Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru!

No Gurubalan Krishna, this post is not dedicated to you. Dah dapat kerja baru belum? Anyway,hari ini 16 Mei merupakan sambutan Hari Guru di Malaysia. Aku nak mulakan entri ini dengan sebuah monolog yang baru direka masa tengah tulis entri ini:

Ohh guru
Dikau juga dikenali sebagai cikgu
Mengajar anak muridmu dua campur satu
Tanpa mengenal erti penat dan jemu
Walaupun perangai kami macam hantu
Kau tetap tabah menjadi antartu


Apapelah. Anyway kita semua mesti ada guru kegemaran kan? Sorry Ustaz Mahir kau bukanlah guru kegemaran aku malah aku masih menyimpan dendam terhadap kau kerana kau merampas kaset Nirvana 'From the Muddy Banks of the Whiskah' aku masa from 2. Pulangkanla ustat tak rawk ah camni. Sila klik Read More untuk mengenali guru feveret aku.

Anugerah Guru Feveret untuk kali ke-8 berturut-turut jatuh kepadaaa......Pn. Yusrifah Yusof!! Aku ingat lagi saat teacher yus masuk dalam kelas buat kali pertama dengan wajah garang seperti Sundel Bolong, kemudian memberi ceramah dan warning kepada kelas 3 Amanah agar berdisiplin dan bersopan santun. Beliau menceritakan tentang reputasi buruk kelas 2 Amanah kami yang bising dan besar kepala, bajet pandai serta tidak hormat guru (mungkin kerana insiden satu kelas tak buat homework kelas BI, dan Adam menjawab 'we forgot' kepada teacher BI form 2). Namun begitu situasi tegang itu hanya bertahan selama sehari sahaja. Pn Yusrifah sebenarnya adalah seorang yang ceria, happy go lucky, sportrim, serta boleh bergurau senda dengan gembira. Adakah dia masih berada di jalan 3? I still remember, I met her few years back at Warta. I said "teacherrrrrr!!!!" And she said "Lai Kin Ngohhhhhh". Dia panggil aku Lai Kin Ngoh (pemain bowling) sebab kecilanatan Apai menambah perkataan 'Kin Ngoh' di belakang mana arwah abah aku masa form 3. Langsung melekat terus sejak hari itu. So teacher, I you're reading this somehow, please note that we all lap you very much. Thanks for everything!

Berikut adalah guru-guru kegemaran (or skandal) buat kawan-kawan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 Bandar Baru Bangi:

Adam Johari: Cikgu Fauziah Haron (kau buat dia menangis masa form 3)
Ahmad Shuhud: Pn Zainap Mahmood (gilalah kau skandal dengan guru besar)
Mohd Jamil: Cikgu KH - Pn Zaiton. sikit2 nak panggil nama jamil
Mohd Fairuz (Ayob): Cikgu BM - Pn Rohayah Jamil. Lakonan kaku ayob berjogging seorang diri di kelas BM.
Mohd Naufal: Ustaz Mahir (kemudian jawatan naib ketua pengawas dirampas naufal dirampas, haa haa
Abdul Hadi Arham: Pn Hanipah (naufal mengubat kekecewaan dengan merampas jawatan pengurusi kadet bomba daripada Hadi. Abe pun taknak ketinggalan merampas jawatan Bendahari dari musuh tradisi.
Mamat: Semua cikgu sebab dia buat kapal terbang
Amir Rashidi (apai): Mohamad Ali Sekak (rambutan kelat)

Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia!



10 comments:

Anonymous said...

Fezal,
ko dah tertinggal legendary teacher: Pn. Maudziah...yang berjaya membasmi anasir jamul [adek jamil] setiap kali jamul menimbulkan kekecohan kelas tatkala parking beskal. Xlupe juga kepada pakcik robai yg mengajar kita betapa pentingnya flush selepas menggunakan tandas. Thanx cikgu2...kerana didikanmu...aku kene bgn pagi2 pegi keje 1hari min. 8jam, 5hari sminggu [xtermasuk urgent matter kene dtg sabtu/ahad]...

~AkuApai

dazrul said...

hahahaha jamul klakar gile. aku pn kene keje sehari min 8 jam 5 hari seminggu aih..mari mnonton man utd menjulang piala mlm ni

Anonymous said...

oo lupe..terima kasih cikgu2

Anonymous said...

apa khabar jai. dengar cite man U dah menang league. ngahahaha. liverpool ade menang pape tak tahun ni?

adam

Mohamad Faizal said...

apai: aa aa assalamualaikummmmmm (suara pn maudziah)

dazu: ala dazu kau pun ada adik beradik juga di jalan 3 nama dia dinul. eh tu abang betul tak kira

adam: haa haa bij match baru habis terus nak komen. tapi takpe, seperti yang aku katakan dalam entry terbaru, masa inilah korang boleh gunakan untuk mencerca aku

z a t i said...

aku hanye ingt cikgu sains yg anak die dok seblah aku mase form 3. selalu termengumpat mak die depan2...shikin akan buat muke tande peringatan jike aku tersalah ckp ttg ibunya di hadapan beliau.

name ape ek cikgu tu. *gile tk kenang budi kau ni zati*

Mohamad Faizal said...

siapa cikgu sains serta anak dia yang duduk sebelah kau? anak cikgu seni "Ye tidak? Ye tidak?" tu aku kenal la kot

Anonymous said...

selamat belated hari guru..
yeah..kenangan time skolah2 dulu..
1.red ngan kucai pegi chokeslam zul atas meja..ranap meja tu..haha
2.zul pegi sapu kapur tepi meja,kena seluar ustaz mahir..haha..
3.adam nak baling pemadam kat kucai,kucai elak,kene pn maudziah..terus adam kene berdiri tepi tong sampah..
4.rudi kene rembat kat perut ngan ayob..lepas tu terus tak main bola..hee hee
5.ijai salah tegur orang kat kantin..ingatkan ayob..lepas tu cakap "jijik,jijik.." kat makanan yg mamat tu makan..nasib baik mamat tu cool je..kalau gopeng konfirm kau kene hentak jai..haha..

-shuhud-

Mohamad Faizal said...

haa haa gopeng silent reader blog aku doo. selamat hari guru untuk guru tusyen kita juga iaitu Mr Sim Min Teck. Kitalah murid kebanggaan dia kerana semua dapat 8A dalam PMR haa haa

z a t i said...

cikgu seni ye tidak tu anak die kelas mizah... penah minat kt mizah plak tu. ha ha ha.mizah je tk minat kt mak die *cough* (ini adalah fitnah.sebenarnye takut anak cikgu ye tidak adelah silent reader blog kau)

ade la.cikgu sains..name anak die fidah. tgk. kau pun spesis tk kenang budi.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...