Sunday, June 7, 2009

Amir Rashidi's Wedding: Part 2 (UPDATED)

Aih mengapa banyak sangat posting pasal Apai? Kerana dia adalah salah seorang daripada BFF aku. Tapi segay mana sekalipun dengan aku dengan Apai kalau tengok gambar dia hari-hari mau gugur bulu pubis aku akibat menyampah kan? Takpe lepas ni kita letak gambar jejaka lain yang masih single buat tontonan gadis-gadis. Baiklah mari kita ikuti kronologi perkahwinan Apai dan Mizah sebentar tadi.

Aku menerima panggilan daripada Apai yang menyuruh aku bersedia pada di dewan pada pukul 1.15 petang. What the what? Aku ingat servis apitan aku semalam tidak memuaskan dah khidmat aku tidak diperlukan untuk hari ini. Apai merequest aku memakai baju kaler kuning muntah kucing atau creampie. Lantas ku korek almari mencari-cari tetapi faktor perut menghalang aku daripada memakai baju arwah abah aku. Lantas ku terjah ke Kompleks PKNS tetapi hampa, lalu bergegas ke Warta. Huiii nasib baik ada kaler kuning air sungai. Bergaya dan bersaiz aku pulak tu.

Weols berkumpul di rumah aku sebelum bergerak bersama ke Dewan Cukai Pintu dekat dengan tol Bangi tu. Sori kamera aku harini PMS, banyak yang direject. Yang aku post ni pun ala kadar sahaja kualitinya. Gadis-gadis boleh klik Read More untuk melihat jejaka-jejaka kacak di majlis perkahwinan Apai.



Wow serba kuning ari ni. Baju kuning, air kaler kuning, otak kuning pikir Apai bersetubuh ke tak malam tadi, serta boxer ada kesan kuning akibat tak basuh seminggu.


Kau lihat. Punyala ghairah memakai baju Melayu baru sehingga terlupa untuk menanggalkan tag harga. Saje je blurkan harga dia nanti boleh claim kat Apai mahal sikit. eh.


Sesi memotong kek. Kek tempah kat kedai kek Angel (spekulasi aku sendiri).


Anas badan macam Incredible Hulk dah (ini cacian bukan pujian). Zack mengandung ke kau yang mengandung ni nas.


Rakan-rakan Uniten. Gilak ah Herwan (tujuh dari kiri), berapa tahun tak jumpa terus ada anak bini. Hairul Nazrin, (tiga dari kanan) berapa bulan tak berjumpa badan dah macam siamang bunting. Mana Arun gedung Tesco?

Ok Apai aku dah menyampah dah nak letak gambar kau lagi, tapi jika kau bercadang untuk berkahwin lagi, aku bersedia menjadi pengapit tanpa sebarang keraguan.

Ucapan ikhlas daripada aku, jadilah suami yang soleh yang tidak meninggalkan sembahyang subuh serta hapuskan pornografi-pornografi yang ada di dalam komputer kau samada yang asia ataupun mat saleh. Yela nanti Mizah berasa aneh pulak kang apabila kau mengaplikasikan teknik-teknik yang advanced dan luar daripada kebiasaan. Buat Hamizah, kau memang bertuah kerana mendapat Apai kerana kau tidak akan berjumpa dengan orang yang akan menyintai kau dengan sepenuh hati. Kalau kau dengar luahan hati Apai kat aku tentang cinta dia kepada kau setiap kali dia tidur di rumah aku pasti mengalir air mata gembira kau.

Congrats bro, congrats sis. Wish you all the happiness in this world.


UPDATED! lawati laman fesbuk Fendi untuk gambar yang-gambar yang lebih menarik: http://www.facebook.com/album.php?aid=100023&id=672127115



5 comments:

Anonymous said...

awww..so touching
bestnya dapat kawan mcm ko nih..sudi nak berblog tentang kawan2 sepermainan..

Anonymous said...

gamba last tu.. ingt nak kem salam kat one of those in the pic..(anyone yang singlelah) tp bila pk2 balik.. errr takyahlah kot.. hehe..

anda kelihatan sgt smart berbaju melayu dan bersampin kaler sedondon.. hihi

Mohamad Faizal said...

siti anonimes 1: manaaaa. aku tak ikhlas sebenarnya kerana aku mengharapkan diorang belanja aku makan. kawan yang membelanja kawan makan ialah kawan yang paling mulia.

tapi aku memang cintakan kawan2 bangi aku. ohhhh i lap uols

siti anonimes 2: apa kata anda ubah selera anda ke gambar yang seken last? belah hujung kanan (ikram) dan kiri (zul) dua-dua masih single, hensem, serta kaya

z a t i said...

menci a. menci a.
baiklah mizah. kalau kau bace ni, kenduri cukur jambul anak pertama kau aku janji akan hadir walau dlm bentuk roh.

Mohamad Faizal said...

ala zati usahla berjanji jika tidak boleh ditepati (saje mencetuskan provokasi)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...