Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Mama, Mak, dan Ibu

Sejak kebelakangan ini, entah mengapa hubungan keluarga belah mama aku menjadi harmoni sekali. Setiap hari jadi ahli keluarga pasti akan disambut dengan gembira, tidak kiralah yang masih belum mimpi basah sehinggalah yang sudah putus haid, semua akan disambut tanpa rasa prejudis. Hari pekerja pun kami sambut tau. Maka, perayaan hari ibu pada hari Ahad yang lalu turut disambut dengan penuh kasih sayang.

Sepupu aku Mohd Hilmi bin Azizan mencadangkan agar parti liar tanpa stripper diadakan untuk 3 orang ibu iaitu mama aku, Mak Long lai, serta Mak Teh o ais. Sepatutnya perkara ini akan dijadikan kezutan macam dalam AF, tapi ada pulak seorang yang telah memecahkan rahsia selambe je bagitau mama aku. Dahla tak kongsi wang. Huh. Anyway, malam itu kami pun menyambutlah hari ibu di rumah Mak Long lai aku di seksyen 7. Sila klik Read More untuk melihat gambar-gambar yang penuh mesra.


Lihatlah kek yang aku buat ini. Nampak lazat bukan?


Dari kiri: Mak Teh o Ais, mama aku, Mak Long lai serta pelakon popular Ainul Aisyah. Mama aku mengantuk bola malam tadi.


Jangan Tegur entiti berbadan besar berbaju biru itu.


Cubalah sos cili Lingham. Kelazatannya sehingga menjilat dinding.


Orang kata muka mama aku macam Uji Rashid. Kira aku ni macam Chico Harahap la.


Upacara penyampaian hadiah 'Anugerah Ibu Kuat Meleter'. Haa haa sori mak teh ijai bergurau senda je.


Aku memang anak saudara kegemaran Mak Long aku jangan jeles ya sepupu-sepupu lain.


Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Ke mana perginya lemak jika tidak ke perut. Ooo inilah sebabnya aku semakin boroi.

Selamat Hari Ibu!



6 comments:

z a t i said...

wah ..keluarga bahagia *tgn gaye bernasyid*

Qilah said...

betul la ijai! u makin berisi.. bahagia sgt la tu!

Mohamad Faizal said...

zati: "oh aaaaayah oh ibuuuuuu deeeeengarlah rintihankuuuu. Di desa atau di bandaraya keeebersihan haruslah dijaga.." (lagu Saujana)

lala: sampai hati u cakap i gemuk gedempol macam dol....

farid ™ said...

asl gmbr aku xde!! x aci pnye abg ijai...!!!

Anonymous said...

abang ijai?????

adam

Mohamad Faizal said...

farid: tu ada gambar tengah melantak pizza tu.dahla tak bayar wang

adam: adik sedara aku yang belum baligh. kau jangan fikir yang bukan2 adam johari

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...