Friday, June 26, 2009

Michael Jackson Meninggal Dunia??

Aku sedang dalam perjalanan membeli nasik lemak Auntie Maria sebentar tadi, kemudian aku terdengar Aznil melaporkan tentang kematian Michael Jackson. Pastu stesen radio banyak main lagu dia sebagai tanda memperingatinya. Betul ke? Kadang-kadang artikel di Internet bukan boleh nak percaya sangat Tun Dr. Mahathir entah berapa kali dilaporkan mati di laman web pembangkang tapi sihat walafiat je sampai sekarang(aku pro BN). Adam Johari boleh tak kau konfirmkan berita ini. Cuba kau bukak televisyen di sana ada tak coverage secara langsung pasal kematian dia?

Jika berita itu benar maka sama-samalah korang datang ke rumah aku hari ini kerana aku tidak kerja lepak chill di rumah cemburu tak. Sebagai tribute kepada dia kita akan bermain Guitar Hero lagu Beat It level Expert.

Al-Fatihah (jika benar dia muslim convert).



8 comments:

Anonymous said...

betul jai. dah confirm. die meninggal sebab cardiac arrest tadi. sedih gile.

adam johari

Anonymous said...

btol tu..ak pon sedih gile..MJ is my lifelong fav singer dude..may he rest in peace..

ko xkeje siot je..klo de tribute to MJ jamming season roger ak k hehe..

Anonymous said...

fandi

<< s| tED| >> said...

ye ye!! Utusan Online juga sudah melaporkan melalui Berita terkini! Al-Fatihah -MJ!!

hUdArLiNg said...

alfatihah kalo btol dia convert. klo dia tak convert, merry krismas je la. =p

finaz said...

aah betul.. mcm xpercaya je.. i grew up listening to his songs (and other 80s and 90s artists)

btw, nasi ayam boustead tu adalah nasi ayam yg dijual di food court wisma boustead di jalan raja chulan (last time la.. xtaula ada lg ke tak).. mmg femes..

Zihan Naszeri said...

cam sedey je...

huhuhu

Muaz said...

OMG..OMJ dah meninggal..
hari ni byk radio pasang lagu dia.. terkenang zaman dulu2.. huhu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...