Monday, June 29, 2009

Kongratulasi Nana!

Aku sungguh gembira dan berbesar hati apabila menerima kad kahwin daripada Nana. Yelah, aku memang meminati Nana sejak dari zaman AF dahulu, dan Nana juga merupakan DJ feveret aku di stesen radio Era. Namun begitu impianku untuk menghadiri majlis perkahwinan DJ Era remuk apabila aku menyedari yang berkahwin sebenarnya ialah Diyana Yunus, rakan Uniten aku. (haa haa).

Maka pada hari Sabtu 27/6 Mohd Diyana telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Rafiqin. Atas semangat setiakawan dan akibat kelaparan, kami gagahkan diri juga untuk pergi ke rumah Nana walaupun rumah dia jauh di Kapar. Tamir telah melantik diri sendiri untuk menjadi penunjuk jalan. Setelah kacak berbaju Melayu, aku singgah ke rumah Tengku Eleanor Ezura binti Tengku Nasrudin untuk beraya dan bergerak bersama.

Aku keluar rumah pukul 11.30. Sampai rumah Nana dalam pukul 3. What the whattttt. Jalan ke rumah Nana macam pergi ke Melaka pulak. Rumah Asiah pun lagi dekat rasanya. Faktor-faktor yang menyebabkan kami lambat tiba:
1) GPS kami (Tamir) berkeyakinan tinggi tetapi gagal berfungsi dengan baik.
2) Landmark yang tidak konsisten. Sekejap di kanan sekejap di kiri
3) Penduduk setempat yang tidak tahu menunjuk arah.
4) Perasaan ego. Mana boleh kalah dengan Tamir dan Meen so bila diorang tanya kami di mana "Tengah carik parkingggg" jawab aku. Padahal sudah tersesat ke pelabuhan kelang.


Suami Nana menutup mata membayangkan teknik apa yang hendak diaplikasikan malam karang.

Sampai di sana kami terus mencari nasi akibat kelaparan. Sudah, sila klik Read More untuk melihat gambar-gambar perkahwinan Nana.


Gadis-gadis hangat. Tengok Ainis tak baik kau tuduh aku nak buat caption2 jahat.


Dressing aku berbaju melayu lengkap pegi kenduri kahwin mesti hampir-hampir nak mengalahkan pengantin.


Sudah lama aku tidak bermanja dengan Dol. Ohh Ahmad Fadhullah bin Zainal....


Bastard Iz kau cakap aku gemuk muka kau tu macam pembunuh upahan Nepal.

Sila lawati laman fesbuk aku untuk melihat lebih banyak gambar di majlis perkahwinan Nana:http://www.facebook.com/album.php?aid=103901&id=628280825&l=3709647ad7

Tahniah Nana di atas perkahwinan anda. Semoga korang tidak bercerai dan mendapat at least 8 orang anak. Lagi satu, entah bagaimana kau boleh tekonfius Zati dengan Datillah pun aku tidak tahu. Mesti bangga Zati tak pasal-pasal digossipkan dengan aku. Assalamualaikum.

p/s: sori khairul afandy bin abu bakar kerana tidak sempat menghadiri majlis perkahwinan abang kau. kita jumpa di kenduri tj iskandar bin aziz yaa.



6 comments:

finaz said...

hensemnya anda.. mcm pengantin pulak.. hihih..

Mohamad Faizal said...

ohh biasalah saya pergi pasar tani pun pakai baju melayu

z a t i said...

oh semiggu wireless adapter umah aku rosak seronok kau mengkeji aku disini.

P/s: eh, sape kwn kau yg ujung kanan sekali pakai spek tu sungguh kacak bergaye.

*ei zati kenape menggatal di sini menggatal kan di Sabah*

Diyana Yunus said...

ijai thanks..thank you korg..susah2 cr umah aku huhu..n again sorry terslh info la..ntah sape ntah bgtau aku gpren ko zati muahahaha..

Mohamad Faizal said...

zati: yang pakai spek tu nama dia tengku amir afendi bin tengku mohd apandi. dia dah bertunang jika kau mahu rampas nama tunang dia mohd nazmin binti hussien korang berebut ah

nana: memang susah cari rumah kau sehinggakan aku sudah hafal nama jalan di sana akibat asyik berpusing2 di tempat yang sama. cayalah nana sudah bersetu...err berkahwin

z a t i said...

ohhhh. minta maaf encik dan cik tunang.

jgn risau saye tak berbakat mengorat.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...