Sunday, June 21, 2009

Happy Birthday Ijai!

Yaaa setelah acapkali membuat entri hari jadi untuk rakan-rakan tercinta, aku kini dengan tanpa perasaan malu membuat coverage untuk hari jadi sendiri. Seperti mana yang korang telah hafal, serta telah set reminder di dalam telefon bimbit, 18/6 merupakan hari jadi aku. Terima kasihla kepada semua yang wish di blog, sms, fesbuk, telegram walaupun sorang pun tak beri hadiah yang diharapkan.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan sekerja yang menghantar spam melalui emel untuk mengewish hari jadi. Memang mengalir air mata dan air mazi apabila rakan sepejabat menghadiahkan kek serta menyanyikan lagu hari jadi secara acapella. Gambar tak dapek lagi, jika ada nanti akan ku post kemudian. Kemudian, mama tiba-tiba mendail nombor aku.

mama: malam ni ada plan tak?
aku: tiada. kenapa?
mama: takde pape. bye

Ala nak buat serprais parti la tu aku pun pura-pura inosen la kan tak tanya apa-apa. Balik rumah pulak dah nampak kerusi dah susun, lepas tu ada air botol menyorok di bawah almari. Kantol.

Sekarang mari kita saksikan gambar-gambar suci di parti liar hari jadi aku, anjuran keluarga dan sanak saudara.



Gossip dalam majalah Mangga keluaran Jun yang kata umur aku baru 19 tahun memang tidak benar. Aku memang nampak muda mungkin sebab banyak mengambil wuduk.



Mama aku dengan gaya hantu pocong cina yang bersedia membaham KFC.



Hoit. Ada banyak lagi dooo. Sila klik Read More untuk melihat gambar-gambar serta video bukan porno di hari jadi aku bersama rakan-rakan Bangi pula.

Bitch Jamil tak ingat hari jadi aku dia wish lambat. Siap aku kena call dia untuk mengingatkan dia. Sebagai denda dia tidak ingat besday aku, aku memaksa Jamil dan rakan-rakan Bangi yang lain untuk menganjurkan serprais parti liar untuk aku. And they did. Please watch this video. Teknik camera dia macam Cloverfield korang jangan pening dan muntah pulak. Words cannot describe how happy I was when they yelled 'Surpriseeee!' and sing the birthday song for me.



Well melihat daripada lakonan exaggerated aku, lakonan kaku rakan-rakan, suara Fendi menyuruh Jamil miskol aku di luar tanda team seprais party sudah ready serta pizza yang sudah dimakan separuh, korang pun boleh agak kan yang seprais di atas hanyalah lakonan semata-mata. It's true that the surprise party was staged. It's true that I asked them to do it for me just for fun. But that's not the point. I'm just lucky to have my Bangian mates with me on for every occasion. A bunch of extraordinary friends who're willing to do something silly for you, just how cool is that?


Cuppacakes by +wondermilk. Thanks Jamil and Evi! Tak sanggup nak baham.


Apai dan kehidupannya sebagai jejaka yang baru berkahwin. Tenang sahaja dia bercumbuan bersama Mizah di hadapan kami.


Menu malam itu adalah Domino's, cupcakes dan sate yus. Sorang patut makan 8 cucuk je tapi kau tengoklah Jamil dia baham portion Evi sekali.


Boys talk sudah pastilah berkisarkan tentang persetubuhan, bolasepak dan permainan video. Line up malam itu tidak lengkap kerana tiada Ikram (kau pegi mana haa?), Zul (berhenti di pulau perhentian), Anas (mencari harta karun di Melaka). Abe ada tapi dia datang lambat dia solat hajat memohon agar akak no 2 selamat beranak serta agar akak no 1 mendapat jodoh dengan segera.


Girls talk aku cuba curi-curi dengar tapi biasalah cakap pasal beg tangan, lelaki kiut di pejabat serta pinggan mangkul Alkorok. Boooooooooringgggggggggggggg (hee hee).


Woohooo. Tahun depan mahu begini lagi ok? I lap uols! Ada banyak lagi gambar yang tidak senonoh. Kalau rajin aku tampal di fesbuk aku ok.

p/s: kawan2 uniten sila rancang bagaimana mahu merayakan besday aku. Tak kirala dah lepas aku sambut besday sebulan macam hari raya ah.



6 comments:

<< s| tED| >> said...

wah ijai.. ( eh.. bolehkah panggil itu? lain kali bolehlah wat parti untuk followers2 you pulak!!
Meriah!!

Mohamad Faizal said...

tahun depan kita parti liar beramai2

z a t i said...

mizah ade geng baru siollll. *cemburu part II*

Mohamad Faizal said...

ala zati kau ingat kau sorang je cemburu aku pun cemburu tau apai dah taknak meniduri aku lagi

andrew said...

All i did was change my working environment and you forgot me :( Why wasn't I invited??!!

Man U will ROCK ON my brother!!

Anonymous said...

pic last tu apai tenung camera ke kpale mizah??ptt apai nk blk cepat pon time mengawan sudah tiba haha..=P

fandi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...