Sunday, May 10, 2009

Permainan Syaitan

Pada suatu hari, ketika berjalan-jalan di pasaraya kebanggaan Bangi Utama di hadapan kedai permainan video akak rempit (bukan akak obese tu):



da Killa: Eh inilah game Guitar Manja yang keluar surat khabar hari tu.

da Kool la: Guitar Manja? Hahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahaahhahaha (gelak sampai pitam)

Aduhh memang letih aku gelak sehingga mengecut buah pinggang aku. Ala korang jangan nak gelakkan orang sekali tengok gambar tu memang nampak macam Manja pun tulisan dia. Guitar Mania ialah Guitar Hero versi pasar malam. Namun begitu, adakah korang sempat membaca artikel bodoh daripada Harian Metro tentang permainan paling kool ini? Aku tak dapat cari direct link, so aku dah taip balik satu-satu khas untuk korang baca (tipu). Sila klik Read More untuk membaca artikel bodoh ini.

----------------------------------------------------------------------------------------
Pilih syaitan

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Nor Adilah Bukhorie
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Awas! Remaja yang gemar bermain permainan komputer perlu berhati-hati apabila memilih permainan, terutama berasaskan muzik rock dan punk berikutan sesetengahnya boleh menjejaskan akidah.

Dalam permainan komputer terbaru di pasaran, ia memaparkan grafik seakan-akan kalimah Allah ketika ‘syaitan’ bermain gitar.

Permainan komputer yang mensasarkan golongan remaja, terutama mereka yang cetek pengetahuan agama mampu terpesong akidah, sekali gus hanyut dibuai keghairahan mengejar gelaran juara ‘Rocker Terunggul’.

Berdasarkan pendedahan ‘kaki’ permainan komputer, Ridzuan, 20, kepada wartawan Harian Metro, ada pemain menyedari ia menghina Islam, tetapi meneruskan permainan itu hingga berjam-jam lamanya.

Mereka semata-mata ingin bergelar juara untuk menjadi gitaris terkemuka barat yang digunakan pihak pengeluar dalam mempromosikan permainan berkenaan.

Ridzuan yang menyukai muzik rock dan punk sejak berusia belasan tahun, menyatakan permainan terbaru itu sedang hangat di kalangan remaja yang gilakan muzik rock dan punk.

“Permainan ini pelik kerana mampu menyebabkan saya hilang kawalan kerana terlalu asyik selain merasakan diri seolah-olah berada dalam dunia lain.

“Malah, saya sanggup menghabiskan masa sehari suntuk semata-mata untuk menjadi juara. Permainan ini lebih menarik serta mencabar jika bermain dengan rakan dengan masing-masing akan bersaing bagi membuktikan kejuaraan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, setiap pemain hanya perlu memilih satu karakter syaitan sebelum mengikut nota lagu yang ditetapkan.

Pemain yang mengikut nota lagu dengan baik berdasarkan peringkat tertentu akan digelar juara serta dianugerahkan wang bagi membolehkan mereka membeli gitar terbaru yang ditawarkan.

Kemuncaknya, juara akan bertanding dengan seorang idola rock Barat. Sekiranya berjaya menewaskannya, mereka akan digelar ‘Rocker Terunggul’.

Ridzuan mengakui memang ada grafik seakan-akan kalimah Allah, tetapi dia masih meneruskan permainan itu.

Wartawan Harian Metro yang turut mencuba permainan berkenaan mendapati satu daripada karakter memaparkan syaitan bermain gitar dengan tertera grafik seakan-akan kalimah Allah.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Syariah Malaysia, Zainal Rijal, ketika dihubungi, berkata pengeluar sepatutnya peka terhadap sensitiviti agama sebelum mengeluarkan barangan mereka kerana boleh mengundang kemarahan.

“Ini bukan kejadian pertama dan kita perlu menyiasat siapakah dalang di sebaliknya sebelum tindakan keras dikenakan terhadap mereka yang mengeluar atau mengedarkan permainan komputer ini.

“Tanpa disedari atau tidak tujuan pihak tertentu sebenarnya untuk menyesatkan golongan remaja Islam dan menghina Islam,” katanya.

Beliau berkata, cubaan dilakukan secara halus bagi mengikis jati diri remaja Islam dengan memastikan golongan terbabit lupa diri dan sanggup mengetepikan pegangan agama.

Justeru, menurutnya, ibu bapa perlu mengawal anak mereka daripada bermain permainan seperti itu dan membuat aduan kepada pihak berkuasa agama supaya tindakan penguatkuasaan dapat dilakukan.

“Bagi saya permainan ini perlu diharamkan kerana mampu memesongkan akidah,” katanya.

--------------------------------------------------------------------------------------

Entahla. Aku rajin je pegi solat jumaat walaupun bermain guitar hero. Takde pulak pegi sembah syaitan ke berzina ke cat muka macam wes borland ke. Mungkin syaitan yang dimaksudkan ialah kumpulan Kiss. Ataupun karekter yang bernama Lars Umlaut. Tak nampak pun grafik yang memesongkan akidah. Mungkin kerana mereka main game tu pakai controller biasa. Pastu main kat tv kecik bukan full hd macam aku memanglah nampak yang bukan-bukan. Haa haa.



5 comments:

rOhock said...

LU...XTNGGAL SMYG JUMAAT TU MASALAH LU...TENGOK KAT BLOG MEMBER AKU NI...BARU LU TAHU WWW.BDKTMN.BLOGSPOT.COM

LU RASA LU RAJIN PERGI SMYG JUMAAT LU BOIKOT GAME NI!!!!

Anonymous said...

sape rohock ni jai? tulis all caps. cam nak menjerit je.

adam

Anonymous said...

rohock yg aneh..taubat la weh..smayang tu tiang agama..

Mohamad Faizal said...

that's the virgo sign but why bother arguing right? who knows what their intentions are, inserting subliminal image like that. so please do me a favor and tell me whether I can play Fallout 3, Lego Indiana Jones, Fifa 09, Football Manager 2009, Minesweeper, Gears of War 2, Soulcalibur 4 and Jojo's Fashion Show. Instead of enjoying the game normally, maybe we can spend time searching for any sign, weird signs that are dodgy that can easily be misinterpreted as something else. and then kita boikotla ramai2. maybe corak karpet kat Jojo's Fashion show. maybe struktur kulit brahmin dalam fallout 3. maybe liuk lentuk rambut ronaldinho pun boleh menimbulkan keraguan. anything. i don't know. i don't have the luxury to look for something that's not there.

BUT HEY, LIKE I SAID, WHY BOTHER, MARI KITA BOIKOT GUITAR HERO 3!! KITA MAIN GUITAR HERO: WORLD TOUR LA JOMMMMM. HIGH FIVE ADAM JOHARI DAN ABENYMOUS! (aku tak menjerit)

Qilah said...

rohock mana plak ni? hehe

anak buah i main guitar hero rilexs jer.. xde apa kan ijai? nak high five gak!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...