazanah di dalam stor aku untuk dijadikan hadiah perkahwinan. Ahah, adala gelas kaca yang boleh dijadikan hadiah untuk Asiah. Itu sebenarnya hadiah pertandingan kucing yang tidak digunakan. Nampak macam mahal je walaupun kotaknya dah lusuh. Takpe yang penting niat dan rupa.

Jauh jugak ya rumah anda Asiah. Ok sila jawab teka teki aku ini; dalam banyak2 negeri, negeri manakah yang paling banyak traffic light? Melaka. Demmit jalan jem gila. Bergerak dari rumah aku dalam pukul 11, sampai around 2.30. Namum kemarahan aku reda setelah dapat membaham nasi minyak bersama daging masak asam. Korang perasan tak, aku sorang je tadi yang pakai baju melayu lengkap bersampin dan bersongkok. Hampir mengalahkan pengantin dah cuma takde keris plastik je. Memang macam Hang Jebat ah aku tadi. Membaham, bergambar, berkaraoke lepas tu pulangla kan? Ingatkan nak singgah A Famosa ke Perigi Hang Tuah ke tapi masa dan pakaian tidak mengizinkan.

I can see it from her eyes, she's happy. Congratulation Asiah! Saya doakan agar korang tidak bercerai dan mendapat at least tiga orang anak. Dah boleh start dah malam ni. Hee hee. Sila klik Read More untuk melihat gambar2 perkahwinan.




Gadis-gadis yang berbaju putih itu ialah dayang2 yang diimport dari Istana Melaka (chua shi yun lama tak jumpa)


Gadis-gadis! Aqilah Hasan mengapa pulang awal serta tidak berbicara dengan saya tadi....


Masing-masing menahan nafas mengempiskan perut. Kecuali epul, dia memang sudah tak dapat diselamatkan lagi melainkan dengan pembedahan menyedut lemak. Zahrul kata nak potong rambut kalau Man U kalah...


Aku ni sebenarnya pengapit simpanan. Tu sebab teknik dressing aku jauh lebih mantap daripada mereka yang lain. Hoi budak usah kau tumpang keglemeran aku.


Mohd Rozana: kau tengok kasut baru aku ni memang voguethevass

Mohd nazmin: eleh (dalam hati)

Tamir: Kau lihat di sana, bukankah itu Hafiz AF? Tak sangka dia saudara Asiah.

Terima kasih epul kerana membawa aku pergi. Terima kasih Arul kerana membawa aku pulang. Tahniah Asiah Abdullah. Semoga line clear malam ini tiada saudara mara mengganggu. Hee hee.

for more pictures, visit my facebook page: http://www.facebook.com/album.php?aid=98058&id=628280825&l=f1428d594b



5 comments:

qilahlala said...

saya kena pulang awal...ada satu lagi kenduri di seremban..tu pun smpai orang dah nak kemas da...giler jam tak ingt!!!

hUdArLiNg said...

kongratulasi Asiah. (tumpang blog ijai plak)

~Meen~ said...

Ijai..bilakah giliran kamu dan datillah?
Saya x sabar..

Mohamad Faizal said...

lala: huii rugi balik awal asiah tukar set baju pengantin yang bertemakan silat cekak musang lalu membuat demonstrasi kunci lutut kat suami dia

huda: biar tumpang blog, jangan pergi berurut di rumah tumpangan

mohd nazmin: giliran saya akan tiba apabila wang telah cukup dalam Tabung Nikah. Kira macam Tabung Hajila potong gaji 70 ringgit tiap2 bulan

Asiah Abdullah said...

wa... pandai sungguh ijai mereka2 cerita. leh dapat A+ nie.. hehehee.. thanks ijai dtg memeriahkan majlis siah.. thanks tuk rombongan yg bersama2 ijai jugakkkk... thanks korg...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...