Wednesday, May 13, 2009

Seram: Episod Lima

Entah mengapa hati aku berasa tidak tenang. Aku berjalan mundar mandir seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Aku tidak pasti dengan apa yang aku lihat. Aku keliru menjadi buntu (bukan lagu bunkface), tidak dapat membezakan fantasi atau realiti. Aku tidak tahu mengapa aku sering didatangi mimpi-mimpi aneh sejak kebelakangan ini. Imej-imej seram yang aku mimpi mula terlintas di fikiran aku satu persatu. Imej-imej tersebut memang nampak real, dan amat detail sekali struktur fizikalnya.

Imej pertama: Wajah seekor raksasa yang memiliki badan seperti biawak dan memiliki kapak besar. Aku dapat lihat dari jauh sisik-sisik di badannya yang berkilauan dan berwarna hijau, penuh dengan gerutu di seluruh badannya. Sisiknya akan bersinar apabila disinari cahaya lampu neon. Memang amat jelas sekali struktur kulit raksasa itu.

Imej kedua: 4 orang manusia sedang mempertahankan diri daripada serangan zombie. Aku dapat melihat dengan jelas darah yang mengalir di wajah zombie itu. Ada zombie yang gemuk yang boleh memuntahkan cecair hijau. Imej itu memang terlalu detail kerana kita boleh melihat gelembung udara di cecair hijau itu.

Imej ketiga: Aku dapat melihat jerawat batu nak keluar nanah dah di muka Ronaldinho dengan jelas sekali. Begitu juga dengan efek aftershavenya, serta bulu hidungnya yang terkeluar sedikit daripada lubang hidung belah kirinya. Haa?

AHHHHHHH!!!!! Imej-imej itu muncul betul-betul di hadapan aku. Terus tak lawas kencing aku melihatnya. Sila klik Read More untuk mengetahui kesudahan cerita ini. Percayalah, korang pasti akan terlopong apabila melihat imej yang amat jelas ini.

Rupa-rupanya imej-imej itu datang daripada tv lcd full hd 42 inci baru aku. Patutla imejnya sungguh detail dan real. Haa haa riaknya. Memang mencapai kemuncak syahwat ah main xbox aku. Aku tamak letak dalam bilik pastu sambung pulak kat PC aku haaaa memang lagi insaf la menonton 3gp melayu.



Terima kasih mama. Mama aku suruh pilih sendiri mana yang aku berkenan, mestilah aku tunjuk yang paling kool kan haa haa.



7 comments:

Anonymous said...

gile mantap bilik kau skarang jai. pangsapuri mikael la kite lepas ni. haha

adam

dazrul said...

mantap2 lps ni kalo nk main game umah ko x la rase bersalah mghalang mama ko tgk citer korea haha

Anonymous said...

babet ijai. sayang sungguh mama kau kepada kau. jom tgk heroes on hd 42 inci.



Jamil

QilahLala said...

amboiiii!! mama kamu mmg menatang kamu bagai minyak yang penuh dan melimpah ruah!!!

Mohamad Faizal said...

adam: yeahhh kau kameraman aku aktor dia. pastu kita abiskan game army of two sekali haa haa

dazu: datang bawak kontroller skali

jamil: huii tengok lost boleh nampak freckles punya freckles

lala: haa haa mestilah kerana saya anak yang soleh lagi bertaqwa walaupun kadang2 melawan cakap

Anonymous said...

apa kata kita menonton man u julang piala sabtu ni kat tv baru kau..pasti gambar lebih real dan memukau..hehe..

-shuhud-

Mohamad Faizal said...

kenyataan kau harus ku sangkal kerana:
1) tv lcd 42 inci di bilik aku belum pasang astro

2) manshitter united akan kecundang di tangan assenal sabtu ini

lepas tu tengok star trek ok kau belanja sempena hari jadi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...