Monday, June 15, 2009

My Name is Faizal

Di pejabat, aku dikenali sebagai Faizal. Nama panggilan atau nama manja aku 'ijai' hanya digunakan oleh keluarga dan teman-teman. Aku rasa korang pun sama juga bukan? Di pejabat, orang akan mengenali korang dengan nama penuh instead of nama timangan. Akan tetapi pada minggu lagi, entah bagaimana ada pula rakan sepejabat yang menggoogle nama sendiri kemudian terjumpa blog ini. Biasalah aku kan banyak mengumpat orang di blog ini cuba korang google nama korang kalau ada nama korang diumpat secara berjemaah di blog aku, aku sekadar bergurau senda. Tapi jika korang google nama sendiri tapi tak jumpa apa-apa, jangan risau, itu tandanya korang tidak popular. Haa haa.

Berbalik kepada cerita asal. Huii aku memang suka publisiti murahan tetapi apabila stalker korang menyebarkan gambar-gambar aneh aku di blog melalui emel ke distribution list Maikrosof, segan juga dibuatnya. Agak janggal juga apabila orang yang kita tidak pernah bertepuk tampar sambil ketawa hii hii tiba-tiba memanggil aku ijai. I don't mind, tetapi kadang-kadang annoying juga apabila mereka saja-saja memanggil aku ijai untuk mengannoykan aku, padahal sepatah haram pun tak pernah berbicara mesra sepanjang aku berkerja di sini (except ayat2 tipikal seperti 'Yo bro' atau 'how's the case today?').

Jika kita memang teman rapat, kita boleh panggil kawan kita apa sahaja tanpa rasa terguris di hati. Tetapi rakan sepejabat tidak semestinya boleh memanggil kita dengan nama yang sama, ataupun bergurau seperti kita sudah menjadi rakan untuk sekian lama. Menggunakan rakan-rakan aku sebagai contoh, sila klik Read More untuk terus membaca.

Di pejabat, orang akan panggil Jamil, 'Jamil'. Aku boleh panggil dia bitch kerana kami teman rapat(vice versa).

Di pejabat, orang akan panggil Abe, Shuhud. Kami boleh mempersendakan warna kulitnya kerana kami bestfren, tetapi rakan sepejabat tidak boleh.

Di pejabat, orang tidak dibenarkan memanggil Zati Hazira dengan nama manjanya di rumah, Zett Zaidi.

Korang boleh kutuk aku boroi, ejek nama atuk aku John, gelakkan kisah percintaan lampau aku, jika dan hanya jika korang adalah teman rapat aku.

Sumpah aku rasa posting aku yang ini memang macam cikai mak lampir aku pun tak tahu di mana iktibarnya ataupun ke mana hala tujunya.



12 comments:

z a t i said...

oi, kt umah org panggil aku lady gaga.

aaa. tk boleh bla.

Mohamad Faizal said...

lady gaga....nama zati kan dah indah maksudnya 'penghapus jembalang' nape nak pakai nama orang putih pulak. mungkin sebab muka kau macam daun terup po po po po po po po po ker faceeee (aku gurau je zati)

LiXa NiZaM said...

er..kalu aku nak panggil ko Ijai takleh ke?

Aku rase kite dah passed the stage "Yo Bro, how's the case today"

heheheh

Mohamad Faizal said...

haa haa kau ni nizam ke liza? feminin la gambar kau nizam. sudah pasti kau boleh panggil aku ijai kerana kita sudah di tahap "yoo wassup nigga" iaitu tahap kedua tertinggi dalam panggilan persahabatan

Anonymous said...

aku di tahap ape ijai?kite dr zaman uniten da pillow talk pasal gadis2 haha

zarul

hUdArLiNg said...

haha.hanya ijai je boleh pakai baju "hari rabu" tanpa menyinggung perasaan i. dan i boleh mengenakan ijai tanpa was-was (peristiwa ezu). apakah tahap persabahatan kita ijai?

Mohamad Faizal said...

arul: persahabatan kita di tahap boleh mandi sama2 tapi pakai boxer. teman mesrala kiranya

huda: persahabatan kita tidaklah sampai tahap boleh mandi sama2 pakai boxer tapi kita still teman tapi mesra

Muaz said...

aku lak cam mana?

aku panggil ko ijai ke faizal ha? lupalak..

boleh ke aku panggil ko ijai?

asal aku tak dapat pun email dari mikelsoft tu? nama aku dah takde dlm distribution list ke?

damn..patut add aku skali.. tolong forward kat aku..aku nak baca.. smuaz@yahoo.com

thanx sayang,.. hehehe

Mohamad Faizal said...

ohh muaz, kau boleh panggil aku apa saja kerana persahabatan kau dan aku memang di tahap yang tinggi, sungguh tinggi sehingga aku rela ditiduri kau

emel kau bukan smuaz@l2p.com.my ke hee hee hee

els said...

esok bday ijai!

Diyana Yunus said...

Happy birthday ijai!!! Oppss..am i allowed to call you ijai? haha

Mohamad Faizal said...

come on besday besday saya esok hari khamis 18 jun tak boleh wish hari ini. so sila wish sekali lagi esok.

ala nana kau nak pangil aku tomok pun aku tak kisah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...