Sunday, June 14, 2009

Weekend Sessions

Musim bolasepak Eropah telah tamat, maka tiada lagi siaran secara langsung di hujung minggu untuk ditonton sehingga bulan Ogos. Siri televisyen kegemaran juga telah dihentikan semuanya. Hujung tahun baru kembali. Dem. Bosannya hujung minggu. Padahal semasa weekdays bekerja mengimpikan sahaja kebahagiaan di hujung minggu, namun apabila tiba hujung minggu langsung mati kutu. Di waktu siang mungkin kita boleh berdating bersama kekasih, tetapi di waktu malam mahu buat apa? Rakan ramai dah kahwin priority mereka adalah memuaskan isteri, jadi tinggallah aku keseorangan kesepian. Tetapi tidak pada hujung minggu ini dan hujung-hujung minggu seterusnya, kerana kami rakan-rakan Bangi yang masih teruna telah membuat perjanjian anak jantan untuk berkumpul di rumah aku (jika tiada sesi menonton), untuk sesi membaham, berjamming, solat berjemaah serta disudahi dengan sesi pillow talk. Mari kita saksikan apa yang berlaku malam tadi dengan mengelik Read More.

Selesainya bertemu janji dengan teman wanita, aku mendail nombor rakan-rakan Bangi untuk aktiviti bersama. Malam ini tidak ke Alamanda untuk menonton, mama aku tiada di rumah, maka parti liar di rumahku la jawabnya. Sebagai hos parti, aku mestilah menyediakan makanan kan. Maka aku pun mendail la Dominos.

Pekerja Dominos yang tak tahu berbahasa inggeris tapi berani mencuba: Hi. Let me Terminate You Hunger.

Aku: Wtf man. You're working with Skynet too?

Pekerja Dominos yang tak tahu berbahasa inggeris tapi berani mencuba: Errr errr can I have your number?

Aku: Wtf man. Are you gay?

Pekerja Dominos yang tak tahu berbahasa inggeris tapi berani mencuba: No no sir i wan to cek databes. Who know got one your rekod.

Aku: This is my mum's phone. 013*******

Pekerja Dominos yang tak tahu berbahasa inggeris tapi berani mencuba: oooo u loyal kasteme. U eligible for err err breadstick, and BB...BB tu apa pulak (whispering)

Malas aku nak tulis panjang-panjang perbualan aku dengan dia. Anyway sebagai pelanggan paling setia di Bangi ni (akibat malas keluar makan), setiap kali order mesti tak perlu pakai kupon dan selalu dapat freebies. Haritu kadang-kadang dapat extra kupon, garlic bread dan yang paling best dapat wireless router. Eh? So siapa nak beli kupon dominos sila hantar sms ataupun telegram kepada aku.



Fuhh memang mengalir air wadi akibat kelaparan. Perasa Beef Pepperoni dan Extravaganza.



Ini ialah kucing aku Kelly Klarkson. Dia ini mendapat layanan extra istimewa kerana dia dibiarkan berkeliaran tanpa dikurung di dalam sangkar. Dia ni tahu mencari jalan pulang ke rumah tak macam arwah Oakley aku yang siap kena tampal iklan di 7-11 akibat lari dari rumah pastu tak tahu balik. Lepas tu dia ni memang mengada-ngada hanya mahu makan apa yang aku makan. Untuk mengelakkan daripada dia mengganggu kami membaham pizza, aku bagi dia makan telur bungkus kedai Selera Ros.



Aktiviti Fifa menyusul. Semua orang aku titik kerana aku memang handal. Yaa aku lebih handal daripada kau juga Irsyadudin Ismail (rakan sekerja), apatah lagi kau Syed Muaz (ex rakan sekerja).


Sesi seterusnya, berkugiran! Akhirnya kami berjaya juga menghabiskan lagu Shiver dendangan Coldplay setelah beberapa kali Fendi tukar difficulty. Pukul doblas malam melalak memang pintu rumah aku diketuk jiran beberapa kali ah untuk menegur sikap kami.



Aktiviti malam itu disudahi dengan pillow talk tentang mas kahwin Jamil yang mahal. RM2000 gilak ah ding dong awat mahai sangat noo?

See you guys next week. Kamon joinla kami ramai-ramai barula bergaya. Anas dan Apai jika korang nak bawak bini pun aku tak kisah diorang boleh girls talk kat bawah.



6 comments:

Anonymous said...

aku dah tere dah guitar hero skarang jai. drums masih lemah. nyanyian sampah. tapi yang lain mantap ah.

ni mas kahwin ke hantaran jai? 20000 ke 2000? gilak ah

adam

Idlan said...

Eh, adik aku tu pakai spek baru ke Jai? Mentang mentang dah ada gadis..

Mohamad Faizal said...

adam: elok ah skill guitar aku langsung tidak bertambah sejak kita bermain bersama last year.

jamil kata mas kahwin orang utagha memang mahal. gilak ah kat sini lapanploh ringgit je

akak abe: dia mana ada gadis. yang disebut2 tu gadis imajinasi je sebab kami semua tak pernah jumpa

Anonymous said...

giler kau 20 ribu. aku kawin lari aa kalau mcm tu hahaha



Jamil

Anonymous said...

aah abe hnya berimajinasi je tentang gadis die tu...sambil pura2 sms kekasih r konon walhal die sms rakan sekerja mintak tolong tampal gigi orang tua yg sbnrny adalah pelanggan die..

jamil: tmpt lain tuk kawin lari yg murah selain siam ialah pulau batam..pergila dsana tuk membina hidup baru..hehe..

Anonymous said...

fandi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...