Saturday, June 6, 2009

Amir Rashidi's Wedding: Part 1

Entry kali ini memang penuh dengan gambar. Part 1 ialah majlis perkahwinan di rumah Mizah di Seri Kembangan. Mari kita ikuti kronologi perkahwinan Apai dan Mizah sebentar tadi.

10.42 am: Apai menghantar mesej menyuruh aku bersedia pada pukul 12.30. Huii aku memang tidur semalam pun pakai baju melayu pink aku. Tinggal nak sarung boxer dan sampin je. Tetapi Apai? Rileks je gaya dia begini.



1.45 pm: Hamizah sudah call dengan nada luar biasa. "Maneee korangg??", "Patutnya pukul 1.30 dah sampaiiiii" serta "Aku dah siap mekap voguethevass dah ni korang dah sampai simpang call aku cepat" adalah antara leteran yang dilemparkan. Sori Mizah, bukannya kami sengaja. Tengoklah Apai kena mekap di bawah pokok tu yang lambat sikit tu. Memang semua serba tak kena last minit. Jerawat tumbuh la, bulu ketiak terkeluarla, sampin tak bergaya la macam-macam.



2.00 pm: Kami tiba di simpang yang dijanjikan. Kipas serta payung disponsor oleh pihak perempuan. Skuad kompang cawangan Seri Kembangan sudah tunggu kitorang lama dah. Ramai jugak yang keliru mana satu pengantin mana satu pengapit kerana aura baju pink aku memang menggetarkan hati gadis2 terutamanya makcik-makcik kesunyian.





Sudah pasti ada lagi. Click Read More to continue.



Apai: Huii udang ini memang menggiurkan tetapi sayangnya bengkung aku ni menghalang nafsu aku (dalam hati)

Mizah: Huii udang ini memang menggiurkan tetapi di hari perkahwinan mestila aku kontrol keayuan voguedevass aku (dalam hati)

Abang waiter: Babi diorang tak bayar OT (dalam hati)

Aku: Rabbana aatina fiddunnya hasanah...



Aku rasa aku gagal dalam kerjaya pengapit aku tadi kerana aku memang tidak berguna hanya tahu makan dan bergambar sahaja. Kesian Apai ketiak dia berpeluh aku tak lap.


Apai berazam untuk menjadi seorang lelaki malam ini. Malam semalam dia kecewa kerana saudara mara ramai. Haa haa.


Terima kasih Hamizah kerana memberi aku kain pink untuk dibuat baju melayu. Sori aku freak out sekejap tetapi kesudahannya aku memang kacak memakai baju apa apa.



Apai: Yeahhhh malam ini akan ku hunus 'keris' comelku. Yeahhhhhhhh.

Huhhh. Penat aku. Gambar banyak lagi sebenarnya. Apa kata korang layari sahaja laman fesbuk aku di link ini: http://www.facebook.com/album.php?aid=99376&id=628280825&l=78681b5e31

Esok kenduri belah Apai pulak. Gadis-gadis sila stay tuned untuk part 2 kerana esok pasti ada gambar jejaka-jejaka hangat Bangi.



6 comments:

Anonymous said...

hahahaha.. lawak ok post nih..

err.. mekap pengantin perempuan mcm agak scary sikitlah...

Mohamad Faizal said...

mizah takde mekap lagi skeri. hee hee

~Meen~ said...

Jai..i suke color baju melayu u..
nnt i nk buat baju color camtu lah.
kite kan byk baju color same..kan..kan?

Mohamad Faizal said...

biasalah mohd nazmin lebih gemar baju matching dengan saya berbanding tamir kerana saya lebih kool bukan? haa haa (sorry tamir i lap u)

z a t i said...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.sedihhnnyee tak pegi wedding rakan karibb sendiriiii *guling2 irama bunkface tnda protes*

Mohamad Faizal said...

cool la zati nanti kau kawen mizah dan apai tak datangla so kira fair la nanti

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...