Monday, May 4, 2009

Warkah Buat Apai

Mohamad Faizal Rosly,
Berhampiran Surau Al-Kauthar,
Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
4 Mei 2009.

Menemui sahabat baikku Amir Rashidi yang berada berhampiran dengan Surau Flet, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera,

Saudara,

Saya berharap saudara dapat meneruskan kehidupan dengan tabah dan tenang, walaupun pasukan tanah tumpah darah saudara Newcastle United di ambang relegasi. Sesudah ditiupkan wisel perlawanan ketika menentang Liverpool semalam, saya kira saudara sudah boleh membuat persiapan rohani, bersedia dengan aral yang bakal menanti bermain di divisyen satu musim hadapan. Ingin sahaja saya menghantarkan mesej pesanan ringkas kepada saudara untuk menghina saudara di atas kegampangan corak permainan Newcastle yang 'spineless' kata Shebby, namun hasrat itu saya batalkan kerana saya berasa kasihan dengan saudara. Jika tidak kerana Steve Harper menyelamatkan gawang daripada dibolos bertalu-talu serta nasib kurang baik pemain kami yang merembat ke palang gol sebanyak 3 kali, saya yakin perlawanan semalam mampu berkesudahan 7-0.

Mengapakah nasib kelab segah Newcastle berakhir begini? Bukankah dahulu Newcastle gagah menerajui takhta liga (sebelum gelabah dipancung manshitter united), bermain di Liga Juara-Juara, serta memecahkan rekod membeli pemain-pemain bertaraf antarabangsa? Saya akan menyuarakan pendapat saya mengapa Newcastle akan gugur ke divisyen satu musim ini Pertama: Pembelian yang silap dan mahal. Pertahanan yang dibeli oleh Newcastle semuanya hanya layak bermain di Liga Super. Titus Bramble dicanang-canang sebagai the next Sol Campbell namun setiap gol yang bolos pasti berpunca daripada kesilapannya. Jean Alain Boumsong, pertahanan Perancis yang hitam di kulit dan di kaki. Itu belum masuk pembelian pemain-pemain 6 Jahanam seperti Kieran Dyer, Lee Bowyer, Craig Bellamy serta Joey Barton.

Faktor kedua: Mike Ashley. Fat Mike jelas niatnya membeli Newcastle United hanya kerna wang. Dia langsung tidak peduli tengang sejarah Newcastle, keunikan Geordies, serta 'passion' peminat fanatik mereka. Faktor ketiga: Pengurus. Saya tidak faham mengapa mereka tidak mahu menyimpan Sir Bobby Robson sebagai pengurus. Saat kejatuhan Newcastle bermula sejak Souness mengambil alih sehinggalah ke zaman Big Sam. Saya rasa Big Sam tidak diberi peluang secukupnya untuk menunjukkan kebolehannya menjayakan sebuah kelab dengan bajet yang kecil.

Pasti malang jika Newcastle jatuh ke divisyen satu kerana jika kita keluar menonton, bagaimana mahu menonton perlawanan Newcastle, bukannya ada siaran langsung divisyen satu. Bintang-bintang Newcastle seperti Damien 'Syndrom Down' Duff, Michael Owen, Jonas 'Spiderman' Gutierrez serta Kazenga LuaLua pasti akan menanggalkan jersey hitam dan putih. Kemasukan lagenda Alan Shearer belum nampak impaknya, hanya satu gol dijaringkan tanpa sebarang kemenangan. Untuk mengubah nasib Newcastle, mungkin dia harus menyarung jersey nombor 9 kemudian menanduk masuk jaringan lalu membuat gaya trademark mengangkat tangan.

Saya berharap peristiwa kejatuhan Magpies tidak akan menjejaskan persahabatan kita. Saya juga berharap saudara akan masih mengonsider saya untuk menjadi pengapit di majlis perkahwinan saudara walaupun kita berlainan mazhab bolasepak. Sampai di sini sahaja yang dapat saya coretkan. Akhir kata, sambutlah salam mesra saya daripada saya untuk saudara sekeluarga. Assalamualaikum.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
ijai
(Mohamad Faizal Rosly)

p/s: haa haa jangan sedih pai kau masih berada di tangga teratas liga super. tapi next week aku pancung ah seperti mana liverpool supercool akan memancung manshitter united dan menjulang kejuaraan liga yang ke sembilas belas.




4 comments:

Anonymous said...

jai. liverpool ade menang pape tak tahun ni? liga tak menang. champions league tak menang. fa cup tak menang. tapi mmg jauh dpd relegation. haha.

adam

Anonymous said...

come on..
magpies too good to go down..
pasti berlaku penghijrahan secara berjemaah diimamkan oleh michael owen kalau diorang relegate.

-shuhud-

Mohamad Faizal said...

tahniahla adam dan shuhud di atas kemenangan manshitter united ke atas assenal di separuh akhir liga juara juara

Anonymous said...

Salam,

Tinggal 3 game sahaja lagi...2 home game menentang local derby, boro & fulham serta 1 away game menentang villa...masih lg xdpt kubayangkan bagaimana cara laen nak survive selain mendapat minimum 7mata dari 3 game tersebut....secara bapuknye bole dikatekan aku merindui barisan toon army 1996/1997...tatkala kami gagah menerajui liga dibawah King Kev...free flowing futbol & barisan ampuh yg dikepalai shearer, asprilla, ferdinand & ginola....bring Man U on...kami bole pukul 5 bijik yg sampai skrg aku masih tgk balik ke lima2 gol tersebut setiap hujung minggu....almaklumla aku ada darah kacukan tyneside...kemusnahan berperingkat ini bakal mengulangi kejatuhan Leeds satu ketika dulu...
sebagai seorg geordie yg berpengkalan di nusantara, aku akan menyalahkan pentadbiran kelab sebagai punca utama...hirela wan jamak wan hassan sekalipun...tapi jika pentadbiran yg bangang mcm kombinasi Mike ASSley & Dennis X Wise...mane2 kelab pon bole telungkup...Freddy Shepard pon xdela bagus sgt tp xdela sampai menjual aset2 berharga [milner & given] & membelakangi manager...huh..enaf said...3 games to go [down?]...In Shearer We Trust...Howay d lads! cheers!

~AkuApai berdarah hitam & putih

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...