Friday, May 15, 2009

Perkara-perkara Keji yang Korang Lakukan Tanpa Disedari

Kita sebagai manusia biasa memang keji. Entri ini ditulis setelah kajian dan pemerhatian yang jitu terhadap masyarakat yang aku lakukan ketika mencuri tulang di tempat kerja ataupun berjalan-jalan di tempat umum. Perbuatan-perbuatan keji di bawah memang korang selalu lakukan, tidak kiralah sengaja ataupun tidak. Aku pun buat jugak, tapi tidaklah semua. Mari kita kaji bersama-sama.

1) Buang sampah di luar tingkap bilik korang. Bermacam-macam benda korang boleh perhatikan di atas awning bilik korang. Contohnya, puntung rokok, panties berdarah, kulit rambutan serta duit syiling 1 sen.

2) Korek hidung, kemudian kaji struktur tahi hidung sebelum mengesat di bawah kerusi, tak kiralah di rumah ataupun ketika memandu. Tak percaya? cuba tengok sikit bawah kerusi yang korang duduk tu. Memang meriah dengan pelbagai warna dan gaya.

3) Menulis nombor telefon rakan-rakan/musuh/ex girlfriend/boyfriend korang di dalam tandas awam di kompleks membeli belah. Contohnya: Zarul 0123456789 - menawarkan khidmat ceploit ceploit.

Huii keji gila korang. Sila klik Read More untuk terus membaca kekejian umat manusia.

4) Bila mak korang suruh solat subuh, korang yang pemalas ni pun masuk bilik air bukak air paip bagi dengar macam tengah ambil air sembahyang tapi korang tidur jap 5 minit dalam toilet, pastu basahkan sejadah dekat tempat sujud konon-konon nampak macam dah solat jika mak check, serta disudahi dengan memasang cd bacaan ayat2 suci sebelum korang kembali tidur.

5) Tak gosok gigi.

6) Pinjam baju kawan pastu tak pulangkan. Contohnya jersey Kedah, tshirt autobot, serta boxer ada butang. Alah kecoh aa bukan korang muat dah pun (tiba-tiba emo).

7) Mengoogle perkara-perkara keji dan aneh seperti 'sabul', 'janda.3gp', 'cerpen ghairah' dan yang tak boleh blah 'bersetubuh dengan rakan sepejabat'. Tak percaya sila check keyword analysis aku. Entah camana boleh sampai ke laman blog aku pun aku tak tahu. Hee hee.

8) Ambil mc sebab nak main game. Or sebab tengok champions league.

9) Turned on dengan patung-patung memakai baju seksi di kompleks membeli belah. Lebih keji, ambil gambar dengan hp untuk dibuat modal.

Begitulah antara perkara-perkara keji yang korang lakukan tanpa rasa bersalah. Korang jatuh dalam kategori yang mana? Usah segan silu, mengaku saja. Nak tambah, silakan. Assalamualaikum.



5 comments:

Anonymous said...

knp perlu menggunakan nama aku sebagai contoh perkara keji?shit.

zarul

Mohamad Faizal said...

contoh saje. lagipun aku pernah nampak nama kau kat tandas midvalley mungkin farique yang letak

Anonymous said...

eh faizal. lost season finale dh disiarkan. cepat downloadddd..


Jamil

Mohamad Faizal said...

sudah siap didownload pun marilah tengok di rumah aku malam ini di lcd full hd 42 inci. abe belanja tengok tengok star trek sempena hari jadi dia tengok lepas man u kalah esok

Anonymous said...

kamon la jai..
man u pasti menjulang kejuaraan epl esok...pastu liverpool tak yah turun lwn west brom pun takpe..haha..



-shuhud-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...