Monday, June 1, 2009

Amir Rashidi's Bachelor Party

Minggu ini ialah minggu terakhir rakan aku Amir Rashidi bin Aziz ataupun nama komersialnya Apai menjadi teruna. Minggu depan dia sudah boleh bersetubuh secara halal. Maka pada malam Sabtu yang lalu kami adik-beradik Bangi merancang parti liar teruna untuk Apai. Selalula bachelor party akan dipenuhi dengan adegan meminum minuman keras, mengarut dan mencarut, tarian bogel, serta disudahi dengan penzinaan, tetapi cara kami lain sikit. Kami berkumpul di surau al-Kauthar berhampiran rumah aku untuk solat Maghrib berjemaah.

Ada kemungkinan (50/50) Apai akan kena queen kontrol dan tidak boleh keluar rumah di malam hari selepas berkahwin. Jadi malam ini kami memberi Apai peluang untuk merasai nikmat hidup bujang buat kali terakhir. Sila klik Read More untuk mengetahui siapakah yang diupah untuk menanggalkan pakaian bagi menghiburkan kami.

Aku, Apai, Jamil, Abe dan Ise menuju ke Alamanda untuk aktiviti membaham dan menonton. Anas kena queen kontrol tak boleh keluar rumah, Ikram pula ada sesi speed dating kot eh ada wedding. Masa tu sudah pukul 10. Sebab malam itu Apai dipaksa untuk belanja, kami pun mencarila restoran yang lebih mahal daripada biasa.



Kami ingin mencuba resipi istimewa di Chakri Xpress, namun seperti mana yang telah berlaku di Adam Johari's Bachelor Party, kami telah dihalau seperti anjing di jalanan oleh pekerja restoran. Dapur dah tutup kata dia. Rileks la baru pukul 10. Mungkin kerana masa itu Ise ada mereka memandang hina terhadap kami tapi rambut Ise dah tak kaler dah so bukan salah Ise la. Sambil mencarut-carut ringan, kami pun menuju ke restoran separa mahal yang lain.

Kami membaham di Penang Village. Dia punya harga, sedikit mahal berbanding Restoran Yus, tapi memang worth it la dengan menu yang dihidangkan. Tau Apai nak belanja mestila aku order yang paling mahal.

Ise order Kerabu rumput, Abe order ABC Rambo, aku mencerik ayam hutan. Lihatlah gambar di atas, walaupun cendol Jamil tampak seperti muntah kucing, namun kelazatannya memang sehingga menjilat dinding.

Sambil membaham kami berbual-bual tentang perkahwinan Apai. Bersediakah Apai? Dapatkah dia memenuhi kehendak dan fantasi Mizah? Fantasi yang aku maksudkan ialah beg tangan ke kasut ke korang jangan salah faham. Lepastu sudah pastilah kami mencuakkan dia dengan memberi situasi-situasi yang korang tak mahu berlaku di majlis pernikahan seperti tersebut nama gadis lain semasa akad, terutamanya gadis skandal dia, ataupun keaiban tidak dapat menjawab soalan tok mudim seperti niat mandi wajib. Huii memang haru biru tuu tengah pakai maikrofon pastu tersebut nama Ainul Aisyah ataupun Zati Hazira masa akad.


Apai nampak tenang (gambar di bawah, yang sebelah kiri), namun gemuruh di hati siapa yang tahu.



Parti liar disudahi dengan acara menonton Monsters vs Aliens. Spoiler dan review tunggu lagi beberapa hari. Tapi tengokla doo lucu doo. Aku suka Presiden Amerika (Stephen Colbert) yang bangang itu.

Good luck apai. Kau boleh curi2 keluar datang rumah aku selepas berkahwin jika mahu bermain FM ataupun transfer pemain di liga fantasi.


Berat Jamil 76.6 kg. Perut dia je dah 32 kg.Assalamualaikum.



8 comments:

Anonymous said...

good luck apai! ingat weih, walaupun imam tu cakap die takkan tanye soalan die akan tanye gak (cam time aku). bile jamil akan bertunang?

adam

z a t i said...

jgn lah buat taburan fitnah org tu dh nak kawin.

kau byk ckp dh beli ke hadiah perkahwinan rakan?
kami beri hadiah baik punya.

*wink kt mizah yg sedang baca ni*

Mohamad Faizal said...

adam: kalau imam tanya bacaan duduk antara dua sujud memang menggelupurla apai nak jawab. jamil tunang 6/6 tapi dia sempat balik pegi kenduri belah apai

zati: takpe kat stor aku banyak hadiah pertandingan kucing. kau bagi apa letak nama aku skali ek

Anonymous said...

aku lupa... mane satu qul yang bukan dalam tiga qul utama?

apai confirm ingat doa mandi wajib. ye aaa... baca niat mandi wajib same banyak ngan solat. hahaha.

adam

els said...

monsters vs alien best gilerrr.. i ske BOB!

Mohamad Faizal said...

adam: qulyaaiyuhalkafirun

ezu: "No way! It's a boy, look at his boobies!" haa haa

Idlan said...

kenapa ramai bangi boys bela janggut sejemput?

Mohamad Faizal said...

kerana kami semua berhaluan kiri dan bergaya ulama'

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...