Tuesday, June 2, 2009

Happy Birthday Dazrul!



Hari ini 2 Jun, ialah hari jadi teman Bangi yang tiada di Bangi, Mohd Dazrul Syariz bin Sabardin bin Ahmad. Lihatlah gambar terbarunya di fesbuk, kacak bukan? Nama manja Dazrul ialah Dazu. Kalau nak lebih manja boleh panggil dia Legolas ataupun Spock ataupun pekerja Astro(inside joke). Aku dan Dazu sudah berkenalan sejak kami bersama-sama menuntut ilmu di Tadika Ixora lagi. Sudah 8 tahun Dazu tidak pulang ke Bangi. Dazu sudah berubah. Dahulu Dazu seorang yang pemalu, warak, alim dan tenang. Semasa sekolah menengah, dia langsung tidak pernah bercakap dengan gadis-gadis apatah lagi hendak ringan-ringan. Mengikut cerita Apai, semasa Dazu di MRSM Jasin, terdapat ramai gadis yang meminati Dazu, siap hantar surat lagi tetapi Dazu tetap tenang menangkis nguratan mereka serta tidak membalas surat cinta yang dihantar kepadanya.

Apa yang membuat kami terkejut gila barbie ialah apabila Dazu mendedahkan yang dia telah memiliki teman wanita. Jika korang mengenali Dazu seperti kami, pasti korang akan histeria apabila mendapat berita tersebut. Tidak dapat kami bayangkan bagaimana Dazu mengurat gadisnya itu. Apatah lagi untuk mengungkap kata cinta. Adakah dengan gaya larian mendayung sampannya yang membuat gadis itu jatuh cinta? Ataupun gaya gelak letihnya yang membuatkan gadis itu tidur tak lena? Tidak mungkin Dazu amalkan teknik nasi kangkang kerana Dazu jarang sekali meninggalkan solat malah selalu jadi imam kalau berjemaah. Gadis Dazu yang bernama Qairom dari Sarawak jika kau somehow terbaca entry ini tolonglah dedahkan kisah percintaan korang. Sila klik Read More untuk mengewish selamat hari jadi kepada Dazu.

Kami semua rindukan kau Dazu. Pulanglah. Happy Birthday bro.


haa haa. Sorry bro kau tahu kami bergurau dan sayangkan kau. Bwarf.



8 comments:

FatCat said...

gambar macam kenal. oh betul ke kat jasin dazu banyak menerima surat chinta dr gadis? bukan sana banyak arbok ke? haha. nway nnt aku paksa dia balik berhari raya ngan korg ok. nak boys talk sampai iqamat subuh kat surau assobah pun boleh.

qairom.

Eliza said...

wa..kagum lah aku jai. Semua birthday member kau ingat. Entah2 birthday kuching pon kau celebrate gak.
Betuah da'killer dapat kau yek... ;) ;) (Aku bukan ngorat..aku dah kawin ponnnn)

Anonymous said...

dazu is cuteeee !!! tapi dah taken la pulak kan.. baru nak suruh u kirim salam on my behalf, ijai.. hehe..

tapi dia sgt padan with his gf.. mcm pinang di belah dua.. im happy for both of them.. selamat hari lahir to dazu !!!

Mohamad Faizal said...

qairom: dazu ada simpan diari rahsia dalam tu ada kisah2 cinta lama dia kat mrsm. kamek sik maukkkkk manok(berlagak terer cakap sarawak)

eliza: dah kahwin ke tak jemput pun. jemput datang ke majlis perkahwinan saya setahun dua lagi

anonimes: huda ke? hee hee selamba je anda nak mengurat dazu. kau lihat, dazu tak buat apapun orang dah ngurat dia memang pakai minyak dagu dazu ni

FatCat said...

kenak sikmaok manok haha. i bet you know abang zulkarnain from uniten coz he's my schoolmate. kalau aku datang bangi leh la ko & bangi peeps tour guide aku ke warta. aku dengar boleh pakai baju kaftan je tengok wayang. coolios.

om.

Mohamad Faizal said...

caney ke huiii kenal bukan dia saja malah dayang nurfaizah, watson nyambek serta anita sarawak pun aku kenal. bangi memang kool tapi jika kau berkahwin dengan dazu jangan halang dia keluar berfoya2 dengan kami di waktu malam ok

FatCat said...

haha ko doakan dulu ktorg jadi baru aku kata ok. bagus la ko mengenali watson nyambek generasi sekarang semua tak menghargai atlit kurang kacak tau azmi ibrahim je. aku harap kau pun tahu sapok biki tu siapa.

om.

Anonymous said...

haha dazu..hepi belated birthday..
sori lambat wish sebab aku balik kampung minggu lepas.maka terputuslah hubungan di alam maya..
bile kau mahu pulang??boleh pulun guitar hero kat rumah ijai.

-shuhud-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...