Monday, May 18, 2009

Season Finale Part 1: Grey's Anatomy

Ahhhh Grey's Anatomy. Adakah aku ini bapuk kerana masih menonton siri ini? Mungkin. Aku sering tertanya-tanya adakah realiti kehidupan sebenar di hospital memang seperti apa yang ditonjolkan di dalam siri itu? Abis terer pun kita kat Malaysia bersetubuh di bilik xray je (bilikxray.3gp, siapa tak tengok lagi mintak kat Jamil).

Season 5 dimulakan dengan Meredith dan Derek yang ingin mengecapi impian 'Happily Ever After' mereka. Bastard Rose kan lagi cantik daripada Meredith. Bajet romantik aa tu letak lilin banyak2 membazir je. Bajet romantik aaa propose dalam lif. Bajet gagah la kau Derek tumbuk besfren kau sendiri kau yang tak dapat menahan tekanan selepas membunuh pesakit kau. Denny kau pulak sampai bila nak menghantui Izzie. Mana boleh nak bersetubuh dengan hantu kau ingat kau ni bomoh ke Izzie. Rupa-rupanya kau bersetubuh dengan barah. Malasla aku nak recap korang tengok la sendiri. Tapi episod Izzie kahwin dengan Alex memang menyentuh perasaan.

Minggu lalu berakhirnya season 5. Sila klik Read More untuk mengetahui plot season finale. Jangan risau, aku tidak akan bagi spoiler.

Izzie tidak tahu samada dia hendak menjalani pembedahan ataupun tidak. Kebanyakan orang tidak bersetuju dengan pembedahan berisiko tinggi itu, tetapi Izzie akhirnya bersetuju setelah diperdayakan dan disapukan minyak dagu oleh George. Izzie menandatangani borang J agar dia tidak dijadikan Robocop jika dia dah nazak. Izzie survive pembedahan itu, namun mengalami sindrom 50 first dates apabila kerana setiap 5 minit, dia menjadi lalai, sama seperti umat manusia di akhir zaman ini. Izzie gugur dalam dakapan Alex...sedih...

George pula, membuat keputusan untuk join pasukan medik pengganas Jemaah Islamiah di Iraq, membuatkan semua orang berkata "WHAT THE WHATTTT". Sepatutnya hari itu, George akan menjalankan tugasnya untuk kali terakhir. Namun satu hospital Seattle Grace menjadi kaget apabila seorang John Doe dimasukkan ke wad trauma. Wajahnya menjadi seperti Mummra dalam kartun Thundercats setelah digelek oleh sebuah bas untuk menyelamatkan seorang gadis daripada dilanggar. Sungguh ngeri. Ketika sedang nazak, John Doe menulis mesej pesanan ringkas di tangan Meredith, 007.....WHAT THE WHATTT JOHN DOE IALAH GEORGE!!!

Titt tittt tiitttt dua-dua meninggal.........






.....Or not? Well aku rasa George je mati sebab dia macam taknak berlakon siri ini lagi. Kita tunggu season 6 nanti.

Ohh spoiler series finale Prison Break, Michael Scofield meninggal dunia. Assalamualaikum.



8 comments:

Miss N said...

george tak mati..
nanti man whore a.k.a McSteamy a.k.a Mark Sloan akan operate muke die..so ade pelakon baru akan berlakon watak tu..huhu
Izzie mati..
yes..

Mohamad Faizal said...

really?? biarla george mati dia tidak penting. dan matikan sekali watak christina dan gantikan dengan watak orang asia yang lebih hangat

Anonymous said...

leina hangat pun ok jugak.haha.

Eliza said...

george gay tu okay ape..suke tengok dia..cooooollll

Tapi betul..episode izzie ngan alex kawin tu..aku nangis bertisu2. waahh emo.

Mohamad Faizal said...

leina hangat dah tak hangat kerana dia semakin gemuk.

george gay tapi dapat toron callie, meredith, dan izzie. keji

Idlan said...

teori aku masa finale adalah:

izzie sebenarnya mati, sebab dah flatline. george tak mati lagi. so bila izzie naik lift tu, dia dah nak ke alam barzakh. tapi george ajak dia kembali ke dunia nyata.

so sama ada george atau izzie mati dua-dua atau idup sorang mati sorang atau idup dua-dua, adalah berdasarkan siapa masuk lift siapa keluar atau masing2 tak kuar tak masuk.

amacam teori aku jai mengancam tak?

Mohamad Faizal said...

mungkin juga. tetapi mengikut teori anda, bagaimana jika lif itu rosak? maka mereka akan berada di dalam keadaan koma sampai repairman tiba

Anonymous said...

I congratulate, you were visited with simply excellent idea

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...