Monday, June 29, 2009

International Cat Show @ Midvalley: Reports and Results

Sebagaimana yang telah aku habaq mai (memberitahu), pada hari Ahad, 28/6/2009, telah berlangsungnya Pertunjukan Kucing Antarabangsa di Midvalley Exhibition Center. Yesterday's show was the first show that we went since my dad passed away. We brought 2 champions, Pesona Chevy and Pesona Shareca. Dulu-dulu masa zaman remaja bolehla nak bawak 15 ekor tapi dah tua dan boroi ni apakan daya. Awal-awal pagi lagi aku sudah bangun, dan mengejutkan Chevy dan Shareca untuk bersedia. Aku memaksa mereka membuat warm up meregangkan badan kerana mereka pun sudah obese dan out of shape seperti aku. Mereka hanya mengangguk mendengar kata-kata semangat yang aku berikan demi menghadapi pertandingan yang telah lama mereka tidak sertai.


Kelly tak nak masuk bertanding kerana dia mengada-ngada lalu menyorok dalam almari aku.

Kami tiba di Midvalley pada pukul 9.30 pagi. Kena vetting in pukul 8.45 tapi sebab kami rokstar mestila datang lambat kan. Chevy dan Shareca akan bertanding di kategori Bantamweight (Domestic Shorthair). Kategori Kucing Malaysia tidak dipertandingkan kerana mereka cuak dengan kehadiran juara bertahan Chevy. Fark. Haa haa aku berada di kawasan pertandingan sebentar sahaja kerana aku pergi membaham dan menonton State of Play. Wahh ramainya yang menonton State of Play (sebab semua kecewa tiket Transformers sold out, haa haa).



Sila klik Read More untuk melihat kecomelan kucing-kucing yang bertanding dan melihat adakah kucing aku mendapat hadiah (d'uh).


Huii memang kerek wajah Chevy aku sebab dia tahu dia ni juara bertahan.


Kucing Sphinx ini memang jijik jika dipandang kerana tiada bulu, sebab itu dia dipakaikan dengan sweater Forever 21 akibat kesejukan. Tapi harga dia boleh buat bayar downpayment Satria Neo.


Rasa nak kunyah-kunyah je kucing ini.


Shareca bergaya dan riak dengan trofi kemenangannya. Chevy menang jugak, tapi dapat nombor tiga kerana kategori favoritenya (Kucing Malaysia) tidak pertandingkan.


Eiiiiiiiiii gebunya moleknya comelnya rasa nak peluk-peluk dan gomol sahaja. Oit. I was referring to the cat la.


Ini ialah kawan aku nama dia Ah Seng. Kalau korang nak tempah baju kahwin kucing sila hubungi Ah Seng.


Sumpah creepy dan tidak comel. Macam hantu dalam Supernatural adala.

Yaaa bagaimana? Seronok tak? Jika korang mahu lagi seronok, next week ari Ahad (5/7) ada lagi catshow di Midvalley. Datang la oit best tau daripada korang pergi rumah urut baik korang join kelab kucing. Later!

You can visit my Fesbuk page for more pictures: http://www.facebook.com/album.php?aid=103799&id=628280825&l=79953c67f7



5 comments:

LiXa NiZaM said...

hahha.comel2nye kucing..geram aku nengok..ajak nizam pegi tpi die takut anak die kene toxoplasmasis plak..huhuhuhu

Anonymous said...

jai, kucing sphinx tu muke syaitan to the max. seram aku tengok.

off topic. kau ade lagu "tangan yang mengapai" tak? puas aku try cari online tapi gagal.

adam

Mohamad Faizal said...

liza: next week ada lagi datangla. abg nizam u jangan risau kucing di sana semua sihat2 tanpa kuman

adam: tangan yang menggapai? haa haa kau kena dera ke dam. aku carik kat limewire pun tak jumpa

els said...

ijai! ezu tengok wayang kat ou, bukan midvalley! so tak dapat tengok kucing2 ijai!! sorry lupa nak bgtau haritu...

melyssa_nadiea said...

kucing2 yg comel!!! aku nak goreng sama mereka!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...