Sunday, July 26, 2009

Angin Bayou Membawa Diriku

Ahhh weekends. Di hujung minggu, blog ini akan bertukar menjadi blog jalan-jalan cari makanan halal. da Killa' baru sahaja mendapat gaji, maka kesempatan itu harus dieksploitasikan sebaik mungkin dengan membaham di restoran yang lebih mahal daripada biasa. Maka destinasi overbajet kali ini ialah restoran Bayou di Alamanda Putrajaya. Lokasi restoran ini terletak di sebelah Starbucks, di luar, di hadapan air pancut. Rakan-rakan Bangi korang pernah pergi berbuka di kawasan itu tapi aku tak dapat join, tapi restoran tu dah muflis akibat sumpahan korang dan digantikan dengan Bayou.



Tema masakan di sini adalah makanan barat dan Itali. Pelbagai jenis steak dan pasta boleh dipesan. Babi tidak dihidangkan dan teknik penyembelihannya adalah mengikut cara Islam, jadi korang tak usah risau. Ooo tak semayang subuh tiada pulak mahu risau ye (usrah sambilan). Harga? Mungkin lebih mahal 8 ringgit daripada membaham di Restoran Yus, tetapi adakah berbaloi harganya berdasarkan kualiti serta tekstur makanannya? Sama-samalah kita klik Read More untuk melihat apa yang kami pesan.


Untuk menaikkan nafsu makan, kami memesan Wild Mushroon Soup. Rasa sup ini agak aneh kerana rasa seperti Quaker Oatmeal. Waiter itu mungkin menipu apabila dia kata cendawan mereka dipetik segar daripada Taman Cendawan di Putrajaya. Atau mungkin aku yang menipu kata waiter tu cakap camtu. Anyways harga sup ini ialah RM7 dan aku tidak merekomendasikannya buat para pembaca kerana korang boleh buat sendiri menggunakan sub bunjut adabi dan tambah sahaja oatmeal yang ada.


Olrite, untuk hidangan utama, aku memesan Macho Chicken. Sumpah aku tak bergurau itu memang nama hidangan di atas. Tampak seperti teluq bungkuih, tapi itu sebenarnya adalah kepingan ayam yang disaluti cheese, sos rahsia serta puri tomato, dihiasi dengan asparagus dan dilengkapi dengan mashed potatoes. Harganya ialah RM18. Nampak macam sedikit sahaja portionnya, tetapi hidangan lazat tersebut berjaya memenuhi tank aku.


Nurdatillah pula memesan Grilled Lamb Leg. Kaki kambing ini dipotong khas daripada kambing-kambing yang disahkan mengidap kencing manis yang harus dipotong kakinya. Haa haa amacam lucu tak jenaka aku? Aku berjaya mengepow kaki kambing ini rasanya sungguh tender dan juicy, disaluti sos rahsia yang membuatkan korang terus bersyukur dengan nikmat lidah yang Tuhan berikan. Harga? Rm 28.


Ketika aku meminta bil, pelayan itu berjaya menggoda kami untuk memesan pencuci mulut. Bulan ini dessert dia off 50%, so kami pun memesan Bread and Butter Caramel Pudding. OMG memang tahap kenikmatan dia sehingga menyebabkan korang perlu mandi wajib. Lazat doo hidangan ini. Kelembutan roti dia yang salut mentega dan karamel dan ditambah pula dengan aiskrim magnolia, huiii sehingga menjilat dinding. Harga RM4 selepas diskaun ahhh memang berbaloi sungguh. Pastikan korang memesan hidangan ini jika datang ke sini.

Kesimpulannya jika korang baru dapat gaji dan hendak makan di tempat yang lazat selain di restoran Selera Rose, korang boleh cuba restoran Bayou ini. Hari ini aku hendak keluar menonton di Midvalley, Restoran apa yang boleh dicuba di sana yang orang jarang pergi? Ada cadangan sila sms aku sebentar lagi. Ok Assalamualaikum.



5 comments:

X3 said...

kenapa kita tak bertembung? saya menikmati surf and turf dan spahetti olio olio (tamak) manakala teman saya memesan leg of lamb itu. mulut manis dicuci oleh that blob of choc cake with melted choc oozing from its centre (lupa nama). alhamdulillah.

luca d' jiwa said...

jai,
try tony roma's la.aku memang merekomendasi tinggi kalau tony roma's. the best rib in the land! aku gi time besday aku aritu, aku bgtau dia yg aritu besday aku, then aku entitled for a free dessert. bukan desert tapi dessert! huhuhuh.
dia tak cek pun mykad aku. boleh jer aku datang hari-hari cakap harijadi aku. tapi serius la mmg best!

els said...

try new york new york kat OU. concept dia fun la.. havent tried all the food tapi ezu ske. ;)

Mohamad Faizal said...

x3: anda yang pakai baju oren tu kan? ooo awat tak teguq. lain kali cuba puding roti dia sumpah sangat ghairah

luca: aku tidak pernah lagi membaham di sana memang mengghairahkan ku lihat ribs dia tapi harga dia mesti menggugurkan nafsu jugak kan? takpe aku gunala taktik besday kau

eju: new york new york? pejabat saya akan berpindah ke OU nanti akanku cariiiiii

Anonymous said...

bro,walaupun aku tak kenal ko,tp lubang idung mu tetap menjadi pujaan hatiku...haha .tak sengaja bca blog ko,aku carik ijai lain sekali keluar arbok da.anyway,aku bg naik satu jari kelingking belah kaki kanan,ayat ko mmg buat aku gelak.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...