Saturday, June 27, 2009

My First Ayam Goreng

Macam tajuk cerita porno pulak tejuk entri aku ini. Semalam hari Jumaat aku cuti tidak bekerja. Walaupun tidak bekerja, aku still bangun pada pukul 5.30 pagi tanpa dipaksa kerana sudah terbiasa. Takpelah at least aku boleh semayang subuh tak macam korang yang liat nak bangun pagi terutamanya di hujung minggu. Haa haa. Anyway pukul 11 pagi perut aku yang bersaiz 32" (tipu) ini sudah berbunyi minta diisi. Aku memang manusia paling pemalas nak keluar rumah untuk membeli makan, so aku surveyla area dapur mana tahu ada koko krunch ke, lauk paprik malam tadi ke boleh juga aku baham, namun aku hampa. Yang ada hanyalah serbuk milo mana nak kenyang.

Nak call Dominos? Ahhh dalam wallet hanya ada 5 ringgit dan 1000 rupiah (tapa bagi). Lagipun hari-hari makan pizza muka aku pun dah macam beef pepperoni dah. So aku bukakla peti ais. Jeng jeng jengggggggg. Aku terlihat ketulan ayam di dalam freezer. Tapi ini ayam mentah, bukannya drummet ataupun yang hanya perlu digoreng itu. Ayam mentah nak kena cabut bulu, bersihkan tongkeng dan kena siang dulu (semua dah buat sebenarnya saja nak bagi korang impressed konon2 aku siang ayam tu dulu). Namun aku teringat tentang kisah Ise yang sanggup buat barbeque seorang diri demi kepuasan diri. Ise memang terer masak. So berbekalkan semangat kelate ise, aku pun berazamla nak memasak. Kira upgrade sikitla skill memasak aku sebab resipi yang aku tahu hanya resipi menjerang air, dan resipi telur dadar yang asalnya nak buat telur mata kerbau tapi kuning dia merebak.

So aku pun call la chef paling handal yang aku kenali, chef da' killa. Nurdatillah kata tak boleh terus goreng je, kena letak secamca teh serbuk kunyit lalu digaul sehingga sebati. Kalau tak letak rasa dia nanti tawar macam daging kuda, betul ke? Maka dengan lemai gemalai aku pun menggomol ayam itu sehingga kuning.



Olrite, sesudah itu, para pembaca boleh memasukkan ketulan ayam ke dalam kuali yang sedang menggelegak minyaknya. Rasa dengan jari dulu minyak itu tahap kepanasannya kerana kita tidak mahu minyak itu terlalu panas ataupun terlalu sejuk. Keadaan minyak yang sesuai adalah jika korang menjerit "koksakerrrrrr" akibat kesakitan kerana jari melecur.



Melihat gambar di atas, aku baru tersedar akan kesilapan aku. Itu bukanlah kuali untuk menggoreng ayam, sebaliknya pan untuk menggoreng lempeng. Dan itu adalah senduk nasi, bukannya sudip untuk menggoreng. Takpe, aku belajar daripada kesilapan. Tetapi yang aku hairan, mengapa minyak melompat-lompat dan meletup-letup daripada kuali? Habis cedera parah tangan dan nipples aku terkena minyak? Boleh tak pakar-pakar masakan di luar sana memberi tips agar minyak tidak melompat?



Wahhh lihat sahajalah hasilnya dia atas. Teksturnya yang lembut dan kuning keemasan, memang aku bangga dengan hasil masakan pertama aku. Apa pendapat anda? Adakah resipi aku ini berjaya? Aku ingat nak patenkan ah resipi ayam gorang aku ni. Aku juga bercadang nak bukak kedai ayam goreng di masa hadapan setelah menyedari aku ni ada bakat memasak, tidak seperti gadis-gadis yang aku tidak boleh sebutkan namanya, tapi blog mereka boleh korang lawati blog list aku. Hee hee. Tetapi! Adakah rasa ayam goreng ini sehebat gambar di atas? Sila klik Read More untuk mengetahui kelazatannya.

Fail. Tidak cukup masak boleh rasa kementahannya di dalam. Ahhh. Takpe Kelly ada. Dia tidak akan judge skill memasak aku.



Aku tidak akan berputus asa, aku akan cuba lagi lain kali. Jika ada tips-tips berguna dalam teknik menggoreng untuk panduan aku, silalah kongsi bersama.



6 comments:

<< s| tED| >> said...

eh eh.. ijai.. kamu letak garam ke tidak..??

minyak tul meletup2 slalunya.. kena air... :D

Anonymous said...

adoii.. siollaa ko broo.
aku kat dalam lab kelas, gelak sorang2 smpai terkucil.. maluunyerr..

anon

Mohamad Faizal said...

tedi: garam? masinla ayam nanti. gula tak buleh ke

anon: hari sabtu pun dekat lab kau ni ada kelas ke saja2 nak layan porno haaaa kantolll

Muaz said...

based on my experience yg tak seberapa, rasanya mentah tu sebab maybe tak slowkan api pastu kena tunggu lama skit baru ayam tu masak kat dalam..kalau tak ..kat luar jer dia masak and nampak cam menarik..hehehe

bro, tgk channel AFC (703)..pasti ko akan lebih suka memasak.. hehe

Mohamad Faizal said...

thanks sayang sebab bagi tips tu walaupun aku yakin kau copy paste tips tu dekat buku masakan chef wan ismail golok.

afc aku tengok chef chef yang milf macam nigella woooo

~Meen~ said...

oooookkkk..satu utk ijai,satu utk yg tersayang!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...