Thursday, June 4, 2009

May Movies!

Yaaa bertemu kita sekali lagi dalam segmen kesukaan beberapa orang, Mari Menonton Filem bersama Abang Jai. Apa khabar para movie goers di luar sana? Wahh hebat-hebat belaka line up filem-filem musim panas tahun ini. Untuk bulan May, kita ada cerita tentang Dazu di angkasa, Malaikat dan Jin (memang hebat jurubahasa kita), filem Lawatan ke Muzium Negara, serta ancame robok ganah nok mapuh. Biarlah miskin mana sekalipun, aku tetap akan menonton wayang di panggung serta memberikan review ilmiah agar dapat korang jadikan panduan sebelum menonton. Sila klik Read More untuk ulasan filem-filem hangat bulan ini.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Star Trek
Ulasan ringkas: Bagi aku, filem ini adalah filem musim panas yang paling hebat setakat ini. Tidak sia-sia aku, Muaz dan Irsyad tuang kerja fly panjat pagar ofis untuk menonton filem ini di hari pembukaan. Mengisahkan tentang krew kapal angkasa U.S.S Enterprise yang berjuang menentang kaum jahilliyah dari masa hadapan, Romulan Jameela. Kapten pasukan Romulan, Nero 7 Essential ingin membalas dendam terhadap Spock kerana membiarkan planet tumpah darahnya musnah. Kita tidak perlu mengikuti ataupun mengambil tahu tentang siri televisyen Star Trek yang asal untuk menghargai filem ini. Filem ini penuh dengan aksi mendebarkan, efek mengagumkan, kelucuan yang kena pada tempatnya serta bijak bermain emosi dan perasaan. 2 kali aku tonton filem ini.

Ratings: $$$$$. lima bintang beb!
Spoiler: spock tua = william bell dalam fringe

Sell Out
Ulasan ringkas: Akibat sudah kehabisan cerita untuk ditonton di Alamanda Putrajaya, kami membuat keputusan untuk menonton cerita ini setelah melihat ratingnya yang tinggi di Internet. Semasa membeli tiket, hanya aku dan da' killa sahaja yang menontonnya. Dia kena at least 4 orang dalam panggung baru dia bole tayangkan. Takpe kami gamble saje tup tup adala lagi 2 orang menonton. So total dalam panggung yang besar itu 4 orang sahaja yang menonton. Well you know what, korang memang rugi kerana tidak menonton filem ini. This movie is surprisingly good. 100% Made in Malaysia! It's a comedy/mockumentary/musical about Rafflesia (tv show host) and Eric (designer), who both work for FONY, whose mission statement, copied from a Taiwanese company, is to be original. Mereka di ambang wati sama ada hendak sellout ataupun teruskan impian mereka. I love how this movie poked fun about typical Malaysian:

1) the empty conversation that we make in the elevator or toilet.
2) berebut teksi macam hendak pergi berjihad
3) pekerja department store yang menyorok di saat kita memerlukan

Pergilah tonton. Samala korang akan benci atau suka. Aku suka.

Ratings: $$$$
Spoiler: tiada

Terminator Salvation
Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang John Connor yang sudah akil baligh mengetuai manusia menentang robot jahanam. Sambil berjihad menentang skynet, dia tercari-cari di manakah abahnya Kyle Reese. Sementara itu Marcus Wright telah bangun dari tidur lena menyedari dunia ini tidaklah seperti dahulu. Marcus berkawan dengan Kyle menentang robot mat rempit, robot besar nak arwah, robot terbang sambil menyanyikan lagu 'Jikaku Seorang Robot' dendangan Monoloque. Marcus sebenarnya ialah robot ciptaan skynet yang direka untuk memperdayakan umat manusia. Kira syaitan bertopengkan robot la ni. Tapi semangat manusianya masih tebal di dalam diri lalu dia pun bergedumbekla dengan robot bogel Arnold Susahnakeja.

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: last2 marcus bagi jantung dia kat John.

Monsters vs Aliens
Ulasan ringkas: Haa haa filem ini memang lucu. Susan Boyle, sorang gadis kampung yang ingin memenuhi cita-citanya menjadi penyanyi telah menyertai pertandingan mencungkil bakat di bri'en (Britain). Selepas terkena meteor, dia berubah menjadi raksasa lalu ditahan di kem kamunting, Perak. Bersama rakan-rakan raksasanya yang lain, BOB yang bodoh tatapi menghiburkan, Missing Link yang berlagak tough, Dr Cockroach yang suka makan sampah serta Insectosaurus yang lurus bersatu menyelamatkan bumi daripada serangan pendatang tanpa izin. Aku memang terbahak-bahak di scene presiden amerika cuba berinteraksi dengan makhluk asing dengan bermain keyboard. Dua kali juga aku tonton filem ini.

Ratings: $$$$
Spoiler: insectosaurus tak mati dia cuma mengalami proses metamorphosis


Sekian sahaja ulasan untuk kali ini. Jumpa lagi kita di segmen yang sama pada bulan hadapan. Assalamualaikum.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...