Wednesday, June 10, 2009

Album Rawk Pilihan di Dalam Almari Aku

Aku sedang mencari ubat ketiak Avon aku di dalam almari, tiba-tiba terserempak pula dengan koleksi kaset aku dulu-dulu. Dulu-dulu zaman sekolah mama kasi duit belanja 2 ringgit je sehari. So hanya kaset yang mampu dibeli. Cakera padat dulu memang mahal. Almost 50 ringgit satu CD. So gambar di bawah merupakan antara koleksi kaset aku dulu-dulu. Aku rasa ada banyak lagi tapi hilang entah ke mana. Mungkin Acap Ciki pinjam pastu tak pulangkan. Citarasa muzik aku dulu-dulu memang berjiwa rok n rol. Smells like teen spirit la konon-konon. Ketika itu impian aku bila besar nak jadi macam Kurt Cobain, tak pun Dave Grohl. Skarang dah besar mungkin aku sudah tidak berjiwa rok seperti dulu, perut pun sudah boroi. Antara kedai kaset yang menjadi tempat aku menghabiskan wang ialah kedai kaset di Metro Kajang dan Pertama Complex. Sudah, mari kita saksikan sepuluh album terbaik di dalam almari aku dengan mengelik Read More.


click to enlarge.

1) Foo Fighters - The Color and The Shape
OMG, ini memang album paling hebat the foos. Malah inilah album paling hebat sepanjang zaman bagi aku. Semua lagu memang infectious, dengan lick guitar yang kompleks tetapi mengghairahkan, running baseline nate yang menggiurkan, ahh album ini memang hebat. Personal favorite aku, Hey Johnny Park, part verse keras dia tu memang berderau darah aku setiap kali dengar. Monkey Wrench, Walking After You, My Hero dan sudah pasti lagu Foo Fighters terhebat sepanjang zaman, Everlong.

2) Nirvana - Nevermind
Dulu-dulu memang melotup-lotup irama grunge. Semua remaja ingin menjadi seperti Kurt Cobain. Nick kat MIRC mesti nak buat KuRt-iJAi-CoBaiN ataupun [KurtApaiCobain] (apai pun nak jugak). Album ini memang album wajib dengar kerana semua lagunya layak dijadikan single. Siapa yang tak tahu lagu Smells Like Teen Spirit memang boleh pergi balik kampung la tak rok la kau.

3) Silverchair - Neon Ballroom
Huii album ini pun tidak kurang hangatnya. Daniel Johns hensem gila aku nak jadi macam dia jugak. Album ini tidak sekeras Frogstomp, dan hala tuju muziknya semakin berkembang. Lagu-lagu seperti Miss You Love and Ana's Song memang menjadi siulan aku sehingga sekarang.

4) Nirvana - Unplugged in New York
Ini album Nirvana pertama yang aku dengar. Dulu-dulu riff lagu cover David Bowie, The Man Who Sold the World sahajalah yang asyik berputar di minda. Masa aku mendengar album ini, Kurt Cobain sudah meninggal dah. VCD album ini aku buat hadiah masa dinner form 3 kelas Amanah. Sapa tah dapat anak cikgu Sains tu kot. Best la kau.

5) Green Day - Imsomniac
Kaset ini aku beli daripada Acap Ciki. Dia kata best aku pun dengarla. Pastu dengar-dengar memang best pun. Lagu-lagu dalam album ini memang tipikal punk rock menggunakan teknik repetition 3 chords, serta riff-riff simple tetapi bergaya. I'm on a rollll no self controllll i'm blowing off steam with methamphetamine...(lagu Geek Stink Breath)

6) Faye Wong - HK Scenic Tour
Hahahaha. Ini bukan album rawk. Tapi Sumpah Faye Wong ni best suara dia hebat macam Dolores O'Riordan. Walaupun cong ceng cong ceng tak faham apa, aku still layan.

7) Butterfingers - Transcendence
Band no 1 Malaya. Album OAG Melody Mocker juga mendapat tempat ke-7 tetapi aku tak jumpa di mana letaknya kaset itu. Lagu-lagu lagenda seperti Chemistry, Faculties of a Mind, Epitome (cuba carik lagu ini versi Ella) menjadi lagu wajib hafal.

8) The Offspring - Ixnay On the Hombre
Dexter menyanyi memang out of tune, tetapi itulah keunikan the Offspring. Dulu-dulu kalau hafal lagu All I Want memang dah bajet punk lah.

9) KORN - Life Is Peachy
A.D.I.D.A.S (malas nak tulis panjang-panjang)

10) XPDC - Brutal
Huii memang hebat album ini. Diketuai oleh Ayob, kami memang dihormati ramai kerana mnghafal lagu-lagu sepeti Aku Taknak Jadi Soh Chai, Senapang Patah, Hentian Ini serta Semangat Yang Hilang.

Huh. Antara album-album lain di dalam gambar jika korang perasan ialah Spice Girls - Forever, Britney Spears - Opps I Did it Again, Mel C - Northern Star serta Cromok - Mean Meaner Meanest. Bagaimana? Kongsilah pula koleksi kaset korang dulu-dulu.



6 comments:

Anonymous said...

faizal, koleksi kaset kite hampir serupa. korn, nirvana, metallica, butterfingers, green day, dan juga the mighty CROMOK merupakan kaset wajib ada utk zaman kita.

ps: aku nampak kaset kompilasi no boundaries. aku ade gak haha. beli sbb ade pearl jam haha

zarul

Mohamad Faizal said...

haa haa aku beli kaset no boundaries sebab nak dengar last kiss pearl jam nyanyi jugak. tak tahu pun pasal peperangan di kosovo tu haa haa

Eliza said...

adeh..camne faye wong boleh tersesat tuh.. 80% sama. Ni saye punya- Rage against the machine (rawk ker??), Elvis Presley, The wonders (That thing u do,best wooo-ni bukan rawk ek?), Francisca Peter (Sekadar di Pinggiran tu kaset pertama ku), Kuch2 hota hei soundtract, BON JOVI (form 5 study kat stadium wei nak tgk konsert dia), mariah carey and michael jackson. Aku dah terpesong nih...

Mohamad Faizal said...

haa haa francesca peter rawk. bon jovi aku hari-hari main kat guitar hero "Woaaaaaaa, we're half way there
oooooooo livin on a prayer...."

z a t i said...

hahahha. rindu zaman kaset. zaman ni la setiap lagu dihargai sbb tkleh nk pilih track. nak rewind terlepas2. sibaik selalu dlm kaset satu lagu habis kalau terbalik side B lagu die best gak.pastu dihargai sbb harga kaset sekitar rm13.90, so agak "menyimpan" ar utk sesebuah kaset.dah la zaman dulu tkde youtubik nk test band2 baru tau name tu best ke tk sebelum beli kaset.semua random ikut kaver design. kaset aku byk yg mengujakan. tp yg aku beli hanya sebab design kaver die best dn last2 lagu die semua best adelah the offspring-original prankster yg budak kecik dok kt buai pegang lipan panggang ke ape.ade jugak yg dh beli pastu menyesal. mcm gorillaz. Gorilaz. ftw?
tp album beli pastu nk dgr sorok2 ialah michael learns to rock. hahhaha. "rockkk sgttt"!

O Ena O said...

Ana's Song tu takkan aku lupe lagu tu..sampeikan aku jd kan trademark nama pena internet aku..enasong..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...